CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 22, 2013

6 perkara yang Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

P/s : Wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

wajah direnung malaikat maut 70 kali sehari


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

1 hari=24 jam=1440 minit

1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM.

Rahsia jari anda..=)

BismillahiRRahmaniRRahim..


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

Muslimah,berhati-hati sebelum keluar dri kediaman anda..=)


Teman-teman Muslimah, berhati-hati ketika mahu keluar dari rumah. Jaga aurat. Berpakaian dan berhijab adalah kerana pengabdian kita kepada Allah. Untuk menutup kecantikan bukan untuk menzahirkan kecantikan.

Apatah lagi nak menunjukkan bahawa walapupun berhijab tidak menghalang kita untuk berfesyen-fesyen dan bercantik-cantik. Bersederhanalah jangan berlebih-lebih sehingga lari tujuan berhijab.

Kita adalah aurat yang perlu disembunyikan kecantikannya melainkan kepada yang berhak melihatnya.

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar dari rumah, maka syaitan akan menghiasinya. (Riwayat al-Tirmizi)

Aurat adalah kalimah Arab yang bermaksud kekurangan dan sesuatu yang mendatangkan keaiban. Disebut aurat, kerana aib bila terlihat akannya.
Wanita itu diibaratkan dengan aurat bukanlah kerana ia buruk atau aib tetapi kerana ia adalah makhluk yang indah dan selalunya kefasadan (kerosakan) berlaku adalah berpunca dari melihatnya dan mendengar kata-katanya.

Justeru itu aurat wanita merupakan perhiasan yang wajib ditutupi dari orang-orang yang tidak berhak untuk melihat atau menikmatinya.

Tuesday, June 18, 2013

KELEBIHAN MENGHAYATI AL-QURAN

bismillahiRRahmaniRRahim..

Al-quran di tutunkan oleh Allah swt kepada Nabi kita Muhammad saw pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.Ia merupakan mukjizat terbesar Nabi saw dan petmjuk kepada manusia sehingga hari Qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

Diantara kelebihan membaca serta menghayati segala isi Al-quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadith Nabi saw sebagai pedoman kepada kita semua.

1)sabda Nabi saw yang bermaksud: sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-quran dan mengajarnya.-muttafaqun A'lai

2)sabda Nabi saw yang bermaksud: sesiapa yang membca satu huruf daripada kitab Allah (Al-quran) maka baginya (pembaca) dengannya (Al-quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya.Aki tidak kata bahawa aliff laam miim itu satu huruf,tetapi aliff satu huruf,laam satu huruf,mim satu huruf.-riwayat Timizi (Hadith Hasan Sahih)

3)sabda Nabi saw yang bermaksud: Orang yang membca Al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat.Sesiapa yang membaca Al-quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya dua pahala (pahalamembaca dan pahala kesusahan)-Sahih Bukhari dan Muslim

4)Abi Umamah Al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda Nabi saw yang bermaksud: kamu hendakalah membaca Al-quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya.-Riwayat Muslim

5)Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda Nabi saw yang bermaksud : sesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta -minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang paling baik daripada perkara yang Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu.Dan kelebihan kalam Allah diatas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah diatas segala makhluknya.-Riwayat Tarmizi (Hadith Hasan Sahih)

6)Sabda Nabi saw yang bermaksud: Tiada satu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah,membaca kitab Allah,dan tadarus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka,disirami ke atas mereka rahmat,dikellilingi oleh para malaikat dan Allah sentiasa menyebut mereka yang berada di sisiNya.-Riwayat Muslim

7)Daripada 'utbah bin 'amir telah berkata: Telah keluar Nabi saw menemui kami di suffah maka sabdanya: siapakah dikalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqid (nama dua tempat Madinah) di aman dia akan mmbwa pulang darinya dua ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan? Maka kami menjawab: Wahai Rasulullah! Kami semua meyukai perkara itu.Sabdanya : Mengapakh seseorang daripadamu tidak keluar masjid untuk belajar atau membca dua ayat daripada kita Allah maka ia lebih baik daripada dua ekor unta yang gemuk,tiga ekor,empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta-Hadith Riwayat Muslim

wallahualam
wassalam wbt

Friday, April 5, 2013

HADITH 27:KEBAIKAN DAN DOSA

Daripada Nawas bin sim'an r.a meriwayatkan daripada Nabi saw,Baginda bersabda:

maksudnya: "kebaikan adalah akhlak yang baik,sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya."
(Riwayat Ahmad 4/228,al-bukhari dalam Al-Adab no.295 dan muslim no.2553)

