CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 31, 2013

Kenali 6 Ulama’ Hadith Terkemuka

Berikut adalah biografi singkat 6 ulama’ hadith terkemuka yang kitab-kitab h

adith mereka disebut sebagai Sunan Sittah ( 6 Sunan). Dalam ilmu Hadith, dinyatakan bahawa, hadith yang paling sohih adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

1) Imam Bukhari
Nama asalnya adalahMuhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Bukhari. Lahir di Bukhara pada tahun 194 Hijrah / 810 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Hartank (salah satu kawasan desa di Samarkhand)pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi. 

Imam Bukhari adalah ilmuan Islam dan penghafaz hadith Rasulullah s.a.w. Antara kitab-kitabnya adalah Jami’ As-Sohih (Sohih Al-Bukhari), At-Tarikh dan Ad-Dhuafa’. Pada tahun 210 Hijrah, dia bermusafir jauh untuk mencari Hadith. Beliau mengunjungi Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. Dia belajar Hadith dari 1000 orang guru dan mengumpulkan sekitar 600,000 hadith. Dari jumlah tersebut, dia memilih perawinya yang thiqah sahaja untuk ditulis dalam kitab Sohihnya. Di dalam kitab tersebut terdapat7562 buah hadith

2) Imam Muslim
Nama asalnya adalah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Quraisyi An-Naisaburi. Lahir di Naisabur pada tahun 204 Hijrah / 820 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Iran. Beliau meninggal dunia di pinggir Kota Naisabur pada tahun 261 Hijrah / 875 Masihi.

Dikatakan bahawa, Imam Muslim melakukan perjalanan ke Hijaz, Mesir, Syam dan Iraq. Kitab Sohih Muslim merupakan karyanya yang terkenal. Antara karya lain adalah Al-Musnad Al-Kabir (tentang darjat perawi hadith), Al-Jami’ (disusun per bab), Al-Kinaawa Al-Asma’, Al-Afrad wal Wihdan, Tasmiyyah Syuyukh Malik wa Sufyan wa Syu’bah, Kitab Al-Mukhadhramin dan Kitab Aulad As-Sohabah. Dalam Sohih Muslim terdapat 3033 buah Hadith setelah dilakukan penelitian terhadap hadith yang berulang.

3) Imam Abu Daud
Nama asalnya adalah Sulaiman bin Al-Asy’ats bin Ishaq bin Basyir Al-Azdi As-Sijistani. Lahir di Sijistan pada tahun 202 Hijrah / 817 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Afghanistan. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 275 Hijrah / 889 Masihi.

Beliau adalah Imam Ahlil Hadith pada zamannya. Beliau bermusafir panjang untuk mencari ilmu ke Iraq, Hijaz, Mesir dan Syam. Kitabnya, As-Sunan merupakan salah satu dari 6 kitab hadith rujukan. Terdapat di dalamnya 5232 hadith yang dipilih dari 500,000 hadith yang dihafaznya. Kitab-kitab lain karya beliau adalah Kitab Az-Zuhd, Al-Ba’ts (artikel), Tasmiyyah Al-Ikhwah (artikel) dan Al-Akhbar Abi Daud yang disusun oleh Imam Al-Juludi.

4) Imam At-Tirmizi
Nama asalnya adalah Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa As-Silmi Al-Bughi At-Tirmizi.Lahir di Tirmiz pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Tirmiz pada tahun 279 Hijrah / 892 Masihi.

Beliau belajar dari Imam Bukhari dan beberapa guru Imam Bukhari. Beliau bermusafir untuk menuntut ilmu ke Khurasan, Iraq dan Hijaz. Walaupun mengalami buta pada akhir hidupnya ,dia tetap dijadikan teladan dalam penghafalan Hadith. Antara karya beliau adalah Al-Jami’ul Kabir yang dikenal sebagai Sohih At-Tirmizi, Kitab Asy-Syamail An-Nabawiyyah, At-Tarikh dan Al’Ilal. Dikatakan bahawa, Sohih Tirmizi memuat sebanyak 3956 buah hadith.

5) Imam An-Nasa’ie
Nama asalnya adalah Ahmad bin Ali bin Syu’aib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar. Lahir di Nasa pada tahun 215 Hijrah / 830 Masihi. Lokasi sekarang adalah Turkemanistan. Meninggal dunia di Baitul Maqdis (di Kota Ramallah, Palestin) pada tahun 303 Hijrah / 915 Masihi.

Beliau menulis Kitab As-Sunan (An-Nasa’ie). Beliau bermusafir ke Tiberistan, Qazwain, Iraq, Hijaz, Mesir dan Palestin untuk mencari ilmu sehinggalah meninggal dunia di Palestin. Ada pendapat mengatakan beliau meninggal dunia di Makkah saat menunaikan ibadah haji. Kitab-kitab beliau antaranya adalah As-Sunan Al-Kubra, Al-Mujtaba (Sunan As-Sughro), Ad-Dhuafa wal Matrukun, Khaso’is Ali, Musnad Malik. Di dalam kitab Sunannya (Sunan Tirmizi) terdapat 5769 buah Hadith.

6) Imam Ibnu Majah
Nama asalnya adalah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ Al-Qazwaini. Lahir di Qazwain pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Negara Iran. Meninggal dunia di Qazwain pada tahun 273 Hijrah / 887 Masihi. 

Beliau seorang yang alim dalam ilmu Hadith. Beliau penduduk asli Qazwain (sebelah Barat Laut Kota Tehran). Beliau bermusafir ke Basrah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz untuk mencari ilmu. Karya beliau adalah Sunan Ibnu Majah yang merupakan salah satu dari 6 kitab Hadith rujukan. Karya lainnya adalah Tafsir Al-Qur’an dan Tarikh Al-Qazwain. Di dalam Sunan Ibnu Majah terdapat 4341 buah hadithdan 3003 hadith juga terdapat pada lima kitab hadith rujukan sebelumnya. 

Subhanallah ! Aneh juga ya..semua ulama’ terkenal hadith ini bukan berasal dari bumi Makkah atau Madinah sebagai tempat awal permulaan Islam.


Sumber Rujukan: Atlas Hadith – Dr.Syauqi Abu Khalil (Darul Fikr, Damaskus, Syria) – versi Indonesia diterbit oleh: Penerbit Al-Mahira, Jakarta Timur, 2007. 

Monday, December 30, 2013

Jenis-jenis Hati

Saturday, December 28, 2013

Nabi Salih dan kaumnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pmurah lahi Maha Mengasihani

Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka,Nabi Salih. Ia berkata : "wahai kaumku! sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain-Nya.Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata.(mukjizat) daripada Tuhan kamu : ini adalh sekor unta betina (daripada) Allah swt sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenarannya). Oleh itu,biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya: (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Ad, dan ditempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi."

Ketua-ketua yang sombong tekbur dari kaumnya berkata kepada orang yang dipandang lemah iaitu orang yang telah beriman di antara mereka" tahukah kamu bahawa Salih itu diutus oleh Tuhan-Nya?"
Mereka menjawab: "sesungguhnya kami beriman kepada orang yang ia diutus umtuk menyampaikannya."

Orang yang sombong takbur itu berkata : "sesungguhnyha kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya"
Maka mereka pun menyembelih unta itu. Mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata : "Hai Salih! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami,jika betul engkau daripada rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)."

Oleh itu,mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi,lalu menjadikan mereka mayat0mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Maka Nabi Salih a.s pun meninggalkan mereka sambil berkata: "wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi naihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang yang memberi nasihat."

(Surah AL-A'raf 7: 73-79)

Friday, December 13, 2013

Tentang Solat

BismillahiRRahmaniRRahim..

Aslmkm wbt,,ana copy paste dri salah seorang blogger bab ni sebab takut jika berlaku sebarang kesilapan dalam pengisian.Hal di bawah sring kita terlepas pandang..jadi,sama-samalah kita meningkatkan kualiti solat kita.

Syarat dan Rukun Sembahyang
 
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
 
Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu sembahyang.


Syarat Sah Sembahyang
 
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
 
Sesudah masuk waktu sembahyang.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
 

 
Rukun Sembahyang
 
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
 
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
 
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
 
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
 
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
 
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
 
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
 
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
 
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
 
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
 
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
 
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
 
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
 
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

 
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
 
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:- 
Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
Tertawa Terbahak-bahak.
Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
Berubah Niat.
Mendahulu Imam sampai dua rukun.
Meninggalkan rukun Sembahyang.


 

Sunday, December 1, 2013

Imam hasan al basri dan pencuri

Pada suatu hari, Imam Hassan al-Basri pulang dari tempat Imam mengajar menuju ke rumahnya. Tanpa mnyedari bahawa rumah Imam telah dimasuki pencuri. Imam Hassan al-Basri kemudiannya telah naik ke tingkat kedua rumahnya.Rumahnya mempunyai dua tingkat bukan bermakna Imam seorang yang kaya tetapi rumah Imam telah dibina oleh anak-anak muridnya hasil dari kutipan derma orang ramai dan dijadikan sebagai tempat pengajian. Apabila sampai di tingkat atas dengan berbekalkan cahaya dari lilin, Imam mendapati seseorang sedang mngeledah almari-almari Imam. Tetapi pencuri itu merasa sangat hairan kerana tiada barang mewah yang di temui melainkan hanya pekaian-pakaian.Imam Hassan al-Basri yang sedari tadi memerhati perilaku pencuri tadi menghampiri pencuri dan menanyakan, “Apa yang kamu buat wahai pemuda?”.Pencuri yang terkejut lantas bertanya, “ Siapakah kamu?”.Imam menjawab, “Aku juga seperti kamu”.Pencuri bertanya kembali, “Jadi kamu juga pencuri seperti aku?”.“Ya mungkin”, jawab Imam.Imam berkata kembali kepada pencuri tersebut, “Biar aku tolong kamu bungkus baju-baju ini. Aku tahu dibilik sebelah ini juga ada banyak baju.”
Pencuri itu bertambah hairan. Setelah baju-baju itu dibungkus dan ada dua bungkusan, Imam mengatakan kepada pencuri tersebut, “Kemanakah mahu kamu bawa bungkusan-bungkusan ini? Biar aku tolong bawakan .”
Pencuri pun berkata, “Ikut aku”.Mereka pun pergi ke tempat pencuri itu. Pencuri berharap ingin menjual pakaian-pakaian itu pada ke esokkan harinya. Kerana kebaikan Imam, pencuri menawarkan satu bungkusan untuknya tetapi di tolak oleh Imam. Pencuri itu sangat hairan adakah benar itu adalah pencuri seperti aku. Fikirnya.Imam kemudiannya telah kembali ke rumahnya semula.
Keesokkan harinya, riuhlah Kota Basra (Iraq) akan berita rumah Imam Hassan al-Basri telah dimasuki pencuri dan baju-baju Imam telah di curi.Murid-murid Imam yang telah mendengar berita itu terus membelikan semua baju-baju baru di Kota Basra untuk dihadiahkan kepada Imam Hassan al-Basri.
Manakala, pencuri yang tidak puas hati atas kebaikan orang yang telah menolongnya telah pergi semula kerumah yang telah dirompaknya dan terkejut dengan kehadiran ramai orang dihadapan rumah itu.
Pencuri bertanya kepada orang kampung yang hadir di situ, “Rumah siapakah ini?”Orang kampung menjawab, “Ini adalah rumah Imam Hassan al-Basri. Ulama’ yang terkenal di daerah kita ini.”
Terkejut dengan jawapan itu, pencuri merasa menyesal dengan perbuatannya. Pencuri tersebut berjumpa dengan Imam dan meminta maaf. Terkejut pencuri itu apabila melihat Imam Hassan al-Basri adalah pencuri tua semalam..Lantas Imam Hassan al-Basri menjawab, “Aku memaafkan kamu kerana aku tahu kamu melakukannya kerana terdesak.”
Murid-murid Imam Hassan al-Basri bertanya kepadanya, “Kenapa memaafkan dia?”
Imam menjawab, “Kerana aku bersangka baik dengan Allah. Aku yakin rezeki ku tidak akan dimakan oleh orang lain. Jika benar itu rezeki ku, jika hilang sekalipun, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.”Kesimpulannya di sini, lihatlah dengan bersangka baik dengan Allah, Imam Hassan al-Basri telah digantikan kehilangan bajunya dengan baju yang lebih baik dan cantik.

^_^ sEMULIA SAHABAT SETEGUH TABI'N ^_^

Apabila Rasulullah ditentang habis-habisan semasa menjalankan tugas dakwahnya,para sahabt sentiasa setia di sisi beliau. Mereka adlah golongan yang memenangi hati Nabi yang terakhir ini. Mereka menggembirakannya,membelanya,bahkan sanggup mati kerananya.

        Mereka rela berpanas dan berhujan bersama .Semuanya keran acinta yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhammad. Mereka adalah para sahabat yang sentiasa bersedia berjuang bersama Rasulullah.

        Siang mereka seperti singa di medan perang dan malamnya dipenuhi dengan ibadah kepada Allah swt. Hati mereka hanya untuk Allah dan RasulNya .Setiap detik, merka mengingati Allah.Lalu,terbit kata-kat yang boleh diambil iktibar oleh kita semua iaitu,"orang yang melupakan Allah adalah orang yang rugi."

Abdullah bin Abbas

Abdullah bin Abbas adalah anak saudara Nabi Muhammad saw. Semasa solat,Abdullah seringkali mengambil tempat di belakang Rasulullah. Pada waktu kecilnya,Rasulullah mendoakannya supaya mempunyai kefahaman yang mendalam hal ehwal islam dan ilmu tafsir quran. Disebabkan itu,Abdullah menjadi ahli tafsir yang begitu hebat pada zamannya.

