Aslmkm..
diri ini bukan ulama' untuk menilai,
tafsiran secara kasar mampu kukongsikan tapi dikuatiri ada salah fahamannya.
jadi saya bawakan untuk anda, tafsiran Surah Ali Imran ayat 158-165 dirujuk oleh Maulana Hadi dan Nouman Ali.
Semoga bermanfaat. ^_^
Link : https://celiktafsir.net/2016/01/02/tafsir-surah-ali-imran-ayat-158-165/
(boleh buka di sini untuk tafsiran ayat yang lain juga)
diri ini bukan ulama' untuk menilai,
tafsiran secara kasar mampu kukongsikan tapi dikuatiri ada salah fahamannya.
jadi saya bawakan untuk anda, tafsiran Surah Ali Imran ayat 158-165 dirujuk oleh Maulana Hadi dan Nouman Ali.
Semoga bermanfaat. ^_^
Link : https://celiktafsir.net/2016/01/02/tafsir-surah-ali-imran-ayat-158-165/
(boleh buka di sini untuk tafsiran ayat yang lain juga)
Tafsir Surah Ali Imran Ayat 158 – 165 (Sifat seorang pemimpin)
Ayat 158: Dalam ayat sebelum ini, disebut bahawa kalau sesiapa yang mati semasa berjihad di jalan Allah, atau mati biasa semasa mengerjakan suruhan Allah, Allah akan membalas dengan keampunan dan rahmat dariNya.
وَلَئِن مُتُّم أَو قُتِلتُم لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And whether you die or are killed, unto Allāh you will be gathered.
MALAY
Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).
وَلَئِن مُتُّم أَو قُتِلتُم
Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh,
Samada mati biasa atau mati berjihad.
لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ
sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan
Kepada Allah akan dikumpulkan semua sekali. Tidak pergi ke mana. Maka, apakah yang kita akan persembahkan kepada Allah? Adakah dengan dosa atau dengan pahala?
Ayat 159: Walaupun para sahabat ada yang melakukan kesalahan, tapi Nabi tak hukum mereka. Mereka masih boleh duduk-duduk bersama majlis Nabi. Nabi kata semua yang terjadi itu adalah takdir Allah. Cuma Nabi berilah nasihat supaya perkara itu jangan bagi terjadi lagi. Nabi boleh bersabar dengan mereka kerana Nabi telah diberikan dengan sifat tabah. Itu menunjukkan betapa untungnya sahabat Nabi, kerana mendapat seorang pemimpin seperti Nabi Muhammad. Jadi ayat ini adalah tasliah kepada sahabat Nabi.
فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
So by mercy from Allāh, [O Muḥammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allāh. Indeed, Allāh loves those who rely [upon Him].
MALAY
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
Dengan sebab rahmat yang Allah telah beri kepada Nabi, Nabi masih dapat berlembut dengan mereka. Allah ingatkan bahwasanya sifat berlembut itu datangnya dari Allah. Allah mahu supaya Nabi berlembut kepada umatnya kerana baginda mewakili rahmat Allah. Walaupun kesalahan mereka berat, sampai ramai mati, mereka boleh duduk-duduk dengan Nabi kerana Nabi tidak marah mereka. Ini adalah sifat pemimpin yang baik dan Nabi ada sifat ini. Kita juga kena ambil pengajaran dari sifat ini.
وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ
dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Allah beritahu yang kalau Nabi berlidah tajam فَظًّا (cakap yang menikam hati), atau غَليظَ القَلبِ – hati keras tidak mudah maafkan orang, niscaya sahabat-sahabat yang berjuang bersama baginda itu akan lari dari baginda. Tapi kerana sifat baginda yang lembut terhadap mereka, mereka tidak lari. Mereka tahu mereka salah tapi mereka masih boleh duduk dengan baginda, kerana Nabi masih melayan mereka dengan baik. Ini mengajar kita tentang kepemimpinan.
Kita kena berlembut dengan orang bawahan kita. Kerana kena jaga emosi mereka. Bayangkanlah para sahabat itu bukan calang-calang manusia. Mereka sanggup bermatian kerana Islam dan kerana Nabi Muhammad itu Rasulullah. Tapi kalau mereka pun kena maki dengan Nabi, mereka pun akan lari juga dari sisi baginda. Jadi kalau kita berada dalam kedudukan tinggi dalam keluarga, dalam kelas pengajian, dalam persatuan, dalam halaqah dan sebagainya, kena ambil tahu perkara ini. Walaupun sama-sama belajar, tapi kalau pemimpin atau ustaz itu jenis kaki maki, tuduh anak murid tanpa usul periksa, anak murid pun boleh lari. Bukannya anak murid itu tidak mahu belajar, tolak Islam atau munafik, tapi perangai ustaz itu yang menjauhkan anak murid. Janganlah bila anak murid dah tak datang kelas pengajian, tuduh anak murid ‘dah rasa pandai’… dan macam-macam tuduhan lagi. Kena tengok kepada diri sendiri dahulu, apa kesalahan yang kita dah buat. Sama jugalah dengan pemimpin dalam persatuan dan apa-apa perkumpulan pun. Walaupun perkumpulan itu tentang menegakkan agama Islam. Bukannya mereka sudah tidak mahu tolong agama Islam, tapi mereka sudah tidak sesuai dengan pemimpin yang memimpin persatuan itu.
Kita jangan pula kata: Nabi bolehlah maafkan mereka sebab baginda itu Nabi. Kita kena ingat yang akhlak Nabi itu adalah contoh ikutan kita. Kerana Nabi bukan memainkan peranan sebagai Rasul sahaja, tapi sebagai ayah, sebagai ketua, sebagai sahabat, dan macam-macam lagi. Kerana Nabi pakai banyak ‘topi’ dan kita kena peka perlakuan Nabi. Kalau bukan akhlak dan contoh Nabi yang kita ikut, contoh siapa lagi?
فَاعفُ عَنهُم
Oleh itu maafkanlah mereka
Maaf sahajalah kesilapan mereka. Semua manusia akan melakukan kesilapan. Mereka telah belajar dari kesilapan mereka. Dan Allah pun sudah maafkan mereka.
وَاستَغفِر لَهُم
dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
Nabi disuruh minta ampun kepada Allah bagi pihak mereka.
وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
Dan sentiasa minta cadangan mereka dalam urusan-urusan khas. Tunjuk yang pandangan mereka dipandang. Tentu perasaan mereka akan lebih lega. Jangan sisihkan mereka. Kalau kita tak marah kepada mereka, tapi pendapat mereka tidak didengari lagi, tentulah mereka akan terasa juga, bukan? Ayat ini mengajar pemimpin untuk dengar pendapat orang bawahan. Betul-betul dengar. Bukan menunjuk macam dengar sahaja.
فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ
Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah,
Cuma dalam mesyuarat, tidak tengok majoriti atau minoriti. Kalau dah nekad kepada satu keputusan, maka peganglah keputusan itu. Apa sahaja yang berlaku, bukanlah disebabkan oleh mesyuarat itu. Hendaklah serah kepada Allah dan tawakal. Apa yang berlaku adalah keputusan Allah. Buat mesyuarat adalah dasar ikhtiar. Serah kepada Allah. Kejayaan atau kegagalan di tangan Allah.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Allah mahu kita bertawakal dan menyerah kepada Allah sahaja. Ali Imran 149-159
Ayat 160:
إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم ۖ وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِن بَعدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
If Allāh should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allāh let the believers rely.
MALAY
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;
Orang mukmin sedar yang pertolongan Allah akan diberi kepada mukminin yang jaga syarat (antaranya kena bertaqwa dan taat kepada pemimpin perang). Dan kita kena sedar yang kita amat memerlukan pertolongan Allah. Kalau Allah tolong, tidak akan kuasa lain yang dapat mengalahkan kita. غالِبَ adalah apabila ada kuasa yang lebih kuat dari kita yang paksa kita melakukan sesuatu. Tidak kira apa yang mereka ada. Bukankah sudah banyak contoh peperangan yang tentera Islam bilangannya sedikit, tapi mereka tetap menang?
وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِن بَعدِهِ
dan jika Ia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah?
Kalau Allah sudah tinggalkan kita, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita langsung. Walaupun satu dunia nak tolong kita. Perkataan يَخذُلكُم berasal dari خدل yang bermaksud kawan yang meninggalkan kawannya semasa kawannya itu amat memerlukan pertolongan. Kita memang amat memerlukan pertolongan Allah, bukan? Tapi kalau Allah tinggalkan kita? Maka, hendaklah kita jaga syariat.
