Assalamualaikum wbt....
sebagai seorang muslim ,bila kita dengar Al-quran dan As-sunnah pasti hati dan fikiran akan kata ia merupakan suatu panduan untuk kehidupan kita menuju jalan pulang ya'ni akhirat...
cuba sahabt fikir,adakah setiap yang kita lakukan itu adalah menurut apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w.???
adakah setiap perbuatan kita dimulakan dengan mengingati Allah dan mengikuti amalan Rasulullah?
mungkin ada yang kita ikut dan yang sebalik.Ana juga tidak menafikannya sebab kita hanya manusia biasa.
sifat malas dan tanggungjawab memang susah untuk kita lari dan sukar juga untuk kita lakukan sebaiknya.Hanya hamba Allah yang benar taat setia dan beriman kepadaNya yang kuat menghadapi dan menerima amanah dariNya dengan sebaik mungkin..Adakah kita?wallahualam...
sebenarnya,selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w,Agama Allah (islam) sudah lengkap(shumul)..
Apa yang menimpa kita hari ini yang mmbuatkan kadang2 kita rasa berputus asa,sebenarnya salah kerana ada jalanNya yang perlu kita cari dan selidiki.
Allah swt tak suka kepada hambaNya yang mudah lemah dan jatuh.malah,Dia suruh kita berusaha mencari petunjukNya melalui kalamullah dan sabda Rasulullah..kita juga boleh lihat kehidupan dan ujian yg diberi semasa zaman para anbiya' juga.Banyak sangat perbezaan kita dengan mereka.Adakah kita menyedarinya?
ilmu dan amal itu sangat penting.Ditambah pula dengan keyakinan yang benar-benar mantap kepada takdirullah ya'ni ketetapan Allah swt.sedi,marah,gembira,sakit,perit,bahigia,semua itu ujian dari Allah.sedangkan,di sekeliling kita juga adalah ujian semata-mata..itupun hanya bagi yang menyedarinya shaja.insyaAllah...
Islam itu sendiri sangat indah dan teratur..ikutilah dengan sebaiknya.insyaAllah selamat dunia dan akhirat.Dunia ini hanya pinjaman.dunia ini ibarat perjalanan kita untuk menuju ke akhirat..
perbanyakkan muhasabah diri,mmbaca Al-quran,solat yang menghubungkan kita denganNya...kemanisan iman yang dirasai mungkian tidak akan memisahkan kita dengan agama Allah..malah,lagi mendekatkan dan mengajar kita..
cinta Allah cinta abadi
cinta Rasulullah yang sangat setia kepada Illahi
insyaAllah bahagia menanti...wallahualm
jika saya salah tolong berikn tunjuk ajar kerana saya juga masih mencari jalan kehidupan yg direhai,insyaAllah...
Tuesday, January 15, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment