Monday, December 8, 2014
kalis permata 5
Bismillah walhamdulillah
Wassalamu'ala rasulillah
Allahumma solli 'ala muhammada wa'ala alihi muhammad...
Kadang hati berbicara kata "ya Allah aku nak berubah" selalunya aku jadi macmni bila aku tgok satu bnda/kisah atau pun trsedar drpd ksalahn aku.
Orang kata penghijrahan itu memerlukn masa dan aku pluskn lgi dgn sokongan yg kuat.kalu harini berubah pstu esk dduk sorg2 dlm rmh smapai seminggu,,mmng semakin tumpul hrpan untuk berubh.unlesslankalu org tu kuat imannya u istiqamah..dan hubbullahnye.Aku akui bnda tu bb aku pun lbih kurg mcmtu..
Contohnya hrini akunjmpa classmate middle school,,dia bgi aku input yg mmg shining style punyalah,,esok lusa dia takda....so xda sapa yg bntu aku u beringt and at the same time hri2 yg aku lalui tu pnuh dgn plbgai dugaan,suka,duka yg mybbkan kdg penghijrhn itu smkin kabur ats dsr smngt yg smkin luntur..That's why we called " we always can't leave from jemaie".."can't get far from it"...
Aku slalu dgr,,hati yg baik akn mmbuahkan wtak yg baik,perckpn yg baik,dan brhikmah,mmbuahkn wjah yg disenanginrmai,..positif plus positif,,positif plus negatif=positif...wallahualm..
#fb-awatif bintu yusoff
Saturday, November 22, 2014
HATI YANG MATI
Bismillah walhamdulillah wassalamu 'ala Rasulillah...
Allahumma Solli 'ala Muhammad..
RINDU SEMAKIN BERBUNGA TANPA HENTI YANG BERNOKTAH...
Definisi hati mati menurut pengalaman saya adalah apabila:-
1. Kita tahu kita melakukan dosa dan kelalaian, tetapi kita tidak cuba menjauhinya
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”. -Syeikh Ibn Athaillah
2. Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dalam solat dan di saat membaca al-quran, malah hati kita sendiri tidak hadir semasa melakukan amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
3. Kita terasa liat menyertai program-program berunsur rohani, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yang tidak meningkatkan iman
4. Kita lebih suka tidur dari bangun malam, malah masa sehari tersebut dihabiskan dengan tidur yang berlebihan dan bermalas-malasan
5. Hati terasa kosong, kosong, dan kosong. Tercari-cari di manakah iman di dalam hati? :’(
6. Lagi tanda-tanda hati mati? Rujuk gambar di bawah:-
tanda+hati+mati+2
Apa yang perlu dilakukan saat kita terasa hati kita semakin jauh dari Allah?
1. Banyakkan berzikir/istighfar sambil menghayati maksudnya. Saya selalu menonton/mendengar zikir-zikir di Astro Aosis untuk upgrade iman saya (seperti sekarang). Sungguh, zikir mampu meningkatkan iman, mampu mengisi hati yang kosong kembali mengingat Allah. Jika anda seorang yang suka mendengar mp3 di telefon mudah alih anda, isikan zikir-zikir dan ayat-ayat al-quran untuk anda dengar setiap hari. Malah anda boleh memilih lagu zikir mana yang menjadi pilihan anda dan sedap didengari. Jika tidak biasa, biasakan. Jika tidak mampu secara drastik, lakukan secara perlahan-perlahan.
2. Cari ceramah/pengisian/gambar yang berbentuk tasawwuf, yang berbicara soal hati dan kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya. Saya suka mendengar Ustaz Zulkifli Al-Bakri berbicara soal tasawwuf, sekaligus muhasabah apakah punca kosongnya hati saya. Sejujurnya, setakat pengalaman, selain usrah-usrah berunsur haraki, kita perlu cari pengisian berbentuk tasawwuf. Kerana fitrah manusia terkadang lupa, hati juga berbolak-balik.
3. Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali. Jika sudah lama tidak menyertai program-program kemasyarakatan/keagamaan, cari program-program itu kembali. Jika sudah lama tidak berjemaah di masjid bagi muslimin, carilah kembali masjid itu. Kerana di situ kita akan berjumpa bertentang mata dengan sahabat-sahabat yang soleh. Percayalah, hati kita akan sejuk melihat kesolehan sahabat-sahabat kita. Hati akan segera terdetik mengingati Allah. Sungguh, benarlah satu hadis mengatakan bahawa sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita memandang wajahnya, kita akan segera mengingati Allah. Saya bersyukur masih ada sahabat-sahabat begini. Alhamdulillah.
4. Buka al-quran dan tadabbur maknanya. Al-quran bukan untuk dibaca sahaja, tetapi untuk dihayati maknanya dan seterusnya diamalkan. Kadang-kadang hati kita tidak hadir sama ketika membaca al-quran dan juga ketika solat kerana kita tidak menghayati makna-makna bacaan kita.
5. Bangunlah tahajud di waktu malam. Cari hati itu kembali. Banyakkan taubat nasuha atas kelalaian kita. Mungkin mengambil masa, tetapi percayalah lambat laun, melihat kesungguhan kita Allah akan kembalikan hati yang penuh keimanan itu kepada kita. InsyaAllah.
6. Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? :’(
Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yang hidup,
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Jalan Mujahadah
Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sangat perlu dalam meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan di sepanjang jalan, tetapi manis di akhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dalam keadaan bukan sahaja Islam malah berIman. InsyaAllah.
Bacaan lanjut tentang merawat hati yang mati? Klik di sini
mukmin
Salam kasih. :-)
Wednesday, November 19, 2014
kalis permata 4
Bismillah walhamdulillah wassalumu 'ala rasulillah...
Allahumma solli 'ala Muhammad..
Keputusan telah dilakukan.Allah..hati ini takut untuk menyelam kerana mengetahui di dalamnya ada ikan yang berbahaya sedang menunggu.Dalam fenomena dunia ini, fatrah kita sebagai manusia,'abdullah,sudah semestinya hari2 ditempuhi dengan kegelisahan hati dalam melakukan pemilihan akan sesuatu atau bahasa lainnya keputusan.the big scary.Di mana, jika kita tersalah langkah,penyesalan yang menjemput dahulu sebelum memanggil.
Hati orang yang beriman,
Kepasrahan itu hanya pada takdirNya. Namun, keberanian dan ketaatan itu perlu dipupuk dengan mampat bagi ketenangan dalam suatu penerimaan itu.Bukan mudah tapi itulah yang dikatakan mujahadahnya.Sekarang baru kusedar bahawa yang pahit itu adalah suatu perjuangan tali yang kenyal.Sukar diputus melainkan dia sendiri yang memotong atau menghiris.Kebiasaan kita dalam pemilihan ini memerlukan hati yang terbuka dan lapang.Memerlukan ilmu dan sokongan.Tidak lari bukan?Namun adakah bila kita dah buat semua benda yang disuruh syariat itu menandakan bahwa keputusan itu adalah tepat...wallahualm.Bagi sang beriman,walaupun setelah dia sedar bahwa keputusan itu adalah agak sangsi baginya,namun dia tetap menghadapi dengan senyuman.Hadapi dengan mengorek ilmu yang dipelajari dengan hikmah.Mencuba untuk mengetahui jalan bagi langkah seterusnya dengan semangat.Dia tidak lengah malah bersegera.
Hati yang mudah mengeluh,
pasti sukar baginya untuk menerima.Tetapi yakinlah bahawa sungguh Dia Maha Mengetahui...Dia Maha kuasa.Maha Mengatur yang terbaik untuk setiap saat langkah kita.Jika kita kata bahawa adakah keburukan itu adalah ketentuanNya buat kita,fikirkanlah bahwa itu adalah satu bonus untuk kita kembali padaNya.Dia sedang memanggil kita untuk balik pdNya.Menangis padaNya tidak hanya menyalahi takdir namun kesedaran akan anugerah istimewa kita sebagai seorang yang terpilih...
Jagalah kalmmu...benar kata pepatah "kerna mulut badan binasa"..sungguh kerna mulutmu hatimu kotor..fikiranmmu tidak tentu..pastinya hidup dalm kegelapan.Seorang yang beriman itu,hati bersih.Mulutnya diisi dengan kalam yang indah dan bermanfaat.peliharalah dia kerna dia salah satu bukti amlan kita kelak.Pergunakanlah sebaiknya...
ISTIKHARAHLAH...
