CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 20, 2017

My Life

Bismillah ( In The Name of Allah )

Lama dah tak menulis. Rindu waktu dulu yg menulis sebab nak cari diri yg sebenar.
Kalini nak cerita sikit tentang seorang makhluk Allah yg sangat dekat dengan saya. Namanya diberi Fathonah (bukan nama sebenar). Beliau seorang rakan yg sangat baik dan bersikap kasih sayang terhadap org di sekelilingnya. Pada suatu hari beliau datangi saya dan mengeluarkan satu pernyataan yg mengejutkan dan membimbangkan sebenarnya iaitu ;

" aku dah penat bergantung dengan manusia ".
Aku tersenyum. Itulah hakikat dunia. Kadang kita rasa kita perlukan manusia tapi Allah kata kita hanya perlukan Dia. Jadi, apa sahaja yg kita buat bergantungkan manusia takkan pernah terjawab atau jadi sebab Dia suruh bergantung pada Allah sahaja.

Disebabkan pernyataan lemah di atas, beliau membuka cerita tentang rahsia dirinya. Fathonah mempunyai sejenis penyakit yg digelarnya 'penyakit psikologi' sebab berkait dengan six sense, macam khasyaf  tapi bukan kasyaf, mungkin ilham baik tapi tak tahu nak cakap macammna. Saya pun pening waktu kali pertama mendengarnya.

Katanya, dulu dia selalu mendiamkan diri sebab mungkin semua orang sepertinya. Itu yg dia fikir. Sejak tahun lepas, banyak kejadian yg menyedarkannya bahawa hanya diri dia yg berkelakuan sebegitu. Contoh salah satu cerita drpdnya, seminggu sebelum period dia akan tiba-tiba jadi seorang yg sangat matang dan rasa itu dirinya. Sepanjang tempoh period, dia akan berkomunikasi dengan lelaki walaupun hanya dengan tiba-tiba ada org tersilap nombor. Untuk pengetahuan semua, dia seorg yg sangat2 jarang bercakap dengan lelaki dengan kawan sekelas. Baginya selagi ada perempuan dia akan gunakannya dengan sebaik mungkin. Tapi kalu ada discussion atau kerja memang kena bagi komitmentlah kan. Kemudian, 3 hari selepas habis period dia akan rasa ada org suka dia ibarat macam perasan 3 hari. Hanya 3 hari sahaja tepat! Hari keempat dia akan mula abaikan apa yg ada di sekelilingnya.

Kadang apa yg org rasa dia boleh rasa. Tak tahu nak cerita macammana. Sekarang dia try cerita pada yg thiqah ramai. Tapi yg menyebabkan dia keluar pernyataan kat atas tu sebab dia cerita tapi takde feedback dan jawapan kepada persoalan. Perubahan apatah lagi. Jadi penyesalan yg dia dapat sebaab ramai org tahu.

Sekarang apa yg dia fikir adalah untuk sacrifies dan indipendent banyak benda sendiri. Sebab dia penat jadi org lain. Maksud? ni juga salah satu penyakitnya. Dia kerap jadi orang lain. Dia selalu buat apa yg org lain fikir dan rasa berbanding apa yg dia fikir dan rasa sendiri. Kadang sampai tahap dia tak boleh kawal dirinya sebab terlalu mendalam resap karakter org lain dalam dirinya. Dia tak perhati orang kadang tu dia kata tiba-tiba dia sedar itu adalah kepunyaan atau karakter org lain kemudian baru dia tersedar.

Perkara ini berlaku padanya bila-bila masa sahaja kecuali solat. Time tu baru dia akan terduduk, menangis dan sedar diri. Dan ia juga berlaku di mana-mana sahaja even balik rumah sendiri. Kadang terikut apa yg kakaknya buat dan fikir.

Perkara ini membuatkan dia sedar yg dia tak mampu pun untuk kawal apa-apa. Semuanya adalah penguasaan dan kawalan Allah semata. Sepanjang dia buka cerita, aku senyum dan hanya mendengar. Dan aku sedar ada makhluk yg sama Allah ciptakan tapi keajaibanNya adalah berbeza dalam tertutup. Yang mengetahui hanya Dia yg Esa dan Mengetahui.

Jadi, itu saja perkongsian kali ini.
Assalamualaikum warahmatullah..
Doakan saya dan Fathonah diberi kekuatan.
" Sungguh! ujian setiap hambaNya itu adalah berbeza "