         Kelas-kelas pengajiannya dipenuhi orang ramai. Seorang sahabt pernah berkata,"aku melihat orang ramai berkumpul di hadapan rumah Abdullah sehingga tiada tempat kosong lagi.Aku masuk ke dalam rumah dan memberitahu kepada Abdullah.Lalu,beliau berkata,

        "keluar dan beritahu mereka,sesiapa yang mahu bertanya tentang quran dan hadis,dijemput masuk"

Lalu,berpusu-pusu orang ramai masuk bagi bertanyakan pelbagai perkara kepadanya.Begitu kisah kehidupan sahabt Nabi Muhammad yang sentiasa mencari keredhaan Allah.

        Seluruh kehidupannya diserahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Lalu, mereka menjaid mekhluk yang taat kepada Pencipta,kesan daripada penyerahan diri kepada Allah.

Kemuliaan di sisi Allah

Para sahabat dan golongan selepas sahabat yang disebut sebagai tabiin adalah golongan yang memounyai iman yang teguh dan mantap. Keimanan yang teguh ini membawa mereka ke dimensi kehidupan yang mulia lagi dimuliakann oleh Allah dan Nabi. Apabila diteliti dengan baik,terdapat beberapa punca dan petua yang diamalkan oleh mereka dalam menggapai tahap kemuliaan itu. Mari kita lihat petua-petua itu.

Ramuan iman dan islam

Ramuan yang diamalkan oleh mereka adalah ramuan iman dan islam.Ramuan yang diadun dengan begitu baik seperti mengadun kek.Kek itu dijaga kadar kemasukan tepung,gula dan airnya,lalu mendapat sentuhan hiasan daripada pakar.Pasti kek itu bakal menjadi kek yang cantik dan sedap dimakan.

         Begitujuga ramuan islam dan iman.Islam tanpa iman,pasti rapuh keislaman itu.Seperti anai-anai yang memakan kayu sedikit demi sedikit,lam - kelamaan,kayu itu hancur dan tidak berguna lagi. Begitujuga sebaliknya, sekiranya kita hanya mempunyai iman tetapi tidak mengerti Islam. Kedua-duanya berjalan sering dalam menjadikan para sahabat dan tabiin mencapai tahap keimanan yang mereka kecapi.

Berasa wajib

Emmerson pernah mengatakan,"orang yang melakukan sesuatu kerana didorong rasa wajib, pasti gembira melakukan kerja itu."

      Kewajipan sejati ialah sesuatu yang diperintahkan oleh hati sendiri dan bukannya orang lain. Rasa wajib yang ditanam ke dalam diri bagi menyembah Allah dan mengikuti Nabi Muhammad saw, secara tidak langsung dapat memaksa mereka berjalan lurus dan terus. Rasa ini juga meneguhkan iman mereka.

      Teguh mereka bukan keteguhan batu bata yang boleh pecah berkecai sekiranya terhempas. Tetapi, teguh mereka ibarat ikan di laut masin. Sepanjang hayat mereka, ibarat berada di dalam lat yang masin tetapi dagingnya tetap segar tanpa ada rasa masin walaupun sedikit apabila dimakan.

Minda kelas pertama

Manusia sering tertip dengan minda masing-masing. Apa yang dirasakan berat oleh akal, maka akan dipandang berat oleh mata. Tetapi, sekiranya sesuatu perkara dipandang secara mdah dan baik, maka kehidupan juga akan menjadi senang dan ringan.

      Oleh itu, minda kelas pertama yang dimilki oleh para sahabat Rasulullah saw adalah minda yang bebas daripada sebarang anasir yang tidak perlu. Sebagai contoh ialah pemikiran-pemikiran jahiliah yang bertentangan dengan Islam.

      Minda sebegini adalah minda mereka yang merdeka .Hala tuju kehidupan mereka hanya jalan yang teruus kepada Allah. Mereka tidak menympang dari landasan Islam yang sebenar.

      Oleh itu, bagi menjadi manusia yang tinggi nilai ketguhan hatinya di sisi Allah swt, kita boleh mencontohi  para sahabat san tabiin ini. Kehidupan mereka jauh daripada maksiat hati dan batin. Oleh sebab itu, segala ilmu dan amal dapat dilakukan dengan sempurna. Sehinggakan, pada suatu hari, Imam syafie menceritakan,"aku mengadu kepada guruku Waki' berkaitan lemahnya hafalanku. Lalu, guruku menasihatiku supaya meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku, ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah swt itu tidak akan masuk ke dalam hati ahli maksiat."

      Ini bermaksud, bagi mencapai tahap tertinggi keimanan antara perkara yang kita perlu dijauhi ialah meniinggalkan maksiat zahir dan batin sepertimana yang dinasihatkan oleh guru imam syafie itu. Segala ilmu keimanan dan ketuhanan yang bakal membawa kita kepada kebaikan akan terhalang sebaik sahaja maksiat mula menghiasi perjalanan hidup kita. Ini kunci keteguhan hati dan iman para sahabat dalam beragaama sehingga iman mereka tidak mampu digugat oleh sesiapa sekalipun.



Salahudin Al-Ayubi: from zero to hero

Apabila kota suci umat Islam iaitu Baitulmuqaddis jatuh ke tangan tentera salib, maka gempar seluruh pemimpin Islam. Perbincangan dilakukan oleh para ilmuwan bersama sultan,ketua negara,khalifah dan para menteri. Mereka tidak menyangka kota suci yang berada di dalam tangan umat Islam selama hampir 500 tahun berjaya ditumpas.

         Perbincangan mereka nyata menampakkan bibit-bibit kejayaan. Setiap negara Islam bersetuju bergabung tenaga dan merampas semula kota suci iu. Antara pemimpin yang gigih dalam usaha menghalau tentera Salib ialah Iamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan bantuan panglima Asasudin Syirkuh.

Lahirnya Panglima Alahuddin al-ayubi

Setelah hampir 40 tahun tentera salib menduduki Baitulmuqaddis, maka lahir panglima Islam yang bernama Salahuddin al-ayubi iaitu pada 1138 masihi.

            Beliau dibesarkan sama seperti kanak=kanak yang sebangsa dengannya iaitu bangsa Kurdis. Keluarganya taat beragama dan berjiwa kental sebagai seorang pahlawan. Ayahnya yang bernama Najmuddin ayuub adalah seorang yang masyhur dan beliau sendiri yang memberi pendidikan kepada anaknya iaitu Salahuddin.

             Selain bapanya, pendidikannya juga melebar ke tangan bapa saudaranya yang juga panglima perang Syria iaitu Asasuddin Syirkuh yang meninggal dunia. Salahuddin berjaya turut serta di dalam beberpa peperangan yang dipimpin oleh bapa saudaranya itu.

             Salahuddin dilantik mnjadi menteri di bawah naungan kerajaan Fatimiyyah, menggantikan bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh yang meninggal dunia.Beliau berjaya menumpaskan serangan pihak Byzantine dan Perancis yang cuba menakluk Kaherah.