Sebelumni saya pernah tanya seorang cikgu saya, macammna nak tahu bahawa keputusan yang kita buat itu adalah baik untuk kita? Beliau menjawab amalkan solat istikharah.Solat istikharah bukan sahaja bagi pasangan yang hendak buat pemilihan dalan soal jodoh namun ianya merangkumi daripada semua aspek.Para sahabat juga mengamalkan bagi memudahkan hari2 mereka yang penuh dengan percanggahan hukum sesama sendiri.Dengan istikharah,Allah bantu untuk tingkatkan keyakinan dan keimanan serta kemudahan dalam hidup.Merangkumi semua sama ada dalam peperiksaan, atau apa2 sja.Yakinlah Bahawa Dia Maha Melihat Maha Mengetahui..senyum ^_^
https://www.youtube.com/watch?v=o67uU366nPY&spfreload=10
Sunday, November 16, 2014
Muru atulimra ah..
Bismillah walhamdulillah wassalamu'ala rasulillah amma ba'du,,,
Alhamdulillah,, entree kalini nk ckp tentang 'aku hari ini, aku berubah lagi'
Atau 'muruatulimra ah',,,maruah seorang wanita..
Kat sekolah,ramai budak budak yg seronok bercouple which is very agressive smpai org yg tk di expect untuk bercinta pun terlibt.."diam2 berisi"..Adala pernah tya bbrpa frends,"mcmna boleh tetibe kononnya bercinta ni?" Pastu ada yg mnjwab start yg mesej,ada yg jwb trjmpa 3 kali, ada yg jwb istikhrahla kononya..erm,,alasan! Di mana ada saja alasan yg syaitan selalu reka untuk mmbnrkan apa yg kita buat..kita rasa betul, tapi sbnrnya di sisi Allah,kita tak tahu..Jadi, bab ni kena berhati hati..trutamanya akhwat bukn apa akhwat ni mudah cair dan trmakan dgn kebaikan org, betul tk..tidak dinafikanlah sbb ana pun seorg wanita.cuma kita kena ada prinsiplah dlm mmpercyai seseorg tu.ok..^_^..
Ok now i want to start my adventures...orang kata budak tahfizni semuanya baik2 belska..wallahualm mungkin ya mgkin tak..mungkin ada yg stakat nakal shja.Di sekolah ana,ada seorg budak hafiz ni..ramai org minat sbb suara dia sedap mungkin.ok tak pelah itu rezki dia dan klebihan dia.
Suatu petang, ana tgh rehat tetibe ada msj masuk. Tgok2 kawn adik.oh budah haiz tu.time tu adik kt asrma.jadi,sya mmblas awalnya sbg adik ana yg sorg lagi.adik ana ni kmbar so, deme ni mmg agk famous kt si..s3mua org kenal.lagipun sk kitaorg kecil saja.waktu sembg tu ada bnda yg buatkn si hafiz ni pelik..ayat dia cuma aik? Yeke? Apekah?..ha lbih kurg mcmtu..
Pengakhirnnya ana mengaku bhwa itu ana,ana ni kt sk mmg sush nk berurusn ngan banin kecuali mmg btul2 ad urusn,.bukannk kata diri tu baik sgt tapi nk buat mcmna takut melebihi...sediakn payung sblm hujan ye dak..erm..baiklah,,,budak ni budk spm..dgr kata deme nak pergi smbg luar ngara.Jadi, ana tya tntg plan lps spm dan universiti.dia hya mnjwb slambur..ok takpa..Ada jgak bgi bbrpa tips nk ke sna sbb ana pun ada jugak pernh bljr kt luar ngara tpi skjp sj ,,walaupun skjp tpi bermkna.kmudian ditruskn lgi bbrp soaln dan diakhiri dgn ana sndiri minta diri sbb adanurusn lain nk dibuat.
Ana tidak prnh sberani ni untuk sembg ngan lelaki tetibe haritu ana jadi mcm org lain.esoknya,ana bngun dlm keadaan rsa berslah yg amat.Ana rasa malu yg amat.bukan malu pd dia,malu pd diri sndiri.ana hya mmpu bicara dgn hati shja.anatak mmpu nk ckp ap2 walaupun berjmpa dgn kawan ana.stakat senyum shja sbb ahti sdg merna derita.rindu pd yg esa.kemudian,ana tyakan situasi ini pd shbat ana,"wani,mcmna kalu kita dh tersdr ap yg kita buat itu salah dan ia mlibtkan msjnngan lelaki?" Wani ckp abaikan..dan jgn msj apa2..mmg akan tanggung malu tu..xpe telanja awal2..lama2 dhtak terfikir dh.
Ok takpe..ana cuba untuk tnmkan azam untuk terus berthan.Ana terfikir dan asyik terfikir..ya Allah aku dh calarkn maruah aku sbg muslimah.bukan diri aku tapi agama yg aku bwa sndiri..sNgat tidak menyenangkan..menangis dan menangis menemaniku..hmm..hatiku hya mmpu berbisik ya Allah Engkau bersma ku..Engkau bersmaku..ini pengajaran buatku..aku tak nk ulang dh..malu2 padaMu..terfikir yg dulunya ana sering ajr adik2 u elak dri bnda mcmni,,hrini aku diuji dan teruji..tak mmpu..cukup ad Allah,,,sgat menganggu fikirn dan semak..kalu kome yg tk pernh lalui, try uji diri sndiri..sbnrnya dlm kes ni pun ana try uji diri sndiri sbnrnya sbb nk tgok ana boleh lalui ke tak...yengok negatif..ana byk takut drpd berani dlm bb ni..jadi,berhati2lah kamu,,sungguh hatimu sgt lmbut dan berhati..jika hati itu tosak,maka rosaklah seluruh bdn yg lain..itulH citenye..maruah perempuan ngan laki mmg berbaza tpi persmaanya ialah dua2 perlu dijaga dan dipelihara..hubbullah wahubburrasulillah..allahumma solli'ala muhammad wa'ala alihi muhammad..wallahuam..
Tuesday, November 11, 2014
Sahabat pahit tapi manis....
Bismillah walhamdulillah wassalumu 'ala Rasulillah...
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad...
Alhamdulillah..
sekarang ana tengah musim exam..Agak kalut tapi insyaAllah better than before.Tadi,tengah rehat tgok tv smbil makan, ada cite entree jameela.nnati kalu nak tahu apa rncangan tu mcm mana,boleh search.Banyak manfaatnya terutmannya golongan akhwat.Kalini bab bloggers..tulah tetiba ana terpanggil untuk menjenguk blog ana...ting3..
Kalini nak cakap bab Sahabat pahit tapi manis....
Mungkin sebahagian daripada antum boleh buat kesimpulan daripda tajuk ni.Kisahnya gini,ana ada seorang sahbiah,ween.Dia seorang dri warganegara Thailand.Pandangan dan cara kami faham sesuatu mungkin berbeza.Kadang kalu suatu keputusan dia buat tetapi ana kurang senang,ana hanya diam.Sebab ana rsa mungkin dia ada sebab dan plan sendiri.
Ana selalu cakap ngan diri bhwa setiap orang ada kelemahan dan kekurangan. Dan pula kita sering bersangka dgn pelbagai sangkaan terhadap yang lain. "jangan disangka tenangnya tasik tanpa buaya"..lebih kurangla bunyi peribahsa macmtu.Kami sering diberi tugasan dalam menguruskan sesuatu di sekolah.so, memang tak hairan kalu kami sering bersama.
Tapi,kami juga kadang ada rasa tak selesa atau perlu myendiri.Ha ! dalam bab ni takut sikit sebb soal hati dan attitude.Di mana kalu sahbat yang hati nya tak kuat untuk sabar atau cuba memahami mungkin dia akn marah kwan yg bersikap sedemikian.Macam situasi ana,ween ni antra orang yang agak sibuk sbb dialah ketua asramnya,dialah pimpinan sklahnya dan dialah naib pengerusi krs..Memang sibuk orangnya.Jadi,memang tak hairan kadang dia letih dan inginkan masa bersendiri.
Kalau macam ween ni,kalu dia runsing atau letih,muka dia lain.Jadi,kalu orang tak faham situasi dia mesti terasa.Yang ana mksdkan shabt pahit tapi manis ni ialah, mcm ana sblm ana nak mndlam orang tu atau nk faham,ana kdg selalu trasa dulu ngan org tu tapi sekejap shja sbb ana selalu fikir knp dia jdi macmni..?..Kadang ana tanya orang lain dan kdg ana try slow talk ngan dia..Nak katanya dalam pershabtan jangan mudh judge sbb manusiani sifatnya berbeza2.Mungkin kita rasa dia menyedihkan atau melampau ke apa ke tapi ingat itulah permulaan ujian kita apabila kita suka sgt nak judge orang.
