CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 25, 2017

Mati Tidak Mengenal Usia

Bismillah ( In The Name Of Allah )

kerap kali kita mendengar apabila matinya ulama atau para solihin hati akan terdetik, " sayangnya Allah kepada mereka dan bermakna Qiamat semakin hampir " kerna apabila hari Perhitungan, mukmin itu sudah tidak kelihatan kecuali sedikit dan azan tidak lagi kedengaran.

Ya, benar apa yg diperkatakan. Tetapi ada juga orang yang salah anggap dengan mengatakan bahawa " aku jahat mesti Allah lambatkan untuk aku mati sebab setakatni aku dengar ramai org yg baik Allah ambil dulu". Kita sebagai manusia mesti sedar bahawa akan ada juga saudara kita berfikiran seperti ini.

Implikasinya, masyarakat akan melengah-lengahkan taubat dan menganggap dunia itu adalah syurga mereka. Sedangkan dalam hadis Nabi saw ada mengajarkan.
 Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir.” daripada HR. Muslim.
 Selain itu, kesedaran tentang Islam itu semakin berkurang kerana lumrah untuk takut kepada Allah atau tuhan itu semakin pudar. Dari itu juga, pendidikan sivik dan akhlak semakin lemah dan tidak dihiraukan.

Cuba kita hayati ayat Allah ni,
yang pertama Allah kata, “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].
 
Di sini secara zahir ayat Allah suruh kita supaya berusaha dahulu untuk berubah diri kemudian Allah akan bantu. Tidak kira cara macammna sekalipun yang penting ikut syariah. Sedikit perkongsian daripada saya step untuk berubah, jangan berubah secara drastik contohnya dari tak pakai tudung kepada terus pakai purdah dan burqa' untuk tutup aurat. Boleh nak buat macamtu tapi kemungkinan besar untuk tidak istiqamah itu sangat dekat sebab itu bukan kebiasaan kita. Jadi, try to start something simple but memenuhi kehendak syariah. mungkin dengan tutup aurat dulu. tak kitra walaupun dengan pakai seluar jin tapi mestilah kena longgar. Kalau tidak solat, start dengan solat wajib dulu. yang sunat tu hold on first. settle satu-satu. ok?

kemudian, ada hambaNya yang apabila diberi petunjuk dia ingkari. Maka turunlah ayat Allah :
 
"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya." (Al-Maaidah: 54). 

 Allah berfirman lagi,

"Dan, jika kamu berpaling niscaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38).

Sesunggah kita ni dipilih Allah dengan hikmah yang tersembunyi. Maksudnya kita sendiri kena cari sebab kenapa kita diwujudkan. Walaupun untuk emberi manfaat kepada orang lain. Itu juga antara sebab kita diwujudkan. Yang mana membahagiakan orang lain itulah penyebab syurga ditempatkan untuk kita.

cakap apasal syurga. Semua muslim akan masuk syurga. Tapi, untuk penegetahuan semua syurga mempunyai tujuh jenis yang membezakan mukmin yang lain. Jadi, setelah kita susah-susah kat dunia takkan kita nak dapat syurga yang biasa saja kan? Mestilah yang special. So, macammana nak dapat yg special? Apa yang kita buat juga mestila yang luarbiasa dan mengagumkan Allah.

Jangan mengira apa yang dikata manusia. Kadang sikap dan perbuatan kita yang tersembunyi itu lebih Allah muliakan. Tak percaya? Try bangun malam lepastu kutip sampah yang ada depan rumah jiran-jiran dan lihatlah hari esokmu apa yg menanti. Pembalasan Allah kepada hambaNya itu sangat ajaib dan tidak disangka-sangka. Jadi, jangan pernah samakan apa yg Allah dengan manusia sebab sangat berbeza. Allah Tuhan yang Mencipta dan manusia pula bersifatkan hamba. Apa sifat hamba? Turut, patuh , tidak boleh melawan atau bongkak nanti kena balasan. Lebih kurang macamtu. Tapi jangan lupa Allah sifat Rahmat, belas kasihan. Walaupun kita dah buat dosa banyak mana sekalipun tapi still pintu taubat Dia buka. Still Dia bagi kita makan dan tempat berteduh.

Kita sedar tak semua benda tu? wallahuam. Yang sedar Alhamdulillah. Yang tak sedar? kena cek balik hati. try cari waktu  untuk menangis.

soalan: kalau tak boleh jugak menangis?

jawapan : try start dengan apa2 scene yg buatkan kau nangis even kena tinggal dengan girlfriend lepastu kau undo balik pergi kepada Allah. contohnya kau sedar yg percintaan kau tu sia - sia semata sebab duit hati beratus-ratus tapi tak kahwin dan sibuk sangat buang masa jaga jodoh orang lain. pastu time tu the right time untuk kau minta ampun kat Allah dan minta Allah bagi jodoh yang baik kat kau. contohnya.

ingatlah, perjalanan yang likuni tak menentukan kiata akan masuk syurga atau tak tapi keredhaanNya tu yg tentukan kita masuk syurga atau tidak. Cara nak dapat redha tu, kita kenalah sentiasa rujuk pada yg diajar. Syariah suruh. Dan galakkan baik daripada para Nabi dan para solihin. kita di zaman jahiliah, jadi try jangan jadi jahil macam yang lain juga. Dan cuba fikir ya, orang lain buat dosa sebab mereka tak tahu. kita buat dosa sedangkan kita dah tahu. Agak2 sapa yan g kena lagi teruk nanti? kitalah..wanbauzubillah minzalik.

semoga nukilan sedikit bantu kita sesama saudara untuk berubah jadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya ..Amean


0 comments: