Apabila Rasulullah ditentang habis-habisan semasa menjalankan tugas dakwahnya,para sahabt sentiasa setia di sisi beliau. Mereka adlah golongan yang memenangi hati Nabi yang terakhir ini. Mereka menggembirakannya,membelanya,bahkan sanggup mati kerananya.
Mereka rela berpanas dan berhujan bersama .Semuanya keran acinta yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhammad. Mereka adalah para sahabat yang sentiasa bersedia berjuang bersama Rasulullah.
Siang mereka seperti singa di medan perang dan malamnya dipenuhi dengan ibadah kepada Allah swt. Hati mereka hanya untuk Allah dan RasulNya .Setiap detik, merka mengingati Allah.Lalu,terbit kata-kat yang boleh diambil iktibar oleh kita semua iaitu,"orang yang melupakan Allah adalah orang yang rugi."
Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Abbas adalah anak saudara Nabi Muhammad saw. Semasa solat,Abdullah seringkali mengambil tempat di belakang Rasulullah. Pada waktu kecilnya,Rasulullah mendoakannya supaya mempunyai kefahaman yang mendalam hal ehwal islam dan ilmu tafsir quran. Disebabkan itu,Abdullah menjadi ahli tafsir yang begitu hebat pada zamannya.
Kelas-kelas pengajiannya dipenuhi orang ramai. Seorang sahabt pernah berkata,"aku melihat orang ramai berkumpul di hadapan rumah Abdullah sehingga tiada tempat kosong lagi.Aku masuk ke dalam rumah dan memberitahu kepada Abdullah.Lalu,beliau berkata,
"keluar dan beritahu mereka,sesiapa yang mahu bertanya tentang quran dan hadis,dijemput masuk"
Lalu,berpusu-pusu orang ramai masuk bagi bertanyakan pelbagai perkara kepadanya.Begitu kisah kehidupan sahabt Nabi Muhammad yang sentiasa mencari keredhaan Allah.
Seluruh kehidupannya diserahkan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Lalu, mereka menjaid mekhluk yang taat kepada Pencipta,kesan daripada penyerahan diri kepada Allah.
Kemuliaan di sisi Allah
Para sahabat dan golongan selepas sahabat yang disebut sebagai tabiin adalah golongan yang memounyai iman yang teguh dan mantap. Keimanan yang teguh ini membawa mereka ke dimensi kehidupan yang mulia lagi dimuliakann oleh Allah dan Nabi. Apabila diteliti dengan baik,terdapat beberapa punca dan petua yang diamalkan oleh mereka dalam menggapai tahap kemuliaan itu. Mari kita lihat petua-petua itu.
Ramuan iman dan islam
Ramuan yang diamalkan oleh mereka adalah ramuan iman dan islam.Ramuan yang diadun dengan begitu baik seperti mengadun kek.Kek itu dijaga kadar kemasukan tepung,gula dan airnya,lalu mendapat sentuhan hiasan daripada pakar.Pasti kek itu bakal menjadi kek yang cantik dan sedap dimakan.
Begitujuga ramuan islam dan iman.Islam tanpa iman,pasti rapuh keislaman itu.Seperti anai-anai yang memakan kayu sedikit demi sedikit,lam - kelamaan,kayu itu hancur dan tidak berguna lagi. Begitujuga sebaliknya, sekiranya kita hanya mempunyai iman tetapi tidak mengerti Islam. Kedua-duanya berjalan sering dalam menjadikan para sahabat dan tabiin mencapai tahap keimanan yang mereka kecapi.
Berasa wajib
Emmerson pernah mengatakan,"orang yang melakukan sesuatu kerana didorong rasa wajib, pasti gembira melakukan kerja itu."
Kewajipan sejati ialah sesuatu yang diperintahkan oleh hati sendiri dan bukannya orang lain. Rasa wajib yang ditanam ke dalam diri bagi menyembah Allah dan mengikuti Nabi Muhammad saw, secara tidak langsung dapat memaksa mereka berjalan lurus dan terus. Rasa ini juga meneguhkan iman mereka.
Teguh mereka bukan keteguhan batu bata yang boleh pecah berkecai sekiranya terhempas. Tetapi, teguh mereka ibarat ikan di laut masin. Sepanjang hayat mereka, ibarat berada di dalam lat yang masin tetapi dagingnya tetap segar tanpa ada rasa masin walaupun sedikit apabila dimakan.
Minda kelas pertama
Manusia sering tertip dengan minda masing-masing. Apa yang dirasakan berat oleh akal, maka akan dipandang berat oleh mata. Tetapi, sekiranya sesuatu perkara dipandang secara mdah dan baik, maka kehidupan juga akan menjadi senang dan ringan.
Oleh itu, minda kelas pertama yang dimilki oleh para sahabat Rasulullah saw adalah minda yang bebas daripada sebarang anasir yang tidak perlu. Sebagai contoh ialah pemikiran-pemikiran jahiliah yang bertentangan dengan Islam.
Minda sebegini adalah minda mereka yang merdeka .Hala tuju kehidupan mereka hanya jalan yang teruus kepada Allah. Mereka tidak menympang dari landasan Islam yang sebenar.
Oleh itu, bagi menjadi manusia yang tinggi nilai ketguhan hatinya di sisi Allah swt, kita boleh mencontohi para sahabat san tabiin ini. Kehidupan mereka jauh daripada maksiat hati dan batin. Oleh sebab itu, segala ilmu dan amal dapat dilakukan dengan sempurna. Sehinggakan, pada suatu hari, Imam syafie menceritakan,"aku mengadu kepada guruku Waki' berkaitan lemahnya hafalanku. Lalu, guruku menasihatiku supaya meninggalkan maksiat. Dia memberitahuku, ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah swt itu tidak akan masuk ke dalam hati ahli maksiat."
Ini bermaksud, bagi mencapai tahap tertinggi keimanan antara perkara yang kita perlu dijauhi ialah meniinggalkan maksiat zahir dan batin sepertimana yang dinasihatkan oleh guru imam syafie itu. Segala ilmu keimanan dan ketuhanan yang bakal membawa kita kepada kebaikan akan terhalang sebaik sahaja maksiat mula menghiasi perjalanan hidup kita. Ini kunci keteguhan hati dan iman para sahabat dalam beragaama sehingga iman mereka tidak mampu digugat oleh sesiapa sekalipun.

0 comments:
Post a Comment