Lagi, biasalah Thai,kdang deme tak fham bhsa kita..try tolong..Sebnarnya best kwan dgn internasioanal ni..cara deme fikir pun beza.Kadang kita pun tak terfikir mcm deme.Ana ada beberapa shbiah yang lain.Yang Thai jugak.Deme ni mmg fun dan tak mcm orang kita."kawan Biar Beribu"..
konklusinya,terimalah sahabt kita seadanya..Cuba fahami dia bukan mengetepikan dia.Cuba kenali dia bukan menganiyai dia.cintai dia bukan sukakan dia sbb kalu suka ni cepat jemu atau hilang tapi kalu cinta insyaallah berkekalan..Yang penting, atas dasar Islam.."innallaha yuhibbul mukhlisin"
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad...
Alhamdulillah..
sekarang ana tengah musim exam..Agak kalut tapi insyaAllah better than before.Tadi,tengah rehat tgok tv smbil makan, ada cite entree jameela.nnati kalu nak tahu apa rncangan tu mcm mana,boleh search.Banyak manfaatnya terutmannya golongan akhwat.Kalini bab bloggers..tulah tetiba ana terpanggil untuk menjenguk blog ana...ting3..
Kalini nak cakap bab Sahabat pahit tapi manis....
Mungkin sebahagian daripada antum boleh buat kesimpulan daripda tajuk ni.Kisahnya gini,ana ada seorang sahbiah,ween.Dia seorang dri warganegara Thailand.Pandangan dan cara kami faham sesuatu mungkin berbeza.Kadang kalu suatu keputusan dia buat tetapi ana kurang senang,ana hanya diam.Sebab ana rsa mungkin dia ada sebab dan plan sendiri.
Ana selalu cakap ngan diri bhwa setiap orang ada kelemahan dan kekurangan. Dan pula kita sering bersangka dgn pelbagai sangkaan terhadap yang lain. "jangan disangka tenangnya tasik tanpa buaya"..lebih kurangla bunyi peribahsa macmtu.Kami sering diberi tugasan dalam menguruskan sesuatu di sekolah.so, memang tak hairan kalu kami sering bersama.
Tapi,kami juga kadang ada rasa tak selesa atau perlu myendiri.Ha ! dalam bab ni takut sikit sebb soal hati dan attitude.Di mana kalu sahbat yang hati nya tak kuat untuk sabar atau cuba memahami mungkin dia akn marah kwan yg bersikap sedemikian.Macam situasi ana,ween ni antra orang yang agak sibuk sbb dialah ketua asramnya,dialah pimpinan sklahnya dan dialah naib pengerusi krs..Memang sibuk orangnya.Jadi,memang tak hairan kadang dia letih dan inginkan masa bersendiri.
Kalau macam ween ni,kalu dia runsing atau letih,muka dia lain.Jadi,kalu orang tak faham situasi dia mesti terasa.Yang ana mksdkan shabt pahit tapi manis ni ialah, mcm ana sblm ana nak mndlam orang tu atau nk faham,ana kdg selalu trasa dulu ngan org tu tapi sekejap shja sbb ana selalu fikir knp dia jdi macmni..?..Kadang ana tanya orang lain dan kdg ana try slow talk ngan dia..Nak katanya dalam pershabtan jangan mudh judge sbb manusiani sifatnya berbeza2.Mungkin kita rasa dia menyedihkan atau melampau ke apa ke tapi ingat itulah permulaan ujian kita apabila kita suka sgt nak judge orang.
Lagi, biasalah Thai,kdang deme tak fham bhsa kita..try tolong..Sebnarnya best kwan dgn internasioanal ni..cara deme fikir pun beza.Kadang kita pun tak terfikir mcm deme.Ana ada beberapa shbiah yang lain.Yang Thai jugak.Deme ni mmg fun dan tak mcm orang kita."kawan Biar Beribu"..
konklusinya,terimalah sahabt kita seadanya..Cuba fahami dia bukan mengetepikan dia.Cuba kenali dia bukan menganiyai dia.cintai dia bukan sukakan dia sbb kalu suka ni cepat jemu atau hilang tapi kalu cinta insyaallah berkekalan..Yang penting, atas dasar Islam.."innallaha yuhibbul mukhlisin"
Tuesday, October 7, 2014
TIDAK HILANG TETAPI TERSEMBUNYI
Seminggu dua ini sememangnya kesabaranku benar-benar diuji. Manakan tidak, tiba-tiba internet connection jadi lembab kalah siput khinzir. Sudahlah banyak kerja yang perlu diselesaikan, laporan, kertas kerja, urusan email dan surat menyurat semuanya memerlukan capaian internet yang pantas. Aku sudah mula rimas. Dalam hati “memuji-muji” adik-adikku yang suka sangat layan cerita korea dan muat turun movie sampai internet di rumah jadi lembab begini.
Tapi hari ini tetiba aku mendapat suatu idea, apa kata aku ubah laptopku supaya lebih dekat dengan modem wifi. Mungkin boleh laju. Aku memulakan percubaanku bagi menguji hipotesis ku. Ternyata hipotesis ku benar. Semakin dekat kau dengan modem, semakin laju line internet. Fikir-fikir balik, memang lah… Dah kenapa la tak buat awal-awal. Tampar dahi.
Talian Allah Percuma,Tak Meminta Dibayar.
Aku fikir dan berfikir. Jika sambungan internet yang lembab boleh buatkan terjejas segala kerja-kerja, boleh pula kita berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan akses internet yang laju supaya selesai tugasan-tugasan kita. Kalau di kampus atau di mana-mana yang ada wifi, boleh pula kita bergerak ke sini ke sana semata-mata untuk mencari posisi yang terbaik, yang dapat mengakses internet dengan pantas. Tetapi ada tak kita sedar, jarak yang jauh antara kita dengan Tuhan sebenarnya sedang menjejaskan “kerja-kerja dan tugasan-tugasan” kita sebagai insan? Sebagai hamba Allah?
Termenung sebentar. Allah.
Jiwa yang tidak tenteram, hidup terasa seakan tidak terurus. Resah dan gelisah terasa, semuanya tidak kena.
Lihat berapa ramai yang hidup kaya raya, wang berjuta billion trillion zillion, tetapi kehidupannya tidak bahagia.
Lihat berapa ramai yang memiliki pangkat, kuasa dan nama, tetapi akhirnya hidup dalam kemurungan kerana tidak menemukan ketenangan.
Lihat berapa ramai yang merangkul segulung ijazah kehormat, beroleh pangkat professor dan doktor, tetapi tidak mampu menjadikan pencapaian itu jaminan kebahagiaan, malah hidup semakin tertekan.
Lantas segala kejayaan dan kegemilangan yang dicapai, pada hakikatnya menjadi sia-sia.
Ini kerana kita tidak berusaha mencari Dia dan mendekati Dia sedangkan Allah telah menyediakan buat kita talian sepanjang hayat percuma tidak dibayar dua puluh empat jam sehari semalam tanpa gangguan komunikasi baik tika ribut taufan mahupun kemarau yang berpanjangan. Ia percuma, tanpa perantara terus kepada-Nya, ia terlalu hebat! Tetapi kenapa tidak kita menggunakan peluang yang Allah beri itu? Alangkah ruginya kita.
Kita tidak mendekati titik kekuatan dan punca kuasa yang sepatutnya. Allah adalah penjana kekuatan kita. Pada-Nya ada kekuatan yang kita cari. Kian jauh, kian lemah lah kita. Ibarat line internet sebentar tadi, semakin jauh, semakin lemah akses, dan akhirnya hilang. Kita tidak mahu hilang akses kepada Allah. Hilangnya kebergantungan kepada Allah menyebabkan manusia terkontang-kanting hilang pegangan dan arah tuju. Walaupun mereka mendapat segala yang mereka mahu, tetapi hidup mereka kosong dari matlamat. Setelah memperoleh segalanya mereka tetap tidak akan puas kerana mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya iaitu ketenangan dan rahmat Allah. Mereka yang tidak mengenali Allah mencari hiburan yang melalaikan, dadah yang merosakkan, kecantikan yang mengaibkan (tidak menutup aurat) dengan harapan dapat berolehlah ketenangan yang dicari namun tidak. Mereka tidak mendapatnya. Dari manakah datangnya ketenangan dan kekuatan itu kalau bukan dengan mendekati Allah? Bagi mereka yang sedar, bermulalah sebuah pencarian akan sumber kekuatan yang hilang.
Kembali Merapati, Allah Sentiasa Menanti
Ingin kembali merapati, mulakanlah semula dengan solat. Ya solat. Kerana solat adalah penentu hubungan kita dengan Allah. Saat kita rukuk dan sujud, kita merasa akrab dengan-Nya, saat kita menadah tangan berdoa, kita yakin hanya Dia yang mendengar rintihan dan permintaan kita.