             Akhirnya beliau menjadi raja Mesir pada tahun 1175.Kemudian mengganti raja terakhir daripada dinasti Fatimiyyah yang mangkat. Setahun kemudian, beliau diiktiraf oleh khalifah di Baghdad sebagai pemerintah Mesir yang sah.Beliau memakai gelaran Sultan Al-Malikun Nasir.

Kemuncak kejayaan 

Kemuncak kejayaan panglima ini adalah apabila beliau berjaya memimpin tentera Islam bagi merampas kembali tanah milik ummat ISlam iaitu Baitlmaqdis . Pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan kejayaan di dalam misi ketenteraan itu samada secara lembut ataupun kekerasan.Oleh itu, sesudah berjuang bebrapa lama dengan penuh kepayahan, maka pada hari Jumaat, 27 Rejab, tahun 583 hijrah, Salahuddin bersama umat ISlam memasuki Baitulmaqdis. Mereka melaungkan takbir,"AllahuaAkbar" dan berterima kasih kepada Allah swt.

         Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi orang ISlam  pada waktu itu.Akhirnya, orang Islam brjaya bersembahyang Jumaat buat kali pertma di Masjid Al-Aqsa selepasa 92 tahun kehilangannya. Pembaca khtbahnya ialah KAdi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki. Kegembiraan umat Islam itu adalah bahagiaan bagi panglima gagah ini.

Panglima Allah meninggal dunia

Beliau kembali ke Rahmatullah pada 4 mAC 1193 di Damaskus. Beliau dikatakan hanya meninggalkan 1 Dinar emas dan 36 dirham. Bukan itu sahaja, Salahuddin tidak mempunyai tanah ataupunkebun sedangkan belia memegang kerajaan selama berpuluh tahun. Beliau sudah bertugas sebagai panglima perang serta menteri besar sebelum menubuhkan kerajaan Ayyubiah.

          KAin kafannya adalh daripada warisannya sendiri dan yang jelas pmiliknya begitu sederhana. Anak beliau iaitu Fadhal yang masuk ke liang lahadnya bagi meletakkan jenazah beliau.

 Peribadi panglima

Salahuddin berakhlak terpuji sepanjang hidupnya. Mereka yang berada di sekelilingnya adalah orang yang beriman dan gagah berani. Seorang daripada mereka ialah bapanya sendiri. Keperibadian yang beliau meiliki menjadikan Salahuddin manusia yang hebat di kalangan manusia , Bahkan pada pandangan Allah. Antara keperibadiannya yang dapat kita contohi ialah:,

1) ASAS PENGETAHUAN AGAMA YANG KUKUH

Salahuddin mempunyai asas agama yang kukuh. Beliau sering mendengar hadith yang dibacakan kepadanya sehingga beliau mahir dengan jenis-jenis hadith. Beliau juga selalu menangis semasa mendengar pesanan-pesanan daripada kata-kata Nabi Muhammad.

       Sepanjang hayatnya, Salahuddin tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah kecuali semasa sakit. Bahkan, semasa sakit yang hampir dengan saat ajalnya, beliau masih menunaikan solat berjemaah. Sebaik sahaja imam masuk bagi mengerjakan solat, beliau sudah siap sedia di saf.

2)BESARNYA CITA-CITA SALAHUDDIN

Tiada siapa yang mampu menandingi cita-cita Salahuddin bagi menyebarkan agama Islam. Pada masa mengepung bandar Acre, Salahuddin dikatakan menghidap sakit kuat yang menyebabkan beliau susah bangun. Meskipun demikian, ia tetap keluar menunggang kuda bagi memeriksa angkatan tenteranya.

       Bahaudin bertanya kepadanya, bagaimana beliau dapat menahan sakitnya? Maka Salahuddin menjawab, "penyakit akan pergi meninggalkan aku apabila aku menunggang kuda."

       Salahuddin pernah menyatakan, "apabila Allah takdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekasaanku ini kepada anak-anakku.Aku akan belayar bagi menakluk pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang yang beriman kepada Allah swt di atas muka bumi ataupun sekiranya tiba ajalku."

3)TIDAK PERNAH GENTAR

Pada kebiasaannya, Salahuddin pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya.Kadang-kala, beliau pergi selama beberpa kali sehari. Semasa berperang, beliau sendiri yang pergi merempuh tentera musuh yang sedang mara. Beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.

      Pada sat petang, semasa tentera Salahuddin mngepung Acre, lebih daripada 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Tentera musuh merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan sampai ke khemah Sallahuddin dan mencabt benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7 000 mayat.

4)PEMAAF

Pada satu hari, semasa Sultan Salahuddin berjalan-jalan di Kota Baitulmuqaddis, belia berjumpa dengan lelaki tua beragama Kristian. Lalu, lelaki tua itu bertanya kepada beliau, "Wahai pahlawan agung, tuan sudah berjaya mengalahkan mush-mush tuan. Tetapi, mengapa tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan ke atas tentera-tentera tuan?"

      Salahuddin menjawab,"wahai orang tua, agama kami melarang menyeksa manusia. Bahkan, hati kecil saya juga melarang melakukan pembalasan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan. Agama saya ini melarang perbuatan kejam seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami."
 
      Orang tua itu berkata lagi,"alangkah indahnya agama tuan. Saya mahu supaya sisa-sisa hidp saya ini dapat menikmati kehidupan yang bahagia."

      Sesudah itu, lelaki tua itu terus mengucap kesaksian memluk Islam tanpa berbelah bahagi.

Daripada zero ke hero 

Begiru kisah hidp panglima Allah yang berjang bagi menegakkan Islam. Sejak kecil, beliau hanya orang biasa sehingga tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat merampas kembali tahta kemuliaan ISlam di Baitulmuqaddis. Sepertimana yang dikatakan oleh Poole,"tiada sesiapa yang menjangka anak Kurd ini suat hari nanti merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat."(Poole, 1914)

     Apabila dewasa, berbekalan semangat dan keazaman cita-citanya menegakkan Islam terlaksana. Ini bermakna sesiapa jua mampu menjadi hero bagi menegakkan Islam di dunia ini. Walaupun suatu masa dahulu kita pernah melakukan perkara-perkara yang tidak elok, ini tidak bermakna kita tidak boleh berubah dan menjadi pembela agama Allah.

     Perkara yang penting ialah kita tidak sekali-kali berputus asa dalam mencari keampunan daripada Allah Salahuddin berjaya menjadi hebat dengan iman yang kukuh dan kesungguhan yang tidak pernah luntur sehingga mushnya sendiri mengagumi peribadinya.

     Sikap yang ditonjolkan tentang beliau perlu dikagumi dan dicontohi oleh seluruh umat Islam. Kita perlu percaya, sekiranya hari ini kita masih berda di tahap 'zero', belum tentu esok lusa kita tetap berada di tahap ini. Kita mampu berad adi tahap 'zero' sekiranya memenuhi dua syarat iaitu iamn dan kesungguhan.

