CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 4, 2016

IMPIAN YANG MELAMBAI...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt...

Impian yang melambai samada pergi atau menyambut kedatanganku. Ramai wanita termasuk diriku yang menginginkan seorang lelaki yang sudi menerima lemah dan kekurangan diri. Bahasa mudahnya seorang suami yang soleh dan musleh. Namun hakikatnya diri mengetahui bahawa tidak pantas unutk dilabelkan solehah dek kerana ilmu yang masih belum dimanfaatkan dan diamalkan.Seperti yang diketahui , ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang diamalkan dan diajarkan bukan hanya digerd kertas.ada pepatah arab berbunyi  العلم في صدور ولا في سطور bermaksud ilmu itu perlu dalam hati bukan hanya di kertas.

MACAMNA AKU BOLEH TERFIKIR BENDA NI?

Kadang di saat kita lemah terutamanya wanita, pasti akan ada yang terfikir seseorang yang dapat membantu kita untuk bangun kembali.Dan kerana kita manusia, pasti yang diharapkan juga manusia. Saya bercakap di sini bukan ingin menggalakkan mana-mana pihak tetapi ingin membantu untuk ubah persepsi kita yang miskin ini.Kerana apa saya cakap miskin? kerana lemah dari segi ilmu dan pemantapan aqidahnya .Sebenarnya as-syaitanirrajim itu telah menipu daya pemikiran kita.Allah ada berfirman :

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286) adalah penjelasan yang menguatkan prinsip tersebut. Pembebanan adalah perkara yang menyulitkan. Karena itu harus berbanding lurus dengan kemampuan. Imam Qurtuby berkata, “Allah menggariskan bahwa Dia tidak akan membebani hambanya –sejak ayat ini diturunkan– dengan amalan-amalan hati atau anggota badan, sesuai dengan kemampuan orang tersebut. Dengan demikian umat Islam terangkat kesulitannya. Artinya, Allah tidak membebani apa-apa yang terlintas dalam perasaan dan tercetus dalam hati.”

Wahai wanita yang dikasihi Allah,

Tidakkah Dia Maha Melembutkan.Dia tahu apa yang kita tidak tahu. 
Berbalik pada kaitan di atas, di mana tidak perlu berfikir panjang dan berangan-angan kosong serta rasa rendah diri.Ingatlah bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). "
                                                                                                                                                                                          (QS. An-Nur: 26)
Belajarlah wahai sahabat, dalamilah ilmu Allah.Kenalilah dunia yang fana ini.bermusafirlah bagi mengenal apa itu perjalanan dan kekuasaan dari tanda- tandaNya.Jangan kau lemah.banyak lagi perlu kau selami selain memikirkan sesuatu yang kau sendiri tidak pasti.Cukup lah kau mengenali bahawa firman Allah yang jelas itu.Jadilah yang terbaik di sisiNya dan Dia akan berikan apa yang kau perlukan bukan yang kau hendakkan. 

Pernah sekali saya bermesej dengan kawan-kawan group whatsup.Kami agak bertelingkah dalam laman tu kerana ilmu yang sedikit .Kemudian ,ada pendapat yang dikeluarkan mengikut kata hati. Tidak lama kemudian, semua di situ disindir dan ditegur oleh seorg naqib kami. Terkedu dan tersentap. Tersentap dan terasa ini bermakna Dia ingin menyedarklan dan menegur. Apa yang diperkatakn itu adalah menyedarkan bahawa,umat Islam itu sendiri ramai lagi yang miskin dari segi ilmu akhiratnya. Masih lagi EGO dengan menggunakan pendapat sendiri sedangkan terang lagi bersuluh bahawa yang benar itu benar yang salah itu salah.Tetpi, hal sebegini masih lagi yang yang dijawabnya dengan tergantung-gantung,teragak-agak.

Ingatlah sesama kita, biarlah siapa dia yang penting 'KITA' ..Siapa kita kelak ..adakah hanya manusia biasa yang tumpang di bumi Allah tanpa berterima kasih? atau hamba Allah yang terlampau fana asyik dengan tipu dunia tanpa mencari lorong yang cerah?

Lihatlah diri yang semakin menjauh. 
hati yang semakin melumpuh
bangunlah dengan cahaya hidayah yang menyuluh
buat sesuatu kerana Allah bukan semata disuruh

insyaAllah sama-sama kita usaha untuk menjadi yang terbaik di sisiNya.
kalu kita jaga hubungan kita dengan Allah insyaAllah yang lain akan mudah
jangan mengaharap yang tak pasti(bab jodoh), haraplah syurag yang sedang menanti

ok, assif jiddan kalu ada yang tersalah cakp atau terlari tajuk.saya hanya tulis sesuatu yang tersirat di hati dan terfikir
ala kulli hal, doakan saya ^_^
wallahualam