Solat adalah medium penyucian diri dan hati. Solat juga ada sumber kekuatan kita menempuh ranjau kehidupan. Bagi orang-orang yang beriman, solat adalah suatu kerehatan. Ketika solat, kekhusyukan yang hadir memisahkan diri daripada kekusutan fikiran. Seolah-olah masalah tidak pernah wujud kerana ketika solat, dunia terpisah dari hati. Yang ada hanya Ilahi. Selama ini dunia inilah yang banyak mendatangkan masalah kepada kita, lalu dijadikan solat itu sebagai suatu pemisah dan kerehatan agar manusia dapat melupakan dunia dan kembali bertenang bagi menstabilkan emosi serta hanyut dalam dakapan Ilahi.
Orang yang menjaga solatnya, akan terurus kehidupannya. Sebagaimana dia menguruskan waktu solatnya, maka Allah akan mempermudahkan dirinya mengatur jadual hidupnya. Jika dia seorang yang sentiasa menjaga solat di awal waktu, maka dia akan menjadi orang yang menepati masa dan tidak suka bersikap bertangguh-tangguh. Sekiranya dia mampu mendisiplinkan ibadah solatnya, nescaya ibadah-ibadah lain pasti akan terlaksana dengan mudahnya. Lalu kita tertanya-tanya, mengapa ada orang yang menunaikan solat, tetapi masih bersikap buruk dan gagal menampilkan qudwah yang baik? Maka kita kembali kepada tujuan solat itu sendiri. Adakah dia solat kerana dia sudah biasa bersolat lantas solatnya seolah-olah menjadi seperti adat sahaja? Atau dia solat kerana mahu menjaga namanya di sisi manusia agar terlihat baik senantiasa? Banyak kemungkinannya yang pasti hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Tiada manusia yang sempurna.
Oleh kerana itu, jika mahu berubah, mulakanlah dengan solat. Itu kunci segalanya. Jika tidak tahu, belajarlah jangan malu. Jika malas, lawan perasaan itu hingga syaitan dan nafsu tewas. Walaupun kadang-kadang tak berjaya, sekurangnya pahala kerana mencuba itu ada. Allah Maha Baik, tidak mensia-siakan usaha hamba-Nya.
Solat membersihkan hati dari dosa seperti air membersihkan jasad dari noda. Bayangkan 5 kali kita mandi setiap hari, adakah mungkin badan akan berbau busuk lagi? Tidak. Kecuali kita yang berhenti melaksanakannya. Jadi, jangan berhenti.
Penutup: Mencari Titik Kuasa, Punca Kekuatan
Tidak perlu memandang jauh, ia berada dalam diri. Hati. Letaknya Allah dalam hati, umpama bateri yang menggerakkan alat. Tanpa bateri, alat tiada fungsi. Bezanya, Allah tidak akan mati. Dia hidup selamanya. Dalam hati kita, Dia lah sumber kekuatan untuk kita terus bergerak. Adakala kita terlalu mengharap petanda yang jauh untuk meyakinkan kita pada kekuasaan Allah, dicarinya keajaiban-keajaiban seperti lakaran nama Allah pada awan di langit, atau pada buah yang dibelah, malah pada kulit haiwan yang ditawan. Itu semua terlalu mudah bagi Allah. Sebaliknya yang harus kita renungi adalah penciptaan jasad kita sendiri. Ia terlalu dekat! Lihat jantung yang berdegup, darah yang mengalir. Urat yang tersusun cantik pada otot yang membaluti daging. Lapisan demi lapisan kulit yang melindungi badan, adakah itu semua tidak cukup hebat dan ajaib bagi meyakinkan kita bahawa Allah itu ada dan Maha Berkuasa atas segalanya?
Renungi diri sendiri. Orang yang tidak mengenal dirinya, tidak akan mengenal Rabbnya. Kerana pada diri, ada bukti kewujudan dan kekuasaan Allah pada mereka yang berfikir. Mencari titik kuasa, punca kekuatan, ia ada di sini. Dalam hati, dalam diri. Ia sebenarnya tidak hilang, cuma tersembunyi, menanti untuk ditemui.
Tapi hari ini tetiba aku mendapat suatu idea, apa kata aku ubah laptopku supaya lebih dekat dengan modem wifi. Mungkin boleh laju. Aku memulakan percubaanku bagi menguji hipotesis ku. Ternyata hipotesis ku benar. Semakin dekat kau dengan modem, semakin laju line internet. Fikir-fikir balik, memang lah… Dah kenapa la tak buat awal-awal. Tampar dahi.
Talian Allah Percuma,Tak Meminta Dibayar.
Aku fikir dan berfikir. Jika sambungan internet yang lembab boleh buatkan terjejas segala kerja-kerja, boleh pula kita berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan akses internet yang laju supaya selesai tugasan-tugasan kita. Kalau di kampus atau di mana-mana yang ada wifi, boleh pula kita bergerak ke sini ke sana semata-mata untuk mencari posisi yang terbaik, yang dapat mengakses internet dengan pantas. Tetapi ada tak kita sedar, jarak yang jauh antara kita dengan Tuhan sebenarnya sedang menjejaskan “kerja-kerja dan tugasan-tugasan” kita sebagai insan? Sebagai hamba Allah?
Termenung sebentar. Allah.
Jiwa yang tidak tenteram, hidup terasa seakan tidak terurus. Resah dan gelisah terasa, semuanya tidak kena.
Lihat berapa ramai yang hidup kaya raya, wang berjuta billion trillion zillion, tetapi kehidupannya tidak bahagia.
Lihat berapa ramai yang memiliki pangkat, kuasa dan nama, tetapi akhirnya hidup dalam kemurungan kerana tidak menemukan ketenangan.
Lihat berapa ramai yang merangkul segulung ijazah kehormat, beroleh pangkat professor dan doktor, tetapi tidak mampu menjadikan pencapaian itu jaminan kebahagiaan, malah hidup semakin tertekan.
Lantas segala kejayaan dan kegemilangan yang dicapai, pada hakikatnya menjadi sia-sia.
Ini kerana kita tidak berusaha mencari Dia dan mendekati Dia sedangkan Allah telah menyediakan buat kita talian sepanjang hayat percuma tidak dibayar dua puluh empat jam sehari semalam tanpa gangguan komunikasi baik tika ribut taufan mahupun kemarau yang berpanjangan. Ia percuma, tanpa perantara terus kepada-Nya, ia terlalu hebat! Tetapi kenapa tidak kita menggunakan peluang yang Allah beri itu? Alangkah ruginya kita.
Kita tidak mendekati titik kekuatan dan punca kuasa yang sepatutnya. Allah adalah penjana kekuatan kita. Pada-Nya ada kekuatan yang kita cari. Kian jauh, kian lemah lah kita. Ibarat line internet sebentar tadi, semakin jauh, semakin lemah akses, dan akhirnya hilang. Kita tidak mahu hilang akses kepada Allah. Hilangnya kebergantungan kepada Allah menyebabkan manusia terkontang-kanting hilang pegangan dan arah tuju. Walaupun mereka mendapat segala yang mereka mahu, tetapi hidup mereka kosong dari matlamat. Setelah memperoleh segalanya mereka tetap tidak akan puas kerana mereka tidak mendapat apa yang sepatutnya iaitu ketenangan dan rahmat Allah. Mereka yang tidak mengenali Allah mencari hiburan yang melalaikan, dadah yang merosakkan, kecantikan yang mengaibkan (tidak menutup aurat) dengan harapan dapat berolehlah ketenangan yang dicari namun tidak. Mereka tidak mendapatnya. Dari manakah datangnya ketenangan dan kekuatan itu kalau bukan dengan mendekati Allah? Bagi mereka yang sedar, bermulalah sebuah pencarian akan sumber kekuatan yang hilang.
Kembali Merapati, Allah Sentiasa Menanti
Ingin kembali merapati, mulakanlah semula dengan solat. Ya solat. Kerana solat adalah penentu hubungan kita dengan Allah. Saat kita rukuk dan sujud, kita merasa akrab dengan-Nya, saat kita menadah tangan berdoa, kita yakin hanya Dia yang mendengar rintihan dan permintaan kita.
Solat adalah medium penyucian diri dan hati. Solat juga ada sumber kekuatan kita menempuh ranjau kehidupan. Bagi orang-orang yang beriman, solat adalah suatu kerehatan. Ketika solat, kekhusyukan yang hadir memisahkan diri daripada kekusutan fikiran. Seolah-olah masalah tidak pernah wujud kerana ketika solat, dunia terpisah dari hati. Yang ada hanya Ilahi. Selama ini dunia inilah yang banyak mendatangkan masalah kepada kita, lalu dijadikan solat itu sebagai suatu pemisah dan kerehatan agar manusia dapat melupakan dunia dan kembali bertenang bagi menstabilkan emosi serta hanyut dalam dakapan Ilahi.
