CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 31, 2013

Kenali 6 Ulama’ Hadith Terkemuka

Berikut adalah biografi singkat 6 ulama’ hadith terkemuka yang kitab-kitab h

adith mereka disebut sebagai Sunan Sittah ( 6 Sunan). Dalam ilmu Hadith, dinyatakan bahawa, hadith yang paling sohih adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

1) Imam Bukhari
Nama asalnya adalahMuhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Bukhari. Lahir di Bukhara pada tahun 194 Hijrah / 810 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Hartank (salah satu kawasan desa di Samarkhand)pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi. 

Imam Bukhari adalah ilmuan Islam dan penghafaz hadith Rasulullah s.a.w. Antara kitab-kitabnya adalah Jami’ As-Sohih (Sohih Al-Bukhari), At-Tarikh dan Ad-Dhuafa’. Pada tahun 210 Hijrah, dia bermusafir jauh untuk mencari Hadith. Beliau mengunjungi Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. Dia belajar Hadith dari 1000 orang guru dan mengumpulkan sekitar 600,000 hadith. Dari jumlah tersebut, dia memilih perawinya yang thiqah sahaja untuk ditulis dalam kitab Sohihnya. Di dalam kitab tersebut terdapat7562 buah hadith

2) Imam Muslim
Nama asalnya adalah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Quraisyi An-Naisaburi. Lahir di Naisabur pada tahun 204 Hijrah / 820 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Iran. Beliau meninggal dunia di pinggir Kota Naisabur pada tahun 261 Hijrah / 875 Masihi.

Dikatakan bahawa, Imam Muslim melakukan perjalanan ke Hijaz, Mesir, Syam dan Iraq. Kitab Sohih Muslim merupakan karyanya yang terkenal. Antara karya lain adalah Al-Musnad Al-Kabir (tentang darjat perawi hadith), Al-Jami’ (disusun per bab), Al-Kinaawa Al-Asma’, Al-Afrad wal Wihdan, Tasmiyyah Syuyukh Malik wa Sufyan wa Syu’bah, Kitab Al-Mukhadhramin dan Kitab Aulad As-Sohabah. Dalam Sohih Muslim terdapat 3033 buah Hadith setelah dilakukan penelitian terhadap hadith yang berulang.

3) Imam Abu Daud
Nama asalnya adalah Sulaiman bin Al-Asy’ats bin Ishaq bin Basyir Al-Azdi As-Sijistani. Lahir di Sijistan pada tahun 202 Hijrah / 817 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Afghanistan. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 275 Hijrah / 889 Masihi.

Beliau adalah Imam Ahlil Hadith pada zamannya. Beliau bermusafir panjang untuk mencari ilmu ke Iraq, Hijaz, Mesir dan Syam. Kitabnya, As-Sunan merupakan salah satu dari 6 kitab hadith rujukan. Terdapat di dalamnya 5232 hadith yang dipilih dari 500,000 hadith yang dihafaznya. Kitab-kitab lain karya beliau adalah Kitab Az-Zuhd, Al-Ba’ts (artikel), Tasmiyyah Al-Ikhwah (artikel) dan Al-Akhbar Abi Daud yang disusun oleh Imam Al-Juludi.

4) Imam At-Tirmizi
Nama asalnya adalah Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa As-Silmi Al-Bughi At-Tirmizi.Lahir di Tirmiz pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Tirmiz pada tahun 279 Hijrah / 892 Masihi.

Beliau belajar dari Imam Bukhari dan beberapa guru Imam Bukhari. Beliau bermusafir untuk menuntut ilmu ke Khurasan, Iraq dan Hijaz. Walaupun mengalami buta pada akhir hidupnya ,dia tetap dijadikan teladan dalam penghafalan Hadith. Antara karya beliau adalah Al-Jami’ul Kabir yang dikenal sebagai Sohih At-Tirmizi, Kitab Asy-Syamail An-Nabawiyyah, At-Tarikh dan Al’Ilal. Dikatakan bahawa, Sohih Tirmizi memuat sebanyak 3956 buah hadith.

5) Imam An-Nasa’ie
Nama asalnya adalah Ahmad bin Ali bin Syu’aib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar. Lahir di Nasa pada tahun 215 Hijrah / 830 Masihi. Lokasi sekarang adalah Turkemanistan. Meninggal dunia di Baitul Maqdis (di Kota Ramallah, Palestin) pada tahun 303 Hijrah / 915 Masihi.

Beliau menulis Kitab As-Sunan (An-Nasa’ie). Beliau bermusafir ke Tiberistan, Qazwain, Iraq, Hijaz, Mesir dan Palestin untuk mencari ilmu sehinggalah meninggal dunia di Palestin. Ada pendapat mengatakan beliau meninggal dunia di Makkah saat menunaikan ibadah haji. Kitab-kitab beliau antaranya adalah As-Sunan Al-Kubra, Al-Mujtaba (Sunan As-Sughro), Ad-Dhuafa wal Matrukun, Khaso’is Ali, Musnad Malik. Di dalam kitab Sunannya (Sunan Tirmizi) terdapat 5769 buah Hadith.

6) Imam Ibnu Majah
Nama asalnya adalah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ Al-Qazwaini. Lahir di Qazwain pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Negara Iran. Meninggal dunia di Qazwain pada tahun 273 Hijrah / 887 Masihi. 

Beliau seorang yang alim dalam ilmu Hadith. Beliau penduduk asli Qazwain (sebelah Barat Laut Kota Tehran). Beliau bermusafir ke Basrah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz untuk mencari ilmu. Karya beliau adalah Sunan Ibnu Majah yang merupakan salah satu dari 6 kitab Hadith rujukan. Karya lainnya adalah Tafsir Al-Qur’an dan Tarikh Al-Qazwain. Di dalam Sunan Ibnu Majah terdapat 4341 buah hadithdan 3003 hadith juga terdapat pada lima kitab hadith rujukan sebelumnya. 

Subhanallah ! Aneh juga ya..semua ulama’ terkenal hadith ini bukan berasal dari bumi Makkah atau Madinah sebagai tempat awal permulaan Islam.


Sumber Rujukan: Atlas Hadith – Dr.Syauqi Abu Khalil (Darul Fikr, Damaskus, Syria) – versi Indonesia diterbit oleh: Penerbit Al-Mahira, Jakarta Timur, 2007. 

0 comments: