CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 17, 2013

::keajaiban surah Al-fatihah::


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Topik 'Rahsia Al-Fatihah' dalam rancangan Tanyalah Ustaz di tv9 bersama dengan Ustaz Roslan Mohammad.

Antara yang dapat dikongsi:

- Al-Fatihah adalah denyutan nadi jantung kita.. 
- Al-Fatihah adalah Umul kitab (ibu kitab), pembuka lorong kehidupan kita. Keseluruh Kitab Taurat tidak sama dengan hanya satu surah Al-Fatihah.

- Paling tidak ada 30 nama-nama bagi Al-Fatihah. Antaranya ialah: 
Pembuka kitab, Ummul Kitab, 7 ayat yang di ulang-ulang (dalam solat), Al- Waki'ah (benda yang akan berlaku), perbendaharaan, Suratul Rukiah (ayat penyembuh), ianya ialah Suratunnur.

- Antara Keistimewaan Al-Fatihah ialah:
1. Al-Fatihah diturunkan HANYA pada Nabi Muhammad SAW, tidak pada Nabi-Nabi lain.
2. Keistimewaan Al-Fatihah juga ialah, bila kita membaca Al-Fatihah didalam solat, kita dapat bercakap2 dengan Allah SWT didalam solat. Bila kita baca Al-Fatihah didalam solat, Allah menjawab tiap-tiap ayat yang kita baca.. Kalau kita tidak solat, bermakna kita tidak bercakap-cakap lah dengan Allah..
3. Keberkatan Al-Fatihah juga adalah, ia dapat menyembuhkan penyakit. 

- Jangan abaikan maksud ayat-ayat Al-Fatihah. Bacalah sebagai amalan harian. Fahami tiap-tiap ayat...

Surah Al-Fātiĥah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)."

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan."

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

"Tunjukilah kami jalan yang lurus."

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, 
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula 
(jalan) orang-orang yang sesat."

Al-MAut:::

بسم الله الرحمن الرحيم

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"...
walaumacamana kita lari sekalipun,Allah tetap akn melakukan apa yg telah ditaqdirkan drNa buat kita..

لا حول ولا قوة الا بالله العلى العظىم
tiada daya dan kekuatan melainkan Allah swt..kita ini hanya hambaNya yang lemah lgi hina.Hidup kita penuh dengan gelombang dosa...

ada org taknak buat dosa,baiklah ustaz saya takkan keluar rumah,
bila tak keluar rumah tengok tv,
bila tengok tv,maksiat mata melihat dedahan aurat dan sebagainya,
taknak tengok tvlah ustaz,tengok surat khabar,
bila tengok akhbar pula,
mengata org,politik dan sebagainya..
Memang kita tak boleh lari dri kesalahan dan dosa

Tentang kematian,
cuba bayangkan saat Malaikat Izrael datang untuk mengambil nyawa kita,
sedang waktu itu kita lalai,dalam melakukan maksiat,
apa yg harus kita lkukan,memang tak diberi peluang dah oleh Allah swt untuk kita bertaubat melainkan dengan izinNya.
sahabat,mati itu sakit...sesak nafas yang tiada udara hingga ke hujung..Allah sakit..bagi sesiapa yg pernh alahan lelah,pasti dia akn rasainya dan itu hanyalah sedikit dri kuasaNya yg kita lihat,,,

jika Alllah mentaqdirkan kita husnul khatimah,,,beruntunglah dikau,jika sebaliknya maka saat itu tiada siapa yg dapat mmbantumu melainkan syafaat dri amalanmu...

maka,beramal solehlah bersma2..insyaAllah banyak kebaikn yg kamu akan perolehi..juga keredhaan Allah yg tiada henti..

jika ada niatmu untuk berbuat kejahatan,maka kembali ke jalanNya...kerana Dia sentiasa menunggu kepulangan kasihMu kepadaNya..

insyaAllah...