Ada orang berpendapat,kehidupan itu peluang keemasan.Jadi,medan keemasan ini perlu diisi dengan pelbagai usaha bagi menggali segala emas yang tersembunyi jauh di dalam tanahnya.Bagi saya,kehidupan itu peluang. Mengapa peluang? Sebabnya, di dalam kehidupan kita semua ini masih terdapat peluang yang belum kita terokai.Antaranya ialah peluang berikut.
Menyembah Allah,
Berbuat baik,
Mengajak manusia ke arah kebaikan.
Apabila peluang-peluang yang menanti bag diterokai ini tidak diambil dan direbut,maka peluang-peluang ini akan pergi begitu sahaja.
Sebagai contoh,hari ini kita diberi kesihatan yang baik.Kita mudah dan bebas untuk membuat segala perkara yang diingini.Berlari ke sana dan ke mari,berjalan dari rumahke masjid atau minum air kegemaran di kedai mamak berdekatan. Tetapi,esok lusa kita masih belum mengetahui sekiranya Allah menganugerahkan kesihatan yang tidak baik kepada kita.Oleh itu,peluang sihat yang Allah beri suatu waktu dahulu sudah dibazirkan begitu sahaja.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda ,"rebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara"
1)sihat sebelum sakit
2)kaya sebelum waktu sempit(miskin)
3)lapang sebelum sibuk
4)masa muda sebelum datang tua
5)hidup sebelum tiba masa mati (dilaporkan oleh hakim dan baihaqi)
Oleh itu,awasi lima perkara itu dalam kehidupan kita.Semoga dengan erti hidup yang sudah tersingkap,mampu menjadikan kita sebagai manusia yang benar-benar manusia.Kita perlu isi peluang yang diberi sebelum terlambat dan jadikan hidup kita lebih bermakna untuk dilalui.
0 comments:
Post a Comment