Lafaz خدل bermaksud meninggalkan kawan semasa kawan itu memerlukan pertolongan. Inilah yang telah dilakukan oleh puak munafik apabila 300 dari mereka meninggalkan Nabi dan para sahabat di medan Uhud. Sekarang Allah kata, kalau Dia tinggalkan kita sewaktu kita memerlukanNya, bagaimana? Jika Allah biarkan kita kerana akidah kita salah atau kita tidak jaga hukum, tidak ada sesiapa yang akan dapat kita.
وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ
Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Maka orang yang beriman, kena tawakal kepada Allah. Kena jaga hukum Tuhan.
Ayat 161: Orang munafik hanya pandang kepentingan dunia sahaja. Mereka tidak fikir tentang akhirat. Pernah dalam satu peperangan, ada harta rampasan perang yang hilang. Puak munafik tuduh Nabi Muhammad yang ambil. Allah turunkan ayat ini.
وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ ۚ وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ القِيامَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ ما كَسَبَت وَهُم لا يُظلَمونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
It is not [attributable] to any prophet that he would act unfaithfully [in regard to war booty]. And whoever betrays, [taking unlawfully], will come with what he took on the Day of Resurrection. Then will every soul be [fully] compensated for what it earned, and they will not be wronged.
MALAY
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu berkhianat
Tidak layak seorang Nabi curi harta rampasan. Tujuan Nabi berperang bukanlah kerana mahukan harta. Tuduhan mereka itu memang tidak patut. Mereka tuduh begitu kerana mereka sendiri yang mementingkan harta benda.
وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ القِيامَةِ
dan sesiapa yang berkhianat, dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu;
Dalam hukum peperangan, harta rampasan tidak boleh diambil sebelum dibahagikan oleh pemimpin. Memang ada bahagian yang akan diberikan kepada mereka yang menyertai perang itu, tapi hanya boleh diambil selepas dibahagikan. Kalau ada yang ambil juga, di akhirat nanti dia akan bawa harta itu dan kena tunjuk untuk diadili oleh Allah.
ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ ما كَسَبَت
kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya,
Setiap orang akan dibalas mengikut apa yang mereka telah lakukan semasa di dunia.
وَهُم لا يُظلَمونَ
sedang mereka tidak akan dizalimi.
Dan mereka tidak akan dizalimi. Allah tidak akan melakukan kezaliman. Maksudnya, apa-apa sahaja yang telah dilakukan dari kebaikan akan dibalas, tidak ada yang tertinggal. Malah akan dibalas dengan lebih lagi dari apa kebaikan yang dilakukan; dan kalau ada melakukan kesalahan, akan dibalas dengan yang sama juga – tidak dibalas dengan lebih buruk dari yang dilakukan. Dan tidak akan kena azab kalau tidak melakukannya. Kalau di dunia, kadang-kadang ada orang yang kena hukum walaupun dia tidak melakukan kesalahan, kerana mungkin hakim tidak adil, atau ada orang yang khianat dan bagi bukti yang salah. Tapi ini semua tidak akan terjadi di akhirat nanti.
Ayat 162:
أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضوانَ اللَّهِ كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأواهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
So is one who pursues the pleasure of Allāh like one who brings upon himself the anger of Allāh and whose refuge is Hell? And wretched is the destination.
MALAY
Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضوانَ اللَّهِ
Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama
Adakah sama orang yang mencari redha Allah dengan yang tidak? Cari redha Allah itu adalah dengan taat kepada hukum Allah. Nabi itu seorang yang taat kepada Allah. Perkataan رِضوانَ adalah redha dalam isim mubalaghah. Maksudnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mahu Allah redha, tapi baginda mahu Allah sangat sangat redha.
كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِنَ اللَّهِ
sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah?
