wanita yang berharga dan malu.
ketika zaman dahulu, wanita sering dikaitkan dengan lemah,
murah dan penakut. Hal ini kerana kejahilian ketika itu merendahkan martabat
wanita.
hakikatnya wanita itu seperti yang diterapkan dalam kitab
Allah, golongan ini dan kanak-kanak dikategorikan golongan lemah. tidak dapat
dinafikan lagi. Namun, yang dikatakan lemah, murah dan penakut itu bukan
seperti yang didefinisikan oleh hati yang berpenyakit.
Lemah bermaksud akhlak mereka, sikap mereka dihiasi dengan
lemah lembut. Begitujuga hati yang mudah dihiris walaupun dengan lidah yang
nipis. Sangat sensitif dan lemah hati mereka walaupun dari sudut luaran mereka
kelihatan kasar dan brutal.
Murah pula bukan bermaksud mudah gadaikan maruah kerana mudah terjatuh dalam genggaman lelaki akan
tetapi bermaksud murah memberi dan menerima sesuatu kebaikan. Mereka ini tidak
suka akan kejahatan sebab itulah kadang mereka sanggup menerima suatu penipuan
dari pihak lain kerana mereka tidak suka berita buruk menyinggah di telinga
mereka. Ibarat buruk dalam baik. Itu antara contohnya.
Penakut. kerna bersifat suka untuk dilindungi dan merasa
selamat. Macam lelaki, mereka bersifat melindungi dan memberi aura rasa
selamat. Itulah yang kebanyakan orang nyatakan.
Jadi, berbalik pada tajuk wanita yang berharga,
sering kali apabila disebut wanita pasti dikaitkan dengan
'pokok semalu' ,bukan? Seperti yang kita tahu apabila tumbuhan itu disentuh,
pasti ia akan kucup kembali lopakan daunnya. Begitujuga wanita, sifatnya wanita
salah satunya adalah malu.
Malu.
Ada hadis yang
menyebut, "malu itu sebahagian daripada Iman". Maksudnya, malu
dalam berbuat keburukan atau kesalahan. Cuba kita lihat gelagat anak perempuan
kita, apabila mereka malu mereka akan menyorok belakang langsir, belakang
pelukan kita, bukan? Sama juga dengan malu yang saya ingin maksudnya di sini.
apabila malu berbuat kejahatan, lari adalah salah satu cara untuk mengelak
daripada melakukannya. Atau apabila telah lakukan secara sengaja atau tidak,
pasti kita akan cari titik kekuatan semula.
Apa itu Iman?
Anda pernah dengar perkataan ini?
Iman bermaksud suatu keyakinan, kepercayaan yang dirasakan
dalam hati, diucapkan dengan lidah iaitu kita lafazkan dan bukti atau tunjukkan
melalui amalan. yang mana kita berbuat demikian kerna kita yakin apa yang
dibuat itu betul dan hasilnya bukan sia-sia malah menguntungkan. Tidak kita
sekarang mahupun akan datang.
Jadi, suka saya kaitkan iman dan malu ini kerna ia
membuahkan rasa manisnya hidup kita tanpa kita sedar. Apabila kita buat
kebaikan dengan rela atau ikhlas, dalam diam menjaga sekeliling dari keburukan
mempengaruhi, secara tidak sedar kita akan mendatangkan keharmonian dalam diri
dan orang lain. Dengan adanya iman, kita akan dapat mengawal driri dari
berlebihan dalam sesuatu perkara. Contoh saya bagi, bila kita buat kopi, kita
akan letak sedikit kopi dan gula. Cuba kalau kita tambah gula sehingga 3 sudu
dalam satu cawan. Apa jadi pada minuman tersebut? Terlalu manis bukan, jadi
khasiat kopi akan terjejas dan kesihatan akan tergugat. Sama juga dengan diri
kita. Apabila tidak dapat kawal diri, perkara lain juga akan rosak dan
terpengaruh.
Seterusnya, seringkali juga kita mendengar ' malu biar
bertempat'.
Buat wanita terutamanya, ungkapan ini bermaksud tidak salah
untuk bersifat malu, akan tetapi kita berkaitan dengan kerja atau perlunya
bercakap dihadapan untuk membentang sesuatu perlunya berani. Letakkan malu itu
di tepi sebentar. Still ada dalam cara percakapan atau tingakah laku tetapi
jangan sampai menghalang untuk menjadi seorang yang profesional. Secara tidak
langsung, orang akan pandang wanita ini dengan respect dan perspektif akan
bertukar serta merta jika berbuat demikian.
Sama juga dalam situasi apabila family gathering. Ada
kenalan saya wanita yang masih tidak bercakap dengan cousin mereka kerna malu.
Tidak mengapa tapi jangan sampai orang tidak kenal nama kita. Takut secara
tidak sedar kita memutuskan tali persaudaraan dan itulah yang Nabi Saw
larang.Bergaul dengan mereka tapi jangan sampai melampaui batas dengan
berpegangan atau bergelak terbahak-bahak.
wanita seorang memainkan peranan sangat penting dalam
sesuatu organisasi. Kerna mereka bersikap teliti dan prihatin. Macam lelaki
mereka ada juga sikap sebegini tetapi tidak sekuat wanita. Jadi, peranan wanita
ini akan lebih membantu sesuatu organisasi lebih tersusun dan cemerkap. Satu
sikap wanita yang perlu dikurangkan. Iaitu, emosi dan risau yang keterlaluan dalam sesuatu perkara.
Mereka kebiasaannya tidak sedar bendani namun, lelakilah yang perlu mengawalnya
kadang-kadang supaya tidak explose.
wanita yang berharga, dalam tawa dia menangis kerna penat
dalm uruskan rumahtangga namun dia bahagia kerna itulah kehidupan dan
tanggungjawabnya. Dalam ketiadaan suami dan bapanya di rumah dia menjaga diri
dan harta suami dan bapanya daripada kerosakan magupun keburukan.
Tidak mudah dipengaruhi dan dinodai dengan yang tidak layak
baginya iaitu orang yang tidak halal lagi untuknya. wanita ini sifatnya bengkok
maka lurus itu akan membantu untuk membentuknya iaitu kehadiran yang baik
buatnya dan agamanya.
Peliharalah wanita akan dirimu dari kebinasaan kerna
biadadri syurga itu sedang bersaing untuk menggantikan tempatmu.(senyum)
0 comments:
Post a Comment