Menunda sebuah Kebaikan Kerana Sebuah Kesempatan?
ibn Ataillah mengungkapkan dalam Al Hikam : " Menunda amal kebaikan kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa. "
Dalam mengulas ungkapan di atas, Ibn 'Abbad berkata: "Kebodohan itu berbagai-bagai. Antaranya adalah melebihkan dunia berbanding akhirat. Sikap ini jelas sekali bukan sifat orang Islam yang berakal, sebaliknya sifat orang kafir. Firman Allah Swt: "tetapi kamu ( orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." [Al-'Ala 87: 16-17]
Mana Dipilih ; Kekal atau Binasa?
Sesuatu yang kekal lebih baik dari yang binasa. Maka bagaimana mungkin mereka prihatin dengan negeri yang penuh dengan tipu daya dan meninggalkan tumpuan terhadap negeri yang kekal abadi?
Diriwayatkan, Ibnu Mas'ud membaca ayat ini seraya berkata kepada sahabtnya: "Adakah kamu tahu kenapa kita melebihkan dunia daripada akhirat?"
Mereka menjawab,"Tidak."
Lantas Ibn Mas'ud berkata," kerana dunia disegerakan kepada kita dengan makanan, minuman, wanita, kelazatan dan keceriaannya, sedang akhirat itu ghaib dan tiada pada kita sekarang. Justeru kita amat suka yang segera dan meninggalkan yang bertangguh."
Tangguh dan Bazir.
Antara kebodohan yang kerap mempegaruhi jiwa menurut Ibn 'Abbad lagi adalah menangguhkan amalan kepada masa yang lain. Walhal manusai tahu bahawa maut boleh menjemput bila-bila masa.
Kembar kepada bertangguh adalah membazir masa. Bukan sedikit orang yang membazir masa dengan melakukan perkara kesukaannya kerana menganggap hal itu hak kebebasannya. Seharusnya, dia bersegera melakukan amalan dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendaklah dia mengambil peluang sebelum kedatangan maut secara mengejut. Bertawakkal kepada Allah dalam melaksanakannya.
Cara Fikir Orang Berakal
Adapun orang berakla, sikapnya sentiasa mengambil peluang untuk beramal tanpa bertangguh. Pesanan Nabi berikut hidup dalam dirinya; " orang yang cerdik ialah yang sentiasa muhasabah dirinya dan membuat bekalan amalan untuk selepas mati, dan orang yang bodoh adalah yang mengikut hawa nafsu diriny dan berharap kepada Allah dengan pelbagai angan-angan tapa usaha."[Riwayat Ahmad]
Dikatakan dalam suhuf nabi Ibrahim tercatat ;" orang berkal mestilah tidak bermusafir melainkan kerna tiga perkara iaitu, membuat persediaan untuk hari Akhirat, atau tujuan untuk hidup dan berazat (menikmati rezeki) dengan makanan yang bukan haram.
Orang berakal mestilah memahami keadaan semasa, bersedia menghadapi urusannya dan menjaga lidahnya. Sesipa yang sentiasa bermuhasabah dengan kalamnya berbanding amalnya, akan sedikitlah kalamnya melainkan pada perkara yang berfaedah."
Jangan Ambil Masa Ibadah Lain
Seterusnya di tempat lain dalam Al Hikam Ibn Ataillah mengungkapkan lagi: "janganlah menanti masa lapang untuk beribadah. Hal ini akan memutuskanmu daripada kewajipan menunaikan hak terhadap apa-apa yang Allah tetapkanmu di dalamnya (dalam masa lapang itu).
Maksudnya, jangan menangguhkan amalan yang sepatutnya dilakukan pada masa kini walaupun dengan niat melakukannya pada suatu masa nanti. Hal ini kerana semasa kita melakukan amalan pada masa yang ditangguhkan, bermakna ada amalan yang lain yang kita terlepas.
Dikatakan: " Berjalanlah kepada Allah dalam keadaan tempang dan patah (sakit yang terus dan berterusan), dan janganlah kamu menunggu sihat. Sesungguhnya menunggu sihat itu adalah membuang masa.
Syeikh Zarruq pula mengumpamakan suatu ibadah yang dibuat dengan menunggu masa lapang adalah seperti pesakit yang tidak mahu berubat dengan sesuatu pun untuk sembuh. Lalu dikatakan kepada mereka: " Kamu tidak mendapat kesihatan hingga kamu mengibati penyakit."
Mustahil Lapang
Mereka yang mencari kelapangan adalah mustahil kerana dunia sememangnya negeri yang penuh dengan kesibukan dan pemikiran. Firman Allah : " Dijadikan indah pula (pandangan) menusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik(syurga). [Ali Imran 3 : 14]
Syeikh Al Butti mengulas:" segala perkara ini menjadi medan ujian kepada manusia. Sesiapa yang berjaya akan mendapat kajayaan di Akhirat.
Sebaliknya yang gagal dan dikuasai oleh nafsu ini akan berada dlam kehinaan dan hukuman Allah. Namun jalanilah kehidupan seperti kenyataan ulama Rabbani al khalwah fi al jalwah yang bermaksud, hadapilah kehidupan dalam keredhaan Tuhan dan bukan bertapa di bukit, gua dan melrikan diri daripada hakikat kehidupan."
Manusia dihiasi dengan cinta shahwat terhadap wanita, lelaki dan harta yang banyak. Benarlah kata pujangga: "Tidaklah selesai seseorng daripada tugasanya, dan tidak selesai tujuan kecuali ada tujuan yang lain."
Petikan dari buku : Solusi, kerana kita umat akhir zaman.
Petikan dari buku : Solusi, kerana kita umat akhir zaman.
0 comments:
Post a Comment