CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 19, 2023

Kembali!

 Aku telah kembali!

Sepertinya rasa segah dan indah apabila melihat diriku hari ini.

Pelbagai asam dan garam aku rasai untuk kembali ke sini.

tersenyum sambil menulis yang kini aku masih di sini.

Tidak jauh, namun aku telah capai hingga tahap ini.

Hai diri aku yang kelmarin,

masihkah kau ingat malammu yang dihiasi tangisan kesepian dalam kegelapan?

Menunggu ada sirna yang datang entah dari mana.

mengharapkan luka sembuh dalam sedetik.

Lucu apabila diingatkan kembali betapa lemahnya hati yang mudah lentur dengan hamparan ujian

Namun tanpanya, aku tidak akan pernah mengenal makna kuat dan tabah.

Iya kan?

Untuk aku yang baru kembali,

Teruskan tersenyum awak.

Walau berkali sakit, jatuh dan gagal, 

itu bukan pengakhiran apa yang kau usahakan, harapkan dan mahukan.

Tapi ianya permulaan pada doa yang kau mintakan.

Bukankah patut kau bahagiakan detik itu?

Tuhan sedang memandu jalanmu.

Pesanku, 

Tetaplah meletakkan Tuhan dalam setiap langkah dan rancanganmu.

Kau takkan boleh berdiri sendiri.

Kau sendiri tidak mengenali hati sendiri

Apatah lagi mengandalkannya.

Okay?

Senyum dan terus tabahkan hati.

Allah beri sebab nak ajarkan kau sesuatu, bantu tunjukkan kau jalan yang sebetulnya.

Okay?

Dada...