      Mari kita mengorak langkah setapak demi setapak demi kabangkitan Islam pada hari esok. Walaupun kita bukan pemula mata rantai perjuangan ini, namun kita boleh menjdikan diri kita sebagai penerus mata rantai perjuangan supaya disampaikan kepada para mujahid selepas kita.


Saturday, November 16, 2013

Alzheimer hamba kepada Pencipta

Sebagai manusia, penyakit lupa adalah satu perkara yang tidak boleh berenggang dengan kita.Dalam Bahasa Arab ia disebut sebagai 'nasia' yang bermakna lupa. Ia juga dinamakan sebagai Alzheimer.

      Alzheimer adalah nama bagi salah satu penyakit yang terdapat pada diri manusia. Penyakit yang mula ditemui pada 1907 buat pertama kalinya ini sering dikaitkan dengan penyakit lupa yang teruk. Dalam istilah Bahasa Melayu, ia adalah salah satu daripada cabang bagi penyakit nyanyuk (domentia).

        Pada kebiasaanya, penghidap penyakit ini akan terlupa sesuatu perkara walaupun baru sahaja selesai melakukannya. Contohnya, semasa meletak dan mencari semula barang yang dimiliki.

        Ini adalah sifat manusia atau dengan kata lain sebagai hamba. Justeru, tidak hairanlah mengapa manusia sering terlupa sesuatu perkara dlam kehidupannya. Kebiasaanya, manusia cenderung mengingati sesuatu perkara yang penting bagi dirinya.

        Segala kepentingan biasanya bergantung kepada persepsi mereka pada suatu perkara. Contohnya makan.Apabila dirasakan perlu makan,maka ia dianggap penting. Begitujuga sebaliknya. Ini bermaksud, kita melupakan Allah sekiranya kita mersakan fungsi Allah sebagai Tuhan itu tidak penting di dalam kehidupan

 Lupa hamba kepada pencipta 

Sekiranya sebelum ini kita berbicara tentang manusia dan dirinya sendiri .Kini kita bercerita pula tentang manusia dan Pencipta mereka iaitu Allah. Sebagai pencipta kepada manusia, Allah tidak pernah lupa mengurskan perihal hambaNya. Antaranya adalah,

           Pada waktu pagi, dicelikan mata para hambanya bagi memulakan hari.
          
           Pada waktu tengahari,diberikan nikmat pergerakan tubuh badan bagi berjalan-jalan menikut kemahuan masing-masing.

          Malam pula diberi nikmat tidur yang nikmatnya tidak terkira.

      Sepanjang hari diberikan kesenangan bagi menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida tanpa kesulitan.

Tetapi hal sebaliknya berlaku apabila perkara-perkara ini dibalikkan kepada manusia. Apabila diminta kembali balasan untuk segala yang diberikan oleh Allah, pasti manusia tidak dapat membalasnya kembali. Apabila Allah berikan kita udara, lalu kita bayar dengan melupakan Allah. Semasa Allah hadiahkan kita kita nikmat pergerakan tubuh badan, lalu kita balas dengan sepanjang hari meninggalkan solat sedangkan nikmat-nikmat itu diberikan dengan penuh kasih sayang. Bukan itu sahaja, ia diberikan secara percuma tanpa memerlukan 'buku hutang 555.'

   Bagaimana kita membalas segala kasih sayang dan nikmat yang diberikan ini? Ali pernah berkata:,"walaupun Allah tidak mengingatkan kita dengan seksaan yang pedih, tetapi sebagai hamba yang bersyukur kita perlulah kembali kepada Allah."

         Ya, kita mampu 'membayar' segala nikmat yang diberikan oleh Allah dengan cara bersyukur. Asasnya konsep syukur bukan hanya menuntut kita bagi menitiskan rasa syukur di bibir sahaja, tetapi juga ditunjukkan melalui perbuatan. Apakah asas laluan perbuatan itu? Ianya terdiri daripada dua perkara,iaitu

          Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah seperti mencela manusia lain.

          Melakukan perkara yang disuruh Allah seperti solat lima waktu.

Kita tidak mungkin tersasar jauh daripada konsep syukur yang sebenar sekiranya kita mengikuti dua perkara yang diperintah oleh Allah, secara tidak langsung kita mengikut kata0kata Allah yang mana ia melambangkan kita berterima kasih kepada Allah. Ia boleh dianalogikan seperti mentaati kata-kata ayah kerana ayah banyak memberikan kasih sayangnya kepada anak.Ketaatan si anak itu menjadi kayu ukur kepada tanda dirinya berterima kasih kepada ayah.

 Mengelak penyakit lupa Allah

Penyakit melupakan Allah ini boleh diubati dengan beberapa petua yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah,

1) checklist diri

Penyakit lupa kepada Allah dapat diubati dengan cara sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang sentiasa muhasabah diri akan diberikan tempat yang istimewa disisi Allah. Melalui muhasabah diri, kita sentiasa mengingati dosa-dosa yang dilakukan dan ini sekaligus membawa kita menjadi hamba yang sentiasa mengingati kematian. Muhasabah secara bertulis boleh diaplikasikan sebagai salah satu cara muhasabah diri. Sebagai contoh ialah,'Borang Muhasabah Diri'

Borang muhasabah amalan harian seperti ini mampu membantu kita menjadi lebih peka tentang amalan seharian kita.Oleh itu, saya menyarankan anda mencubanya.Secara tidak langsung,ia membolehkan kita melakukan sesuatu amalan secara berterusan.

2) Cakap dan amal

Antara faktor yang mendorong berlakunya penyakit lupa kepada Allah adalah diri kita jauh dengan pencipta. Di dalam Quran, Allah mengingatkan kita dengan ayatnya daripada surah As-Saf,"wahai orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan?" Lalu sesudah itu Allah menyambung kata-katanya dengan sau amaran dan peringatan , "Amat besar kebencian Allah kepada mereka yang berkata sesuatu tetapi tidak melakukannya."

        Kata-kata nasihat yang keluar daripada mulut kita akan dianggap sebagai angin sekiranya kita tidak melakukan perkara yang kita perkatakan. Bahkan ia menjadi perkara yang dibenci Allah.Ali bin Abi Talib pernah mengatakan ,"lihat perkara yang diperkatakan,bukan siapa yang berkata -kata."Tetapi manusia lebih cenderung melihat orang yang menasihatinya itu. Ini kerana senjat aynag paling ampuh dalam menasihati orang lain ialah melalui contoh teladan yang baik, yang juga membawa maksud kita bercakap dan kita amalkan perkara yang kita perkatakan itu.

          Oleh itu, kata-kata yang keluar daripada mulut kita perli diiringi dengan amal kepada diri sendiri terlebih dahulu . Kata Abu Bakar As-Siddiq,"Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati dirinya terlebih dahulu sebelum mengingati orang lain."

Taaruf Musuh utama

Musuh manusia yang tidak kurang hebatnya melanda umat manusia adalah syaitan.Mengenali syaitan mampu menyediakan diri kita bagi mencipta antivirus untuk iman.Allah menyatakan di dalam Surah AL-Fatir,

            " Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggap ia musuhmu,kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala "

Allah memberi amaran kepada kita tentang musuh utama menusia ini.Syaitan sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan sedangkan Allah sentiasa mengajak kepada kebaikan dan keimanan.Dengan mengetahui siapakah syaitan ,asal usulnya dan apakah pekerjaannnya maka kita lebih tahu bagaimana cara menghadapinya.Sekaligus,kita akan menjauhi ajakannya kepada perkara yang tidak baik dan tindak balas ini dipanggill sebagai sistem daya tahan bagi iman.

Nabi Ayyub tidak pernah lupa 

Tempoh 7 tahun dalam penderitaan terus-menerus memang adalah ujian berat bagi Nabi Ayyub dan Rahmah isterinya,namun Nabi Ayyub tetap bersabar dan berzikir menyebut nama-nama Allah.Dilaporkan,isterinya berkata,"wahai Ayyub, seandainya engkau berdoa kepada Tuhanmu, pasti Dia akan menyembuhkanmu."

        Namun,Nabi Ayyub menjawab,"Aku hidup selama 70 tahun dalam keadaan sihat, dan Allah baru mengujiku dalam keadaan sakit selama 7 tahun. Perlu diketahui,7 tahun itu terlalu sedikit dibandingkan masa 70 tahun."      
            
           Subhanallah,ternyata beliau tidak pernah lupa kepada Pencipta.Ingat,Allag tidak pernah melupakan kita.Sanggupkah kita melupakan 'kekasih Abadi ini?' Tepuk dada,tanya iman.

~GIVE N TAKE ANTARA HAMBA DAN PENCPTA~

Wednesday, November 13, 2013

^_^ Ai shi teru^_^

Ai shi teru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta kepadamu'.Dalam bahasa Inggeris,ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'wo ai ni'.

     Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya,tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu cinta.Perkataan ini adalah perkataan yang begitu popular di mana shaja kita berada dan walau apa jua bahasa yang digunakan.Perkataan ini masih lagi diguna pakai dan disebut-sebut sepanjang masa.

Realiti cinta zaman ini

Tanggal 3 Ogos pada setiap tahun,kita dapat menyaksikan seluruh negara menyambut pesta kemerdekaan.Pasangan - pasangan yang bercinta berbondong-bondong ke Dataran Merdeka bagi menyambut hari bersejarah ini,pasangan-pasangan ini bukan menuju ke rumah masing-masing,tetapi menjadikan hotel-hotel di sekitar KKuala Lumpur sebagai medan bagi melampiaskan nafsu.

Tanda cinta
Mark Twain pernah berkata,"cinta bukan kepercayaan tanpa bukti,tetapi kepercayaan tanpa isyarat."

          Ini bermakna,setidak-tidaknya,kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi,kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh tiu,apabila kita menyatakan cinta kepada Allah,maka cinta kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.

         Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu dan cinta menurut islam',beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalh,

         Banyak mengingati orang yang dicintai,membicarakan tentangynya dan sentiasa menyebut namanya 

         Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya.

         Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya.

         Mencintai segala perkara yang dicintai oleh kekasih

Sekiranya diteliti,perkara yang diktakan oleh Ibnu Qayyim itu itu memang benar.Apabila kita jatuh cinta ,pasti kita membuat perkara-perkara negatif yang sudah disebutkan.

        Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya,apabila kita jatuh cinta dengan Allah,kita pasti mengingatinya,tunduk dan patuh pada semua perintahnya,memerhati dan mengikuti setiap peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah dan tu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah.

Bukti cinta

Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kit ucapkan.Adakah cukup sekadar kita melafazkan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak.Apabila kita melafazakan cinta,maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan.

         Sekiranya cinta kepada Allah,maka ia perlu disertai dengan bukti.Lalu,bagaimana bukti itu dapat ditunjukkan?

         Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia.

Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir menganisang kekasih . Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa menginagti dan merindui Allah.Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin kepada manusia  yang mengingatinya,"Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang." Ini adalah jaminan dari kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada Penciptanya.

Menurut segala kemahuan sang kekasih

Realiti orang yang bercinta biasanya akan meurut segala kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu.

           Ini dianggap sebagai bukti cinta samada pasangannya benar-benar mencintai dirinya ataupun tidak.Ini bermakna ,bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan:

          "orang yang beriman itu kuat kecintaanya kepada Allah."(surah al-baqarah:ayat 165)

Ini beerti,syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.

Berkorban apa sahaja

Dikisahkan tentang raja yang sudah semakin tua berada di sebuah negeri.Baginda mempunyai empat isteri.Pada suatu hari,baginda mengumpulkan keempat-empat isterinya dan bertanya ,"beta sudah semakin tua.Apabila beta mati kelak,dakah kamu akan menemaniku di dalam kubur?" Mereka berasa terkejut,lalu menjawab,

          isteri keempat:tidak mungkin
          isteri ketiga:maafkan saya ,saya hanya akan menemani kamu di atas kubur sahaja.
          isteri kedua:tidak,saya akan berkahwinan lain selepad kematian kamu

Raja itu berasa sungguh dukacita.Akhirnya isteri peertamanya bangun dan bersetuju menemaninya sehinggga di dalam kuburan.Dia malakukannya hanya kerana cinta.

          Begitu perumpamaan berkorban demi cinta.Mereka rela melakukan apa sahaja dan rela berkorban meskipun ianya mustahil dan tidak masuk akal..Sekiranya perkara ini dikaitkan dengan cinta kepada Allah,maka kita tidak akan hairan kepada mereka yang sanggup berperang di jalan Allah sedangkan mereka mempunyai ahli keluarga yang dicintai di rumah.Tetapi mereka yang sanggup melakukannya kerana rindu dan kasih mereka lebih berat timbangannya kepada Allah.

Kesimpulan

Hakikatnya,mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia.Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezki.Bahkan,kita yang dituntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa.

           Menurut Doktor Norman V.Peale,doa adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.

           Jadi,tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiada berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya.Oleh itu,tadahkan tangan dan ucapkan ai shi teru kepada Allah.Semoga dengan cara itu,kita tergolong di kalangan hamba yang dicintainNya..Aamiin..

Tuesday, November 12, 2013

HIDUP ADALAH PELUANG

Ada orang berpendapat,kehidupan itu peluang keemasan.Jadi,medan keemasan ini perlu diisi dengan pelbagai usaha bagi menggali segala emas yang tersembunyi jauh di dalam tanahnya.Bagi saya,kehidupan itu peluang. Mengapa peluang? Sebabnya, di dalam kehidupan kita semua ini masih terdapat peluang yang belum kita terokai.Antaranya ialah peluang berikut.

           Menyembah Allah,
           Berbuat baik,
           Mengajak manusia ke arah kebaikan.

