Bismillah didahulukan..
semakin ke depan,
semakin hitam arangan conteng..
kuwanita
kupatut berdiam
dari disebut-sebut
okay now let's begin the story.
kumunafikkah?
persoalan ini bermain di minda Hafizi sejak pulang dari universiti sempena cuti semester seminggu yang lalu.
sebagai seorang mukmin yang sejati, solat dan masa adalah antara perkara yang paling penting. kedua-duanya juga saling berkait antara satu sama lain.
Hafizi merupakan seorang pelajar jurusan Quran Sunnah di sebuah universiti Swasta. beliau juga seorang yang sangat sensitif dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Apa yang menyebabkan Hafizi berfikiran sedemikian adalah kepulangannya ke rumah membuatkan dia menjadi seorang yang sering tewas dengan masa dan solat. Lewat dan tangguh adalah suatu penyeksaan baginya apabila nafsu yang lemah menyebabkan tanggungjawabnya terabai. Hafizi seorang anak yang rajin dan sentiasa utamakan keperluan dan kehendak kedua ibunbapanya. walaubagaimanapun, solat nya sering dilewat-lewatkan dek kerana kesibukan menjaga hal-hal di rumah. perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerna mukmin yang berjaya itu adalah bilamana solatnya khusyuk dan lebih baik jika di awal waktu.
Berbeza pula disiplinnya apabila berada di universiti. Hariannya teratur. Solatnya sentiasa di awal waktu dan masanya sentiasa terisi dan berguna. Hafizi berfikir dirinya mungkin terpengaruh dengan surrounding . kadang ia memaksa dan kadang ia mendorong. Walaupun kawan-kawan tidak memberi galakan dari sudut lisan, tetapi kadang sikap secara praktikal membuatkan Hafizi terikut secara tidak langsung.
seperti yang kita tahu, kesedaran memainkan perana yang sangat penting dalam sesuatu hal. setelah Hafizi sedar akan perbezaan sikapnyaini. Dia menganggap ini sebagai muajahadah. jadi, tugasnya adlah menjadi lebih baik hari demi hari. setiap hari, perkataan FIX sentiasa bermain di inda supaya dia tidak lupa dengan ayat Allah "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainan kaum tidak mengubah sendiri".
kesimpulannya, tidak salah untuk berubah dan bersangka baik. Teruskan memotivasikan diri melalui hati yang benar ketika solat. Terus mengadu walau salahnya kita bertimbun-timbun kerna Rahmat dan Syurga itu adalah rahsia buat sesiapa yang dicintaiNya.
0 comments:
Post a Comment