Dan daripada Wabishah bin ma'bad r.a berkata,bahawa beliau datang kepada Rasulullah saw,Baginda bersabda yang bermaksud:
                                         "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?'saya menjawab:'benar!'Baginda bersabda:

                                        "mintalah fatwa kepada kamu sendiri.Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwadan hati,sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati,meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu,"
                                                                                (riwayat Ahmad no.18006 dan al-Darimi (2l249)

ini adalah hadith yang kami riwayatkan daripada dua imam,iaitu imam Ahmad bin hanbal dan imam al-darimi dengan sanad hasan.

Huraian dan inti pari

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
          "kebajikan itu keluhuran akhlak."

maksudnya ialah bahawa keluhuran akhlak adalah sebaik-baik kebajikan,sebagaiman sabda Baginda lagi yang bermaksud:
               "haji adalah Arafah"

Kebajikan adalah perbuatan yang menjadikan pelakunya bertambah baik,selalu berupaya mengikuti orang yang berbuat baik dan taat kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi.

Kebajikan digunakan kepada dua pengertian:

  1. untuk sekalian makhluk
  • sesama manusia
  • Kedua-dua ibubapa
  • Orang yang hampir dengan kita
  1. 1)melaksanakan segala amal taat
  • zahir
               -membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah,mendirikan solat,mengeluarkan  
zakat,menyemp[urnakan janji,sabar menghadapi segala kesusahan seperti kesakitan dan kemiskinan.
  • batin
               -Keimanan terhadap Allah swt,malaikatNya,segala kitab,rasulNya,hari qiamat serta qada dan qadar.

MAKSUD BERAKHLAK BAIK-
  • JUJUR dalam bermuamalah(berjual beli)
  • BERSANTUN dalam berusaha
  • ADIL dalm menghukum
  • BERSUNGGUH -SUNGGUH dalam berbuat kebajikan
Antara sifat orang mukmin yang Allah telah sebutkan dalam surah Al-Anfal ayat 2-4 ialah:

"orang mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut,hati mereka gementar,dan ketika ayat-ayatNya dibacxakan kepada mereka,iman mereka bertambah dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(iaitu) mereka yang melaksanakan solat dan meengeluarkan infak daripada sebahagian harta yang Kami berikan kepada mereka.Mereka itulah orang yang benar-benar mukmin."

BAGAIMANA MENGESAN DOSA??

-Ibn Mas'ud berkata:
                                     "dosa itu menggoncangkan hati"

*apabila kita melakukan dosa,hati kita sentiasa berada di dalam keadaan berdebar,bergetar,gelisah,cemas,takut,bimbang dilihat atau diceritakan oleh orang lain.

cuba anda bayangkan situasi berikut:
memakan atau menggunakan harta yang diamanahkan kepda anda untuk menyimpannya sahaja.
  • berkhalwat iaitu bersendirian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempay yang sunyi.
  • melengah-lengahkan solat hingga habis waktu
TANYALAH HATI
-HAti ialah pedoman atau pengkur bagi menentukan sesuatu perkara yang duhadapi seseorang.

Abu tha'labah al-khasyani meminta kepada Rasulullah saw supaya diterangkan apakah yang halal baginya dan yang haram atasnya?Rasulullah menyatakan,"kebaikan yang halal itu ialah sesuatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya.Dosa itu ialah sesuatu yang tiada tetap oleh diri dan tiada tenang oleh hati."
(riwayat Iman Ahamd daripada Abdullah bin al-Ala bin Zayd)

WASIAT NABI ADAM AS..
Menurut riwayat dalam syarah al-arbain al-nawawiyyah,Nabi adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya:
  • jika kamu hendak berbuat sesuatu,tetapi hatimu gelisah kerana,maka janganlah kamu teruskan.sewaktu akan memakan buah khuldi,hatiku telah bergoncang dan gelisah.
  • jika kamu hendak mengerjakan sesuatu perkata,lihatlah kesudahanyya.Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut,tentu aku tidak memakannya.
  • jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara,maka,berundinglah dengan orang yang arif.kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat,tentu diberitahu kepda aku supaya aku tidak memakan buah yang terlarang itu.


