CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 14, 2017

Siang Mukmin, Malam Kafir

Nabi bersabda: " Sungguh sebelemu qiamat nanti akan terjadi pelbaai fitnah bak malam yang gelap gelita, sampaikan ada orang yang pada waktu siang dia mukmin, petang nanti dia menjadi kafir. Atau pada waktu petang dia mukmin, keesokan paginya dia menjadi kafir.

  Pada masa itu, orang yang dduk lebih baik dari orang yang berdiri.Orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Maka ketika itu, patahkanlah busur-busur kamu, putuskanlah tali-tali kamu, dan pukullah pedang kamu pada batu.

  Bagaimanapun sekiranya fitnah itu menimpa juga atas sesiapa antara kamu, maka bersikaplah seperti anak Adam yag baik itu(Habil)." [Riwayat Abu Daud]

  Dalam riwayat lain, Nabi berpesan,"Segeralah perbanyakkan amalan sebelum datang pelbagai fitnah bak malam yang gelap gelita, sampaikan ada orang yang pada waktu siang dia Mukmin, petang nanti dia menjadi kafir. Dia rela menggadai agamanya demi sedikit nikmat keduniaan."(Riwayat Muslim)

Oh Akhir Zaman
Antara lumrah Akhir Zaman ialah pelbagai kejadian yang menguji iman ( fitnah ) yang datang bertimpa-timpa dan tidak dapat diketahui mana pihak benar-salah. Dahsyatnya keadaan pada ketika itu sehingga Nabi mengibaratkannya seperti malam yang gelap. Fitnah tersebut berupa pertelingkahan demi pertelingkahan sesama umat Islam dalam pelbagai perkara, sama ada berkaitan keduniaan mahupun agama.

  Dahsyatnya fitnah tersebut sehingga pihak yang bertelagah bukan setakat marah kepada seterunya, malah rela menghalalkan darah dan harta saudara mereka. Apa lagi menuduh saudara mereka kafir. sesat dan sebagainya.

  Menambahkan lagi kerumitan, semua pihak ada hujah agama yang membela diri masing-masing. Pada ketika itu, umat ISlam lebih sibuk membela kumpulan masing-masing yang disangka memperjuangkan agama. Maka tidak hairanlah pada ketika itu umat Islam tidak dapat mengamalkan agamaNya dengan sebaik-baiknya.