Adakah sama dengan orang yang pulang ke akhirat dengan bawa kemurkaan سَخَطٍ dari Allah? Inilah perbandingan yang Allah hendak jelaskan. Sebelum ini disebut tentang ada yang mengatakan Nabi telah mengambil harta rampasan perang. Orang yang mengambil harta rampasan perang adalah yang mendapat murka atau kemarahan dari Allah. Oleh itu, Allah hendak bandingkan sifat Nabi dengan sifat seorang yang mendapat murka Allah. Adakah sama? Tentu tidak. Lafaz سَخَطٍ bermaksud ‘marah’ tetapi digunakan khusus apabila yang orang yang berada di kedudukan yang atas marah kepada orang bawahannya. Contohnya guru marah kepada anak murid dipanggil سَخَطٍ. Kalau anak murid yang marah kepada guru, tidaklah boleh digunakan lafaz سَخَطٍ.
وَمَأواهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ
tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Tempat mereka yang mendapat kemurkaan dari Allah adalah neraka jahannam. Lafaz المَصيرُ bermaksud destinasi akhir. Ianya adalah tempat yang terakhir yang akan pergi. Katakanlah kita akan pergi merata-rata tempat dalam dunia ini, tapi akhirnya kita akan pergi ke tempat yang kita akan tinggal tetap juga akhirnya, bukan? Allah beri perumpamaan bahawa Neraka itu adalah tempat tinggal yang tetap bagi mereka. Yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang munafik.
Ayat 163:
هُم دَرَجاتٌ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They are [varying] degrees in the sight of Allāh, and Allāh is Seeing of whatever they do.
MALAY
Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
هُم دَرَجاتٌ عِندَ اللَّهِ ۗ
Mereka itu, mempunyai tingkatan-tingkatan di sisi Allah
Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka yang dimurkai oleh Allah akan tinggal di neraka. Mereka yang dimurkai Allah dan kemudian tinggal dalam neraka, ada beberapa tingkatan dalam neraka. Tidak sama kedudukan mereka. Ada yang lebih teruk dari yang lain. Allah sahaja yang tahu apakah tingkatan mereka. Yang mendapat keredhaan Allah pun ada beberapa derajat di sisi Allah.
وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ
dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
Allah tahu di manakah tingkatan mereka dan dimanakah mereka patut berada kerana Allah yang melihat apa yang mereka lakukan. Kita sebagai manusia tidak tahu. Jadi, jangan kita memandai kata orang itu akan duduk di tingkatan paling tinggi atau paling rendah.
Ayat 164: Kenapa mereka sampai hati tuduh Nabi sedangkan mereka waktu itu telah mendapat nikmat yang amat besar? Mereka telah mendapat nikmat yang amat besar, iaitu Allah pilih mereka duduk bersama Nabi.
لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِن أَنفُسِهِم يَتلو عَلَيهِم آياتِهِ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتابَ وَالحِكمَةَ وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلالٍ مُبينٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Certainly did Allāh confer [great] favor upon the believers when He sent among them a Messenger from themselves, reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book [i.e., the Qur’ān] and wisdom,1 although they had been before in manifest error.
- The Prophet’s sunnah.
MALAY
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِن أَنفُسِهِم
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
Lafaz مَنَّ digunakan apabila mengingatkan seseorang dengan pemberian yang telah diberikan. Maknanya bukan sahaja dah berikan, tapi kemudian ingatkan kembali pemberian itu atau pertolongan yang telah diberikan. Kadang-kadang kena ingatkan tentang pemberian yang telah diberi.
Kalau digunakan lafaz مَنَّ, itu bermaksud jenis pemberian dan pertolongan yang besar. Allah ingatkan mukmin tentang apa yang telah diberikan kepada mereka. Kenanglah kembali kelebihan yang mereka telah terima itu. Dalam banyak-banyak manusia, dari awal kejadian manusia sampai kiamat, mereka sahaja yang telah diberikan kelebihan duduk dan tinggal dan belajar dengan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad.
يَتلو عَلَيهِم آياتِهِ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتابَ وَالحِكمَةَ
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Hadis Nabi)
Kemudian, disenaraikan tugas Rasulullah. Ianya sama dengan doa Nabi Ibrahim semasa membina semula Kaabah, jadi boleh rujuk di ayat itu untuk tafsirnya (ayat 2:129). Kenapa lafaz diulang dalam ayat ini? Kerana semasa berperang, kita mungkin terlupa sebab asal kita berperang. Allah ingatkan kembali kepada para pejuang mukmin supaya mereka tidak lupa dan kembali ingat kepada tujuan asal mereka. Allah ingatkan kepada mukminin apa yang Nabi telah lakukan untuk mereka. Itu semua adalah nikmat yang Allah telah berikan kepada mereka.
وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلالٍ مُبينٍ
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Antara tugas Rasulullah adalah untuk membersihkan (tazkiyah) untuk membebaskan dari amalan dan fahaman yang syirik. Itu dilakukan dengan mengajar mereka Qur’an dan sunnah. Dulu mereka jelas dalam kesesatan kerana mereka sebelum itu tidak ada ilmu wahyu dan petunjuk. Oleh kerana tidak ada petunjuk, mereka telah dirosakkan dengan fahaman syirik oleh syaitan sampai mereka telah menyembah patung berhala.
Ayat 165: Ini adalah teguran kepada golongan mukmin dengan memberitahu mereka, kenapa mereka kalah perang. Ada dari kalangan orang mukmin yang hairan, kenapa boleh kalah? Sedangkan mereka tidak buat salah apa-apa pun setahu mereka. Maknanya, tak semua para sahabat boleh faham kenapa mereka kalah. Yang telah buat kesalahan itu tahu yang kekalahan itu adalah kerana kesalahan mereka. Tetapi mukminin lain yang tak buat salah, mereka hairan kenapa boleh kalah pula? Maknanya, walaupun sedikit sahaja yang bersalah tapi kesan kepada semua sekali.
أَوَلَمّا أَصابَتكُم مُصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِثلَيها قُلتُم أَنّىٰ هٰذا ۖ قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Why [is it that] when a [single] disaster struck you [on the day of Uḥud], although you had struck [the enemy in the battle of Badr] with one twice as great, you said, “From where is this?” Say, “It is from yourselves [i.e., due to your sin].” Indeed, Allāh is over all things competent.
MALAY
(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kemalangan) ini? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
أَوَلَمّا أَصابَتكُم مُصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِثلَيها قُلتُم
Kenapa apabila kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda
Kenapa kamu hairan dengan musibah kekalahan yang menimpa kamu dalam Perang Uhud ini? Sedangkan kamu telah mendapat kemenangan dua kali ganda dulu semasa di Badr? Kamu kalah Uhud, terbunuh 70 orang. Tapi semasa Perang Badr, kamu boleh bunuh 70 orang dan tawan 70 orang.
أَنّىٰ هٰذا
kamu berkata: “Dari mana datangnya?
Kamu hairan dari mana kekalahan ini?
قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri”
Allah jawap yang kekalahan itu dari diri mereka sendiri kerana segelintir dari mereka tidak patuh kepada ketua. Mangsanya semua sekali kena. Allah kata ‘dari diri kamu sendiri’. Kenapa begini, sedangkan bukan mereka semua buat kesalahan? Ini adalah kerana orang Islam itu bersaudara, satu bahagian dari bahagian yang lain.
Peperangan adalah perkara serius. Para sahabat ambil pengajaran dari kisah ini. Sampai kepada kita kisah yang terjadi semasa Saad Abi Waqqas memimpin tentera Islam menentang Iraq. Waktu itu tentera Islam seramai 30 ribu orang. Beliau telah memberi arahan, kalau beliau takbir kali pertama, bersedia, jangan serang lagi. Apabila takbir kali kedua, bersedia juga, masih jangan serang. Apabila takbir kali ketiga, baru mula serang. Tetapi selepas beliau takbir kali pertama, pihak musuh sudah menyerang mereka dan ada tentera Islam yang membalas serangan tanpa menunggu takbir kali ketiga. Saad Abi Waqqas telah berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.” Dan kemudian ada pasukan Islam dari sebelah lain pula yang menyerang juga tanpa menunggu takbir ketiga. Sekali lagi Saad berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.” Saad berkata yang dia takut terjadi peristiwa Uhud kali kedua jikalau mereka tidak taat kepada beliau sebagai Ketua Perang dan beliau takut Allah tarik bantuan kepada mereka. Oleh itu beliau terus maafkan mereka yg tidak taat kepada arahannya sebelum itu. Begitulah betapa para sahabat faham dengan peristiwa Uhud itu.
إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Kita tidak ada hak untuk mempersoalkan.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
0 comments:
Post a Comment