                                        

Thursday, March 28, 2013

Al-mukmin wa'abdullah

bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim...
aslmkm wbt buat pmbaca2...?
Ada sdikit cerita yakni perkongsian dismping mmberi phala buat shbat yg mmbaca insyaAllah..sblum tu mari sma kita berzikir memuji yg Esa..
Subhanallah(Maha suci Allah)..
subhanallah(Maha suci Allah)..
subhanallah(Maha suci Allah)..
Alhamdulillah(segala puji bg Allah)..
alhamdulillah(segala puji bg Allah),..
alhamdulillah(segala puji bg Allah)...
AllahuAkbar(Allah Maha besar)..
AllahuAkbar(Allah Maha besar)..
AllahuAkbar(Allah Maha besar)...
Lailaha illallah MuhammadarRasulullah saw..(TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH(UTUSAN) ALLAH)

Baiklah,Alhamdulillah semoga niat kita berzikir,di smping mengingati dan menginsafi diri ikhlas krana Allah..,aameen
baru2 nenda ana telah dijemput mghadpNya pd jam 9 mlm malaysia...awalnya mmg rsa sedih dgn kehilgannya..namun,apakan dya,hya mmpu berserah dgn takdirNya...jika kita terlalu sedih dgn kehilgn seseorg yg kita syangi hingga boleh memudharatkan diri kita,ibarat kita mmbinsakan kita dan mndtgkan kemurkaan Allah pd kita..jadi,bykkn sbr dan doa,bykkn sedeqahkan al-fatihah dan yaasiin buat allahyarham/ah...

Ana ada satu kisah dimana seorg ibu ini mmpunyai 4 org anak lelaki.Anak yg pertma,apabila sudah sedikit dewasa,beliau hntar ke medan perang u berperang sma2 dgn Rasulullah,kemudian anaknya meninggal syahid(alhamdulillah),kemudian,lahir pula anak kedua,beliau melakukan hal yg sama seterusnya yg ketiga dan keempat...beliau melalui kehidupan dgn kehilgn anak2nya itu tnpa rsa sedih dan hiba...

Apabila smpainya anak yg keempat,setelah meninggal,beliau sedih..kemudian,sahabiahnya yg lain bertanya ,"mengapakah kamu sedih stelah kehilgn anakmu yg keempat,sdgkan anakmu yg pertma hingga yg ketiga kamu tidak?"...jawabnya,"kerana spls ini aku tidak mmpunyai anak lgi u ku hntr bg menegakkn agama Allah...Allah...

Sahabt sekalian,nk tahu tak..yg keempat2 anaknya meninggal syahid di medan perang demi menegakkan agama Allah...beruntung sekali si ibu yg melahirkan...persoaln dri ana...1)apakah perkra yg kita lakukan telah mmbanggakan ibu kita?
2)apakah yg telah kita korbankan u agama Allah?
3)apakah usaha yg telah kita lakukan?

-kat sini ana taknakla sekdr bertya tnpa jwpan yg terjwab..
-sedikit perkongsian dri ana apa yg perlu kita lakukan u agma Allah sdgkan kita masih lagi kurang ilmu,tidak mmpunyai wang u mnderma dan menyumbang,hya mghrpkan bntuan org lain lgi..(bgitu juga ana)..
 
TAPI KITA BOLEH CUBA DENGAN....
-sntiasa berdoa u agama Allah dan iman,taqwa,ilmu sntiasa dipelihara dan terpelihra
-sentiasa memikirkan ujian yg Allah turunkan u shabt kita yg berada di mana2 shj y mana sedg berjuang u menegakkn kalimah Illalhi..
-boleh kita smpaikan mungkin melalui laman web,blog,vlog,fb,dsbg...
-boleh kita cuba buat puisi,sjak,pantun,teka-teki yg berkaitn dgn islam spya tersebr luas,,,
-boleh reka cop u baju,spy siap yg melihat mungkin boleh mngkatkan smgt juangnya u islam dan mmperbaiki diri..
-dgn budk2 pula,kita duduk di smping mereka kemudian kita cuba cerita tntg kisah2 para Nabi terdhulu spya besar nnti mereka lebih mudah fhm dan ambil pgajaran..
-msenge pda rakan2 tntg hadith2 Rasulullah,kata2 para shbt perjuangan dsb..
mcm2 lgi sbnarnya...

cuma kena byk fikir,asah fikirn...=bykkn bca al-quran,fhami yg nk dismpaikan,zikrullah
insyaAllah2!!..lillahitaala..wassalam