CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 14, 2013

::mencari sinar cinta::


jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman....
jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari keredhaan...
jika mereka menangisi kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangisi kerana mengenangkan dosa-dosa semalam...
jika mereka cintakan manusia,
Biar kita cintakan Allah...
kerana cintakan Allah adalah cinta yang ABADI....

BALASLAH KEBURUKAN DENGAN KEBAIKKAN...


"Ya Allah,jadikanlah kami pemaaf,yang mampu membalas keburukan dengan kebaikan,membalas kebencian dengan kasih sayang agar kami bisa meneladani Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaihi Wa Salam.Ya Allah kabulkanlah doa kami".Aminkan doa ini agar kita menjadi pemaaf dan mampu membalas kebencian dengan kasih sayang serta kebaikkan...

^_^(di sebalik secebis kain)^_^

kefahaman dan Taqwa...

Rasulullah s.a.w. bersabda:
                                         wanita itu aurat.Apabila keluar dari rumah,syaitan terus memandang nya (untuk menghiasinya pada pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).
(riwayat at-tirmizi)

Ramai umat Islam pada hari ini terlepas pandang pada hadith Nabi S.a.w. di atas.jika ada yang mengetahuinya,tidak ramai yang dapat menerima dengan hati yang terbuka dan bersuluh iman kerana inti patinya yang tidak selari denga hawa nafsu mereka.bahkan mereka mendakwa ia merendah-rendahkan kaum wanita,tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman.

Sama ada Muslimah tersebut mengenakan purdah atau tidak,berada di luar rumah,alam nyata atau alam maya,mereka perlu diawasi dan dibatasi secukupnya.Yang perlu diimplementasi ialah roh penutupan wajah itu ialah merendahkan pandangan daripada dipandangan atau memandang secara tidak wajar.

Lazimi Rumahmu...

Allah swt memerintahkan wanita duduk di rumah jika tiada sebarang urusan yang memerlukan mereka keluar seperti menuntut ilamu,berkerja menambah ekonomi rumah,mendapat rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama,dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara.

Allah swt berfirman:
"dan hendaklah kamu berada di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah yang terdahulu."
(surah al-Ahzab 33:33)

walaupun ayat ini ditujukan kepada para isteri Nabi Muhammad s.a.w,namun wanita selain mereka perlu mentadabbur ayat ini dan mengambil manfaat daripadanya.amat wajar difahami ayat ini bukan untuk membataskan gerak geri seorang wanita mengurangi peranannya dalam masyarakat.hakikatnya,ayat ini menjelaskan tentang cara seorang wanita tatkala dia keluar dari sempadan rumahnya agar tetap selari mengikut syariat islam.sayangnya,ramai yang telah terlupa tentang perkara ini,dan"membuka "diri bukan sekadar dengan menjadi pengunjung tetap pusat membeli belah tanpa tujuan membeli dan berlegar-legar,bahkan mereka menggunakan hujung-hujung jari mereka sahaja untuk memperaga wajah dan rupa.

Di sebalik secebis kain itu...

Muslimahku,kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya,terikut-ikut trend semasa dan mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia.Tetapi,demi mencari keberkatan dengan mengikut cara para isteri Nabi dan muslimah pada zaman Baginda s.a.w. yang merupakan sebaik-baik contoh teladan dan tuntutan buat muslimah beriman.

Baik berpudah atau tidak,insafilah kita membawa syiar islam
di sebalik apa yanjg kita pakai.kita melindungi diri demi mencari redha Illahi kerana sesungguhnya Allah swt. menghendaki pakaian untuk melindungi aurat itu juga merupakan penutup dantabir pelindung daripada pandangan "mata" syaitan durjana.Ia pemangking rasa malu,penghindar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu.

Di sebalik pakaian kita,suburkan rasa malu dengan menjauhi laranganNya dan berpegang erat  dangan segala perintahNya.sedarilah,malu itu sememanganya penentu nilai seorang Muslimah bertaqwa dan beriman.Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka,aamiin...