Apabila peluang-peluang yang menanti bag diterokai ini tidak diambil dan direbut,maka peluang-peluang ini akan pergi begitu sahaja.

           Sebagai contoh,hari ini kita diberi kesihatan yang baik.Kita mudah dan bebas untuk membuat segala perkara yang diingini.Berlari ke sana dan ke mari,berjalan dari rumahke masjid atau minum air kegemaran di kedai mamak berdekatan. Tetapi,esok lusa kita masih belum mengetahui sekiranya Allah menganugerahkan kesihatan yang tidak baik kepada kita.Oleh itu,peluang sihat yang Allah beri suatu waktu dahulu sudah dibazirkan begitu sahaja.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda ,"rebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara"

1)sihat sebelum sakit
2)kaya sebelum waktu sempit(miskin)
3)lapang sebelum sibuk
4)masa muda sebelum datang tua
5)hidup sebelum tiba masa mati               (dilaporkan oleh hakim dan baihaqi)

Oleh itu,awasi lima perkara itu dalam kehidupan kita.Semoga dengan erti hidup yang sudah tersingkap,mampu menjadikan kita sebagai manusia yang benar-benar manusia.Kita perlu isi  peluang yang diberi sebelum terlambat dan jadikan hidup kita lebih bermakna untuk dilalui.

                                                      

Tuesday, September 17, 2013

jangan bazirkan masa mudamu!


Kisah lelaki tua

Pada suatu hari, pada suatu zaman, di suatu tempat, seorang petani tua mencangkul-cangkul tanah di bawah terik matahari yang kian menyengat. Tiba-tiba dia tercangkul suatu objek yang keras. Setelah diteliti, lelaki tua itu merasakan bahawa objek itu adalah emas. Dan objek itu sangat besar!

Lelaki tua itu terus mendapatkan basikalnya dan membawa emas itu ke pekan. Apabila dirujuk kepada pekedai itu,

"Ini memang emas, tapi kami tak mampu nak beli emas sebesar ini. Apa kata kau bawa emas ini ke bandar? Ada kedai yang lebih besar di sana, mereka mungkin mampu untuk membelinya"

Lelaki tua itu terus ke bandar. Di bandar, ia mendapati kedai emas yang paling besar dan dia menjangkan dia mampu menjual emas itu di sana.

Namun, kata pekedai itu,

"Besar emas ini. Kami tak mampu nak beli. Apa kata kau ke Istana, Sultan pasti dapat membelinya daripada kau"

Sampailah lelaki tua itu di hadapan istana. Dia dibawa menghadap Sultan. Sultan bertanya,

"Apa hajat kau ke mari?"

Lelaki tua itu tidak bercakap banyak, terus mengeluarkan emas besar itu dari dalam guninya.

Melihat emas itu, Sultan terkejut dan dikerahnya semua pakar-pakar datang ke istana untuk meneliti emas tersebut. Sah, ianya emas yang tulen lagi berkualiti.

"Beta nak emas ini, tapi beta tak pasti harganya"

Lelaki tua itu diam. Cuak pun ya juga.

"Berapa kau nak jual emas ini kepada beta?"

Lelaki tua itu diam. Tidak tahu nak jawab soalan yang diajukan.

"Baiklah, jika kau juga tak pasti, beta tawarkan kau suatu hadiah yang terbaik"

"Kau pergilah ke gudang harta beta dan beta bagi kau 3 jam untuk ambil sahaja yang kau nak. Selepas 3 jam, pintu akan ditutup dan segala apa yang kau bawa keluar itu milikmu"

Khadam lalu membawa lelaki tua itu ke suatu gudang yang tidak berapa jauh dari singgahsana baginda sultan.

Apabila pintu dibuka, alangkah gembiranya lelaki tua itu. Betapa banyak harta Sultan tersebut. Dengan harta tersebut, dia boleh berhenti menjadi petani. Kerja setiap hari, goyang kaki.

Dia masuk ke dalam gudang dan pintu ditutup.

"Aku ada 3 jam, banyak ni masa ni"

"Ya Allah, cantiknya barang ni, barang tu punnn. Itu aku nak, semua ni aku nak", lelaki tua itu terus bermonolog luaran.

"Eh, MasyaAllah cantiknya katil ni. Tak pernah aku tengok katil secantik ni. Empuk pula tu..."

Lelaki tua melabuhkan punggungnya ke atas katil tersebut. "Selesanya"

"Ni la masanya aku nak tidur atas katil best macam ni... Aku tidur setengah jam pun ok ni. Ada 2 jam setengah lagi untuk ambil semua barang-barang lain"

Lalu, terlelap lah lelaki tua itu. Bukan 30 minit, tetapi hampir 3 jam, meninggalkan 10 jam berbaki untuknya mengambil habuannya.

Terkejutnya lelaki itu dan ia terus mengambil apa sahaja memenuhi guni barangannya. Banyak... Namun akhirnya pintu tertutup. Dan dia tidak sempat mengeluarkan guninya.

Terlepaslah peluang lelaki tua itu untuk mengambil barang-barang berharga dari gudang harta sultan. Yang hanya sempat dirasainya ialah enaknya tidur sesaat.


Jangan bazirkan waktu mudamu

Begitu juga keadaan kita wahai ikhwah akhawat sekalian. Kita mempunyai had masa di atas muka bumi ini.

Kumpulkanlah sebanyak mungkin amalan di atas muka bumi ini. Jangan kita pertangguhkan masa kita. Jangan kita digoda dan membazirkan masa kita dengan distraction yang ada. Memang itu tugas syaitan untuk melalaikan kita.

Jangan kita terlena. Rehat kita yang sebenarnya adalah di alam akhirat itu. Suatu kepastian yang nyata...

Thursday, August 29, 2013

~pesanan buat penuntut ilmu~

duhai Allah yang Maha Melihat,kurniakanlah kepada kami ilmu yang bisa mengenalkan kami kepadaMu dan RasulMu,ilmu yang bisa menetapkan langkah kami untuk terus berjalan lurus di landasan syariatMu.Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,lindungilah diri kami dengan ilmu ini dan dari amal yang menyesatkan.Amin ya Robbal Alamin.

Matlamat seorang pemburu ilmu Allah swt ialah memperolehi ilmu yang bermanfaat.Apakah makna sebenar ilmu yaang bermanfaat itu?Adakah ia digunakan untuk kepentingan dunia semata-mata atau hanya ingin mendapat status di mata masyarakat?Bermanfaatkah segala ilmu yang dipelajari sekiranya kita berada semakin jauh dari Tuhan?Ingatlah,dengan ilmu,manusia boleh meningkatkan darjat kemuliaannya di mata manusia,tetapi belum tentu dapat meningkatkan darjatnya di hadapanNya.

Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman!apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah swt melapangkan  (segala halnya) untuk kamu.Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,supaya Allah swt meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Semoga dengan kesungguhan kita memburu ilmu ilmu Allah swt ini,menjadikan kita lebih hampir denganNya dan merasa bertanggungjawab dengan amanah ilmu yang dipikul.Walaupun kita patut merasa beruntung kerana Rasulullah saw sendiri telah menjanjikan bahawa jalan kita ini adalah salah satu lorong azab yang dahsyat di hari kemudian kelak.hari yang tiada siapa dapat menolong kecuali amalam kita yang ikhlas di muka bumi.

NABI MUHAMMAD SAW:
"sedahsyat-dahsyat manusia yang menerima azab pada hari kiamat ialah orang 'alim yang tidak beramal dengan ilmunya...'"

Apalah gunanya kita mempelajari cara bersolat dengan betul dari pelbagai kitab tetapi solat kita masih di takut lama.Seperti solat orang-orang yang hanya mengikut orang lain bersolat tanpa mengambil kira soal rukun dan syaratnya tanpa sebarang usaha memperbaikinya .Mengqadhakan solat menjadi perkara biasa .Puluhan dalil telah kita hafaz mengenai kelebihan solat berjemaah tapi masih tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian.Surau dan masjid tetap didatangi dengan tetamu yang sama setiap hari.

Jika di dunia ini kita tidak ingin menjadi tetamu  Allah swt adakah di akhirat kelak Allah Allah swt sudi menerima kedatangan kita sebagai tetamuNya di syurga yang tidak terhitung kenikmatannya.Apalah erti kita mempelajari ilmu akhlak tetapi tetap juga sentiasa menyakiti hati teman-teman,tidak menghormati orang lain dan sentiasa mementingkan diri sendiri.Berkajang-kajang nota tauhid yang kita hafaz tetapi tetap ingkar dengan kuasa dan kehendak Allah swt.Tiada perasaan gerun dengan Tuhan,maksiat terus dilakukan,masih menganggap dosa kecil akan terhapus dengan hanya simbahan air wudhu semata-mata serta tidak yakin dengan sifat Al-Qahhar dan Al-JAbbar Allah swt.

Imam malik bin Anas ra berkata,
"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepadaian atau banyaknya meriwayatkan (sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah swt ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah swt dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Ilmu itu hakikatnya adalah kalimah-kalimah Allah Azza wajalla.Terhadap ilmuNya sungguhnya tidak akan pernah ada satu pun makhluk di jagat raya ini yang mampu mengukur luasnya ilmu Allah swt.sesuai dengan firmanNya,

Katakanlah (wahai muhammad),"kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku.walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya,sebagai bantuan"(QS :AL KAHFI:108)

Adapun ilmu yang dititipkan pada manusia mungkin tidak lebih dar setitik air di tengah samudera luas.Akan tetapi,walaupun hanya setitis ilmu Allah swt yang dititipkan manusia,namun semakin banyak ilmu itu kita kaji membuat kita semakin takut kepada Allah swt.Inilah ilmu yang paling berkat yan harus kita cari dengan hati yang ikhlas.

Perkara yang mesti diteliti adalah kaedah memperolehi ilmu yang dapat menyinari dan meluas di dalam dada serta membuka hijab di hati.Imam syafie ketika menuntut ilmu,pernah mengeluh kepada gurunya."wahai guru,mengapa ilmu yang sedang kukaji ini susah sekali intuk aku memahaminya,bahkan cepat lupa?"gurunya menjawab,"ilmu itu ibarat cahaya.Ia hanya dapat menerangi gelas bening dan bersih".Ertinya,ilmu itu tidak akan menerangi hati yang penuh kekotoran.

Pernahkah kita menemui seorang pemburu ilmu Allah swt yang sering ke majlis-majlis ilmu tetapi tetap berhati kotor?Bagaimanakah ia boleh berlaku sedangkan ilmu itu cahaya dan ia tidak menerangi orang-orang yang melakukan maksiat.Walau seterang mana sekalipun cahaya,sinarnya tidak akan dapat menembus hitam maksiat yang pekat membalut hati.Alangkah ruginya kita.

Sedangkan kalau hati kita bersih ibarat gelas yang bersih diisi air yang bening.Setitik cahaya pun mampu menerangi seisi gelas.Sebaik-baik ilmu adalah yang mempu membuat hati kita bercahaya.Namun,mudah-mudahan kita dimudahkan olehNya untuk mendapakan  ilmu ysng menjadi pelita di dalam kegelapan dn menjadi jalan untuk bertaqarrub kepadaNya.

Videos Posted by Sayyid Zuhdi- Bahibbik Ya Biladi.mp4

Monday, August 19, 2013

RAMADHAN PLUS SYAWAL=)


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

MATEMATIK FADHILAT SETAHUN

Dikatakan bahawa ‘seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.

kaedah kira2nya begini:

30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.

Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,

“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya) hingga kepada 700 kali ganda… ..”

Jadi, kalau pakai gandaan yang paling minimum iaitu 10, maka hasilnya ialah 360 hari. BETUL TAK?

Bila Nak Mula Puasa tu?

Yang terbaik/afdhal ialah bermula 2 syawal hinggalah 7 syawal secara berturut2. Kemudian bolehlah beraya 6 pada 8 syawal.

Kalau nak puasa 1 syawal boleh ke?

Kalau serban sebesar bakul sekalipun, warak setara mana pun, alim sehebat mana sekalipun, tetap HARAM puasa pada 1 syawal. Hari tu khusus untuk kita berhari raya kerana menandakan kita sudah berjaya memfitrahkan diri kita kerana Aidil fitri itu sendiri bermaksud kita ‘KEMBALI KEPADA FITRAH’. Apa yang fitrahnya? Apabila kita dah berpuasa sebulan dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan, mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Allah jalla wa ‘la, maka diri kita sudah dikira kembali kepada sediakala seperti waktu kita dilahirkan dahulu, iaitu dalam keadaan tiada dosa walau sebesar zarah sekalipun. Inilah HAKIKAT SEBENAR Hari Raya Aidil Fitri.

Kalau Puasa berselang seli dapat juga ke fadhilatnya?

Ya, Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tidak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalau berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalau puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yang keenam, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yang afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yang penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!

Kalau macam tu, kesian la kat pompuan yang uzur d bulan Ramadhan?Tak dapat fadhilat setahun la…

Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa ganti sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.

Kalau nak niat serentak puasa QADHA’ dan SUNAT SYAWAL, boleh ke??

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.
Dalam mazhab Syafi’e, setengah ulama’ mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha’ sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat !!

Jadi, tak payah niat serentak lah atas dasar mera’ikan kaedah ‘Khilaful Aula’, iaitu mera’ikan pandangan yang mengatakan Tidak Sah niat puasa serentak qadha’ dan sunat.

WALLAHU A’LAM.

Sunday, July 21, 2013

DON'T FORGET ALLAH ~ Farid Sanullah ~

Saturday, June 22, 2013

6 perkara yang Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

P/s : Wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

wajah direnung malaikat maut 70 kali sehari


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

1 hari=24 jam=1440 minit

1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM.

Rahsia jari anda..=)

BismillahiRRahmaniRRahim..


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?