Orang yang menjaga solatnya, akan terurus kehidupannya. Sebagaimana dia menguruskan waktu solatnya, maka Allah akan mempermudahkan dirinya mengatur jadual hidupnya. Jika dia seorang yang sentiasa menjaga solat di awal waktu, maka dia akan menjadi orang yang menepati masa dan tidak suka bersikap bertangguh-tangguh. Sekiranya dia mampu mendisiplinkan ibadah solatnya, nescaya ibadah-ibadah lain pasti akan terlaksana dengan mudahnya. Lalu kita tertanya-tanya, mengapa ada orang yang menunaikan solat, tetapi masih bersikap buruk dan gagal menampilkan qudwah yang baik? Maka kita kembali kepada tujuan solat itu sendiri. Adakah dia solat kerana dia sudah biasa bersolat lantas solatnya seolah-olah menjadi seperti adat sahaja? Atau dia solat kerana mahu menjaga namanya di sisi manusia agar terlihat baik senantiasa? Banyak kemungkinannya yang pasti hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Tiada manusia yang sempurna.
Oleh kerana itu, jika mahu berubah, mulakanlah dengan solat. Itu kunci segalanya. Jika tidak tahu, belajarlah jangan malu. Jika malas, lawan perasaan itu hingga syaitan dan nafsu tewas. Walaupun kadang-kadang tak berjaya, sekurangnya pahala kerana mencuba itu ada. Allah Maha Baik, tidak mensia-siakan usaha hamba-Nya.
Solat membersihkan hati dari dosa seperti air membersihkan jasad dari noda. Bayangkan 5 kali kita mandi setiap hari, adakah mungkin badan akan berbau busuk lagi? Tidak. Kecuali kita yang berhenti melaksanakannya. Jadi, jangan berhenti.
Penutup: Mencari Titik Kuasa, Punca Kekuatan
Tidak perlu memandang jauh, ia berada dalam diri. Hati. Letaknya Allah dalam hati, umpama bateri yang menggerakkan alat. Tanpa bateri, alat tiada fungsi. Bezanya, Allah tidak akan mati. Dia hidup selamanya. Dalam hati kita, Dia lah sumber kekuatan untuk kita terus bergerak. Adakala kita terlalu mengharap petanda yang jauh untuk meyakinkan kita pada kekuasaan Allah, dicarinya keajaiban-keajaiban seperti lakaran nama Allah pada awan di langit, atau pada buah yang dibelah, malah pada kulit haiwan yang ditawan. Itu semua terlalu mudah bagi Allah. Sebaliknya yang harus kita renungi adalah penciptaan jasad kita sendiri. Ia terlalu dekat! Lihat jantung yang berdegup, darah yang mengalir. Urat yang tersusun cantik pada otot yang membaluti daging. Lapisan demi lapisan kulit yang melindungi badan, adakah itu semua tidak cukup hebat dan ajaib bagi meyakinkan kita bahawa Allah itu ada dan Maha Berkuasa atas segalanya?
Renungi diri sendiri. Orang yang tidak mengenal dirinya, tidak akan mengenal Rabbnya. Kerana pada diri, ada bukti kewujudan dan kekuasaan Allah pada mereka yang berfikir. Mencari titik kuasa, punca kekuatan, ia ada di sini. Dalam hati, dalam diri. Ia sebenarnya tidak hilang, cuma tersembunyi, menanti untuk ditemui.
Tuesday, September 30, 2014
Bicaranya....senyum ^_^
Mampukah Kita Menjadi Wanita Solehah Seperti Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama)
Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama) ialah isteri
Rasulullah s.a.w, wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya.
Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam
melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Nama penuhnya ialah Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah. Tarikh
lahir beliau, ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun
68 sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas
tahun. Tahun Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan.
Usia nabi Muhammad s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah
25 tahun, manakala usia Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun. Siti
Khadijah sebagai Ummul Mu’minin pertama mempunyai keistimewaan
tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-isteri nabi yang lain.
Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali. Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara orang-orang yang ternama di Makkah. Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai. Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah. Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w yang mulia itu selama 24 tahun.
Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya. Siti Khadijah r.a telah melahirkan 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung pelbagai penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam penyeruannya kepada Islam.
Dia juga telah merasakan bersama-sama Rasulullah kepiluan maut ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya yang bernama Qasim dan Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kaltsum, Fatimah RadhiAllahu anhunna. Di dalam sejarah Islam Siti Khadijah r.a dikira orang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain yang dihadapi oleh rasulullah s.a.w. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan Siti Khadijah.
Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin. Nama Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa menyebut-nyebut Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa cemburu pada Siti Aisyah r.a. Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu.
Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong Siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.
Gambar Peninggalan Tempat Tinggal Rasulullah s.a.w bersama Siti Khadijah r.a |
Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda. Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.
Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)
Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
Moga-moga Allah akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meredhainya. Amin Ya Allah...
Dapatkah ku didik jiwa ini seperti Siti Khadijah...
Isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan
dilanda wahyu pertama?
Isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan
dilanda wahyu pertama?
Ketika segalanya meminggir,
Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir.
Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir.
Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami…
kerana dia dan suami adalah satu.
kerana dia dan suami adalah satu.
Satu hati menegakkan kalimah yang satu dilautan berhala yang beribu!
Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah.
Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap Jahiliyah.
Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak…
dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca.
Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah.
Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati
oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj.
oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj.
Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah...
Nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.
Ketika hidupnya, ketika pemergiannya,
Rasul mengenangnya.
Rasul mengenangnya.
Tatkala ada hidangan yang hendak dijamukan,
sering Rasul berpesan…
kirimkan kepada kawan-kawan Siti Khadijah.
Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’
ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliyah.
Siapa pula yang menahan kesukaran
untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah?
Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Siti Khadijah...Monday, August 18, 2014
HADITH DIRAYAH DAN RIWAYAT..
Bismillah walhamdulillah..
Sekadar perkongsian bersama.
HADITH RIWAYAT??
"Hadith riwayat ialah suatu pengetahuan yang disanadkan kpd Nabi Muhammad saw secara khusus smada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku."
HADITH DIRAYAH??
"Suatu pengetahuan untuk mengetahui sanad atau matan samada diterima atau ditolak yang berhubung kait dengannya"
Sekadar perkongsian bersama.
HADITH RIWAYAT??
"Hadith riwayat ialah suatu pengetahuan yang disanadkan kpd Nabi Muhammad saw secara khusus smada perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku."
HADITH DIRAYAH??
"Suatu pengetahuan untuk mengetahui sanad atau matan samada diterima atau ditolak yang berhubung kait dengannya"
Friday, August 15, 2014
salahkah aku menzalimi diriku?
Bismillahirrahmanirrahim....
Salahkah aku menzalimi dirku sendiri? kenapa saya tulis tajuk m,ecamtu? Jawapannya orang yang tak pergi sekolah pun boleh jawab..Memang SALAH!!!..Baiklah,pasti ramai yang tertanya2 apa pointnya yang sebenar.
APAKAH ITU ZALIM?
Mengikut bahasa skemanya ialah meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya... Fitrah manusia ni bersih, jika buat dosa, maka dia meletakkan diri dia pada tempat yang salah.
Khamis yang lalu,usrah saya ada buat pertemuan mingguan seperti biasa.Nak katanya tajuk yang dibahaskan salah satunya adalah bab zalim.Antara perkara yang still terngiang2 adalah mak liqo saya cakap bahawa jika kita buat dosa atau satu kesalhan itu sedang kita tahu bahawa itu suatu larangan,maka kita dianggap sebagaia seorang penzalim kpd diri sendiri.
Bagi sesiapa yang mungkin ada masalah hati,dia akan menggap bab ini x ada kena mengena dengan dirinya sebab merasakn dia tidak pernah buat dosa.Maslah tu sebenarnya.Orang yang ada prangsangka macam itu yang bermaslah sebanarnya.
Mari sama2 kita muhasabah diri,meletakkan diri kita di tempat paling bawah.Apakah amalan harian ku ini dapat membawa aku menuju syurgaNya? Apakah amalan ku ini diterima oleh Allah ataupun sebaliknya? Apakah aku buat sesuatu itu kerana ingin mendapat keredhaanNya atau pujian manusia semata2? Pernahkah persoaln2 sebegi lancar di mulut kita?Atau tidak pernah bermain di fikiran kita.
Seorang muslim itu,hariannya dipenuhi dengan penyesalan dosa dan muhasbah diri dengan memperbaiki diri.Melihatkan suasana di luar yang mungkin mempengaruhi diri kita yang lemah ,itu sangat berbahya dan diperlukan penolong di sisi.Benar bukan, kita mudah terpengaruh dengan hal2 di sekeliling? Itu antara perkara yang paling saya takut.
Mak liqo saya pesan ^_^ ..itulah Allah suruh kita banyakkan baca " Subhanaka inni kuntu minzzholimin"...Bila kita nak jadi seorang yang lebih baik,jangan setakat di mulut itu yang pertama.Yang kedua,jangan setakat melakukan satu benda hingga ke akhirnya.Tambah lagi dan tambah.Jangan putus asa.Seterusnya,jika nak buat suatu kebajikan itu,jangan tangguh2,Terus bangun dan buat sambil tersenyum.Itu akan menghdirkan hati dan dmai dalam hati.
Kemudian,jangan sesekali kita rasa kita yang paling pandai.Biarlah orang nak cakap kita apa sekalipun termasuk mghina kita dgn kegagalan kita.Mereka tak layak untuk menilai siapa kita.Termasuk mengetahui samada kegagalann itu yg menemani kita hingga akirnya.Jangan hiasi kita dengan pakaian yang megah ataupun cantik tapi hiasi diri dengan ilmu dan akhlak yang baik.
Jangan pernah jemu untuk mengkaji dan bertanya kerana itu yang mengajar kita untuk langkah seterusnya.'pengalaman itu mendewasakan'..Banyak pengalaman yang diukir,banyak lagi ilmu yang kita akan pelajari.
Biar kita ada seorang kawan daripada seribu kawan tapi menjauhkan kita daripada syurga.Biar kita dimarahi senantiasa drpd menipu untuk mengelak suatu perkara.
Baiklah,mnta maaf sgala bahasa yang diguna mungkin ada yang tak kena.Jika penulisan saya kurang memuaskan dan tersilap lgkah,mohon bantuan..boleh bincang bersma di Wardatulzikr@gmail.com atau FB:Awatif bintu yusoff..syukran jazilan...^_^..senyum..wallahualam..akhir kalam dgn aslmkm wbt..
Salahkah aku menzalimi dirku sendiri? kenapa saya tulis tajuk m,ecamtu? Jawapannya orang yang tak pergi sekolah pun boleh jawab..Memang SALAH!!!..Baiklah,pasti ramai yang tertanya2 apa pointnya yang sebenar.
APAKAH ITU ZALIM?
Mengikut bahasa skemanya ialah meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya... Fitrah manusia ni bersih, jika buat dosa, maka dia meletakkan diri dia pada tempat yang salah.
Khamis yang lalu,usrah saya ada buat pertemuan mingguan seperti biasa.Nak katanya tajuk yang dibahaskan salah satunya adalah bab zalim.Antara perkara yang still terngiang2 adalah mak liqo saya cakap bahawa jika kita buat dosa atau satu kesalhan itu sedang kita tahu bahawa itu suatu larangan,maka kita dianggap sebagaia seorang penzalim kpd diri sendiri.
Bagi sesiapa yang mungkin ada masalah hati,dia akan menggap bab ini x ada kena mengena dengan dirinya sebab merasakn dia tidak pernah buat dosa.Maslah tu sebenarnya.Orang yang ada prangsangka macam itu yang bermaslah sebanarnya.
Mari sama2 kita muhasabah diri,meletakkan diri kita di tempat paling bawah.Apakah amalan harian ku ini dapat membawa aku menuju syurgaNya? Apakah amalan ku ini diterima oleh Allah ataupun sebaliknya? Apakah aku buat sesuatu itu kerana ingin mendapat keredhaanNya atau pujian manusia semata2? Pernahkah persoaln2 sebegi lancar di mulut kita?Atau tidak pernah bermain di fikiran kita.
Seorang muslim itu,hariannya dipenuhi dengan penyesalan dosa dan muhasbah diri dengan memperbaiki diri.Melihatkan suasana di luar yang mungkin mempengaruhi diri kita yang lemah ,itu sangat berbahya dan diperlukan penolong di sisi.Benar bukan, kita mudah terpengaruh dengan hal2 di sekeliling? Itu antara perkara yang paling saya takut.
Mak liqo saya pesan ^_^ ..itulah Allah suruh kita banyakkan baca " Subhanaka inni kuntu minzzholimin"...Bila kita nak jadi seorang yang lebih baik,jangan setakat di mulut itu yang pertama.Yang kedua,jangan setakat melakukan satu benda hingga ke akhirnya.Tambah lagi dan tambah.Jangan putus asa.Seterusnya,jika nak buat suatu kebajikan itu,jangan tangguh2,Terus bangun dan buat sambil tersenyum.Itu akan menghdirkan hati dan dmai dalam hati.
Kemudian,jangan sesekali kita rasa kita yang paling pandai.Biarlah orang nak cakap kita apa sekalipun termasuk mghina kita dgn kegagalan kita.Mereka tak layak untuk menilai siapa kita.Termasuk mengetahui samada kegagalann itu yg menemani kita hingga akirnya.Jangan hiasi kita dengan pakaian yang megah ataupun cantik tapi hiasi diri dengan ilmu dan akhlak yang baik.
Jangan pernah jemu untuk mengkaji dan bertanya kerana itu yang mengajar kita untuk langkah seterusnya.'pengalaman itu mendewasakan'..Banyak pengalaman yang diukir,banyak lagi ilmu yang kita akan pelajari.
Biar kita ada seorang kawan daripada seribu kawan tapi menjauhkan kita daripada syurga.Biar kita dimarahi senantiasa drpd menipu untuk mengelak suatu perkara.
Baiklah,mnta maaf sgala bahasa yang diguna mungkin ada yang tak kena.Jika penulisan saya kurang memuaskan dan tersilap lgkah,mohon bantuan..boleh bincang bersma di Wardatulzikr@gmail.com atau FB:Awatif bintu yusoff..syukran jazilan...^_^..senyum..wallahualam..akhir kalam dgn aslmkm wbt..
Monday, August 4, 2014
‘SIXTH SENSE’ ANUGERAH ATAU MUSIBAH?
Sixth sense bisa juga
peka terhadap mimpi, tapi kebanyakan jarang menyadari dan menganggap
mimpi itu hanya bunga tidur. Jika kita telaah lebih dalam, selalu ada
arti dibalik tabir mimpi, walaupun pada dasarnya tidak semua mimpi bisa
diartikan, dan tidak semua orang memiliki kepekaan melalui mimpi. Hal
ini bisa kita lihat ketika negeri yang didiami Nabi Yusuf a.s dilanda
kekeringan yang sebelumnya ditafsirkan melalui mimpi.
Selain itu indera ke
enam bisa juga hanya peka terhadap bahasa tubuh dan lebih cenderung
dapat membaca pikiran atau hati orang yang sedang ada dihadapannya.
Membaca melalui gerak bibir, mata, cara berjalan, cara berfikir. Dalam
ilmu Psikologi hal seperti ini sering disebut ‘Biopsikologi atau
Psikobiologi. Sixth sense yang seperti ini bisa datang dengan
sendirinya, tetapi juga bisa dipelajari. Semakin sering kita
berinteraksi dengan banyak orang dengan berbagai tingkah laku dan
karakter, semakin mudah kita mengembangkan naluri kepekaan kita terhadap
karakter seseorang.
Biasanya sixth sense
ada pada diri kita karena datang dengan sendirinya, faktor keturunan,
ada juga yang memang dengan sengaja mempelajari. Indera ke enam yang
datang secara alami cenderung menggunakan mata hati dan fikirannya,
melalui telepati melihat hal-hal yang tidak nampak dihadapan kita.
Melihat dengan menggunakan indera ke enam sama seperti kita melihat
kejadian kehidupan dalam dunia nyata, hanya dengan wujud yang berbeda.
Jadi jika kita
bijaksana memanfaatkan ‘kelebihan kita’ untuk tujuan baik, tidak
digunakan untuk hal-hal negatif, indera ke enam atau sixth sense
bukanlah musibah yang harus dihilangkan, tetapi sebagai kelebihan yang
patut disyukuri sebagai sarana kita untuk lebih waspada dan mengetahui
bahwa di dunia ini kita tidak sendiri, ada yang lain yang juga hidup
berdampingan dengan kita. Bukankah dalam Al Qur’an juga disebutkan bahwa
sebelum manusia Allah telah menciptakan makhluk lain.
Memiliki indera ke
enam bukan sesuatu yang harus disesali ataupun di banggakan. Karena
Allah tidak semata-mata memberikan kelebihan kepada kita jika tidak ada
tujuannya. Jika kita memang memiliki indera ke enam atau sixth sense,
mengartikannya tidak lebih dari anugerah kita untuk bisa membawa
kebaikan kepada orang-orang disekeliling kita, membawa manfaat dan
menjadikan orang-orang yang berinteraksi dengan kita untuk mengagumi
kebesaran Allah, meyakini bahwa tiada hal yang mustahil bagi Allah.
(Yukawira)
Sunday, July 6, 2014
Cara menajamkan pemikiran/akal
- Makan Kismis 21 biji setiap hari beserta adab (Berselawat).
- Selalu bersugi; (a) menguatkan ingatan
(b) mengukuhkan hafalan
(c) menerangkan mata
(d) fasih bercakap
3. Selalu membaca al-Quran.
4. Memperbanyakkan berselawat
5. Kurangkan makan;
- boleh memelihara kesihatan
- membersihkan jiwa
-menanam sifat atau sikap mengutamakan orang lain
6. Amalkan memakan kurma dan madu.
7. Mengambil pemakanan moden untuk otak seperti B kompleks.
8. Mengamalkan memakan ikan kerana ia mempunyai banyak protein.
- dapat menguatkan ingatan dan menajamkan akal.
9. Berpuasa;
- Melembutkan hati
- Melemahkan Nafsu syawat
- Agar senantiasa mengingati akan azab Allah.
- Menyucikan hati
- Mengelakan rasa cepat mengantuk
- Memudahkan untuk bangun malam
- Menyehatkan badan dan otak
- Menjimatkan wang
10. Elakkan memakan makanan yang menumpulkan akal
-cth: Jeruk,Minuman Bergas, Makanan Ringan,dan lain-lain.
11. Elakkan berfikiran negatif terhadap kemampuan diri sendiri.
12. Elakkan berfikir perkara-perkara maksiat dan melihat maksiat.
13. Berfikiran positif, banyakkan berbincang dan membaca.
Thursday, July 3, 2014
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Friday, June 13, 2014
~ CARA CARA MEMIMPIN HATI ~
Hati
mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan
hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan
lahirnya. Di antara cara-cara memimpin hati ialah:
Pertama:
Ada
ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati
yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya,
sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk
ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat
dikesan untuk disuburkan.
Kedua:
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
a. Mujahadatunnafsi
b. Istiqamah
c. Tafakur
d. Bergaul dengan orang yang baik-baik
e. Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menem-puh tiga peringkat iaitu:
1. Takhalli – mengosongkan, membuang atau menyu-cikan daripada sifat-sifat yang keji.
2. Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3. Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.
Pada
ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan
yang dinamakan riadatunnafsi( Yakni latihan melawan atau memerangi
semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu.
Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat
yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. TAKHALLI
Di
peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa
terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan
dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci,
memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita,
selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan
kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau.” (Riwayat Al Baihaqi)
Kerana
kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan
untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah
dengan firman-Nya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang
mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah
berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23)
Apabila
nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada
tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah,
Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu
usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan.
Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada
Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan
peperangan:“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil
untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya:
“Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan
hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar
jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya
sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir
bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi
sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif).
Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh,
kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.
Untuk
lebih jelas, disenaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia.
Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat, begitu juga nafsu.
Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu
yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu manusia itu
benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan mengikut aturan tingkatannya:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah
Orang
yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada di taraf yang kedua
iaitu nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga ia
mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima, nafsu
mutmainnah. Nafsu mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di
peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada
seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya: “Hai
jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan
hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah
hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)
Di
sini diperpanjangkan lagi, bagaimana mahu membersihkan sifat-sifat
mazmumah yang melekat pada hati itu. Sifat-sifat mazmumah yang melekat
pada hati sepertilah daki yang melekat di badan. Kalau kita malas
menggosoknya, akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan.
Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan
bersihlah badan. Begitulah mazmumah (daki) hati. Jika kita rajin
meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hati itu, malah ia
bercahaya.
Bagaimanakah
cara membuang sifat-sifat mazmumah dari hati? Tentulah tidak sesenang
membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh,
didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru
mursyid. Yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya
sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu.
Malangnya di akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid. Ini dinyatakan
sendiri oleh baginda Rasulullah bahawa di akhir zaman yang banyak
adalah mubaligh tetapi sukar mencari guru mursyid.
Nasib
kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu
kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah
kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk
membersihkan jiwanya, dia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang
yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri
demi kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu.
Untuk jelasnya dibuat beberapa contoh, cara membersihkan hati yang jahat ini:
Contoh 1: Rasa Bakhil
Biasanya
nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan
dibenci oleh Allah. Kerana Allah mahu kita jadi pemurah. Dalam sebuah
Hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Si pemurah yang jahil lebih dicintai
Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al Khatib)
Oleh
itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah hati memberi atau
menderma selalu, terutamanya waktu rasa bakhil itu menguasai diri. Yang
paling baik, waktu duit tinggal sedikit, waktu itulah kita latih
berkorban kerana waktu itulah nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu
yang sebaik-baiknya untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya,
fungsi menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan
itu sekadar dapat pahala.
Katakanlah
kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil. Kita pun tahu bahawa
Allah tidak suka pada orang yang bakhil. Kerana itu kita berazam untuk
mengikis sifat yang terkutuk itu. Maka kita perlu cuba membiasakan dan
membanyakkan sedekah, memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa
pemberian hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur
dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita. Sebagai pendorongnya, kita
hendaklah selalu membaca firman-firman Allah dan Hadis-Hadis yang banyak
menganjurkan kita berkorban. Di sini dipetik beberapa ayat Al Quran dan
Hadis untuk menunjukkan Allah dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat
pemurah itu.
Firman Allah SWT: “Berimanlah
kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu
yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang
beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari hartamu,
memperolehi pahala yang besar.” (Al Hadid: 7)
Firman Allah SWT: “Siapakah
yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan
melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan
memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Bersabda Rasulullah SAW: “Orang
yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti
berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan
seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari)
Sebenarnya
sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta bahkan orang
miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit ini. Kerana itu dalam
Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi
boleh juga dilakukan dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat
mendidik akhlak mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang
miskin mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah.
Allah
SWT berfirman: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263)
Rasulullah
SAW pernah memberikan garis-garis panduan berikut dalam satu riwayat
Hadisnya: “Segala perbuatan yang baik itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dan
Bukhari dari Jabir)
Sabda Rasulullah SAW: “Senyuman kepada saudaramu itu adalah sedekah.”(Mashabi Assunah)
Lagi Sabda Baginda: “Aku
khabarkan kepadamu, yang lebih tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan
sedekah. “Khabarkanlah,” kata Sahabat-Sahabat. “Mendamaikan dua
golongan yang bergaduh itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dari Abi Dardak)
Dengan
menggunakan panduan-panduan di atas, orang yang menyedari ada padanya
sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri untuk mengubatnya. Bila ada
saja peluang untuk sedekah dan sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja.
Paksalah hati untuk mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan
kepada orang lain dengan bermacam-macam cara itu.
Di
waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu itulah
perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang disayangi itu dengan
segera dan sebanyak-banyaknya. Latihan ini akan jadi lebih berkesan
kalau kita sanggup mengeluarkan harta itu semasa kita sendiri
kekurangan. Katakanlah kita didatangi oleh peminta derma di waktu kita
hanya ada RM5 di poket. Waktu itu, paksakan hati supaya mengeluarkan
separuh yang ada. Tentulah hati rasa berat tetapi keluarkanlah juga.
Insya-Allah, kalau ini dibuat dan sanggup kita buat selalu, kita akan
jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap terus dari hati
kita. Katakanlah kita ada duit RM10,000 tetapi yang kita dermakan hanya
RM10 sahaja, tentu tidak akan berkesan apa-apa di hati kita. Di waktu
duit sedikit, rasa bakhil sangat kuat maka waktu itu kita akan rasa
berat untuk menderma. Ketika itulah kita perlu lawan sifat bakhil itu.
Itulah yang dikatakan latihan. Itulah caranya untuk suburkan sifat-sifat
pemurah.
Contoh 2: Sifat Takabur
Sifat
takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera.
Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin
dibuat oleh seseorang itu. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau
sombong ini. Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali ada
berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang
semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan
latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali
keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun
kita perlu berusaha untuk mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah
diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan
kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau
pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu
di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut
bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan
masakan berbunyi.”
Kalau
kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita
meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia
akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan
sifat sombong atau takabur itu.
Latihan
yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama
dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang
susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita
dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring
bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego
kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita
merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita.
Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina.
Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa
seurat benang dan sesen wang.”
Kalaulah
amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit
akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman
Allah: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana
sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga
diri.” (Luqman: 18)
Allah berfirman lagi: “Hai
orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan
yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka
yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain
kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang
menghina.” (Al Hujurat: 11)
Janganlah
kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita.
Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap
tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia
orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah
diri.” Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang
dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong, hasad dengki
dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan
latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan
latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan
latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah.
Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang
yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada
orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan
ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan
nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu
Rasulullah ada bersabda: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat
jahat kepada kamu.”
Biasanya
kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada
kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup
berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan
jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan
bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi.
Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin
sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena
lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya,
teruslah bertindak.
Sanggupkah
kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita
mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi
nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah.
Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik
kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa
pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada
kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang
bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah.
Allah berfirman: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami
tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang
berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Contoh 3: Rasa Takut
Rasa
takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk mengikut
suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin, takut harimau, takut ular,
takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut menegakkan
kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.
Di
antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang
dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu
diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati
manusia dalam satu masa. Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada
dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di
hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati,
maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.
Tujuan
melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang segala
rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang disuruh.
Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa takutkan Allah,
dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh Allah di dunia
apalagi di Akhirat.
Untuk
itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok
misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita
mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah
sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti
kita dan tidak ada apa-apa kuasa.
Untuk
lebih berkesan, cuba di waktu tengah malam, kita pergi sendirian ke
tanah perkuburan atau ke tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah!
Tentulah takut. Takut itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman
dan ilmu. Yakin bahawa tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi
kesan melainkan kuasa dan keizinan Allah. Waktu itu, isikan hati dengan
zikrullah. Sedar dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah
sangat hampir dengan kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa
yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang
kita katakan. Allah Maha Mengetahui segala masalah yang sedang melanda
hati kita. Allah penentu, Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu,
Allah penyelamat dan Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang
mahu mengikut jalan-Nya. “Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk
mencari keredhaan Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69)
Lakukan
latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar Allah
merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu dan
gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.
Bagi
orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang, takut
dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut
dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah. Lawanlah rasa takut
yang begitu dengan bertindak melakukan amalan tersebut. Misalnya kita
takut hendak menghantar anak ke sekolah yang terjamin ada pendidikan
Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja, takut gelaplah masa
depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon ketinggalan zaman.
Cara
melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti itu.
Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak
pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan.
Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu
direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di
dunia dan Akhirat.
Bagi
orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat
bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak,
mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan
Allah di dunia dan Akhirat. Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin,
mahupun kemiskinan atau penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya
tidak begitu. Adakah selama ini jin yang mencekik dan membunuh orang?
Benarkah orang yang berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah
orang yang berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung
dan fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah, Allah akan
menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Demi
Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha yang
bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan dimuliakan.
Seperkara yang harus kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Maha
Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja dari
hamba-hamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk mendidik hati,
menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan hawa nafsu, maka
Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk berbuat demikian.
Mehnah
atau ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin, sakit,
kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan bodoh,
kata nista, hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan
serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita
bermujahadah.
Lagi
tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah
datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW: “Bala yang paling berat
akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas
nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji
mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika
lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)
Apabila
jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu tercabar. Nafsu
bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu menjadi sakit dan
terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja sama ada orang Islam
atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti merasakan hal ini. Bagi
orang-orang yang beriman, dia sedar maksud Allah berbuat begitu. Setiap
kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa kalau ia
sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu dari dua
yakni:
1. Penghapusan dosa atau
2. Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga
Apabila
diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu tentu akan
sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa tidak ada
apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka pujuklah hati
untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan. Kajilah kebaikan
yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di Akhirat. Misalnya
di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak payah
bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan
dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga.
Kemudian
ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha, tanpa
kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup tahu
kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami
hakikatnya apalagi untuk menangkisnya. Ibarat baju kita yang mana ia
tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok,
kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadangkadang dibuang.
Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri.
Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah
kepada kita.
Memang
di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati. Hanya
jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak
mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini
dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah
besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan
gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah,
bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan
di Akhirat yang amat sangat.
Untuk
pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang muqarrobin
dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih senang hidup
dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan kekurangan
daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa Rasulullah SAW:
“Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam ke-miskinan, matikan aku dalam
kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang miskin.”
(Riwayat At Tirmizi)
Sayidina
Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma untuk
berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan, terus
diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang
perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki, sanggup
melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak
sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi menangis
bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. Bila ditanya kenapa dahulu
senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: “Aku sedih kerana tiada lagi
anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah.”
Nafsu
kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap bila
berhadapan dengan orang-orang besar atau raja. Sedangkan bercakap benar
di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut. Rasulullah SAW bersabda:
“Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Oleh
itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya,
mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang
besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama
kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya
rasa takut pada Allah sahaja.
Tanpa
latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan. Sedangkan latihan
itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut dan rendah
diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa tauhid yang
kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak nafsu-nafsu
takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan orang besar
atau orang yang berkuasa.
2. TAHALLI
Tahalli
bererti menghias. Yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita
mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat-sifat terkeji atau
mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji
atau mahmudah. Untuk mudah difahami, cuba gambarkan hati kita sebagai
sebuah mangkuk yang kotor. Kemudian mangkuk itu dibersihkan. Setelah
bersih, jangan dibiarkan ianya kosong. Isikan dia dengan barang-barang
yang berharga dan makanan yang lazat. Begitu jugalah dengan hati yang
telah dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah tadi. Janganlah
dibiarkan ianya kosong. Mestilah diisi dengan sifatsifat mahmudah pula.
Untuk
mengisi hati dengan sifat mahmudah, sekali lagi kita perlu mujahadah.
Saya tegaskan sekali lagi, bahawa dalam pe-ringkat mujahadah ini, kita
masih berasa berat dan susah. Susahnya memerangi hawa nafsu itu kerana
hakikatnya kita terpaksa memerangi diri kita sendiri. Bukankah sebelum
ini kita katakan nafsu itu sebahagian dari jasad kita, iaitu jasad halus
kita (jismul latif). Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang
sebenar. Bagaimana hendak lazat kalau terpaksa memerangi diri sendiri.
Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati
dengan hati, di waktu itu akan terasalah lazatnya. Kerana setelah kita
bersungguh-sungguh, Allah akan membantu sepertimana janji-Nya dalam Al
Quran.
Cara-cara
mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli.
Macamlah juga orang yang buat latihan senaman untuk sihatkan badan.
Peringkat awal tentulah terasa letih, menjemukan dan sakit-sakit badan.
Tetapi akhirnya nanti, dia akan rasa seronok dan terhibur dengan senaman
itu. Begitulah juga dalam riadatunnafsi ini. Ertinya, kita bersenam
secara rohaniah. Peringkat awal tentulah jemu dan terseksa tetapi
akhirnya ia akan mesra dengan tabiat diri kita.
Misalnya,
kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita mujahadah
dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita suka dan
sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu terasa berat
dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana
orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan pahala sedekah.
Sayidatina Aisyah r.ha. di waktu tiada apa yang hendak dimakan, beliau
cuba juga mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu
kuat keinginan mereka pada pahala dan rindunya dengan Syurga. Mereka
berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT: “Siapakah yang
mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan
melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan
memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)
Setiap
kali kita rasa sayang pada harta, setiap kali itulah pula kita
keluarkannya. Insya-Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat
pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti kasih
sayang, berani, tawadhuk dan sebagainya, perlulah kita miliki. Untuk
itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang. Sebab iman
itu terdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
3. TAJALLI
Sebagai
hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli , kita akan memperolehi
tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan
usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan atau digambarkan dengan bahasa.
Apakah yang dikatakan tajalli? Yang sebenarnya ia adalah sejenis
perasaan yang bersifat maknawiah (zauk), yang hanya mungkin
dimengertikan oleh orang-orang yang mengalami dan merasainya. Sepertilah
kemanisan gula, tidak akan dapat digambarkan secara tepat.
Tajalli
secara ringkas, secara asas dan secara mudah difahami ialah perasaan
rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi. Hati seakan-akan celik, hidup,
nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada
Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam mencintai-Nya
dengan tidak putus-putus lagi. Harapan dan pergantungan hatinya tidak
lagi pada yang selain dari Allah. Dirasakan oleh hatinya bahawa seluruh
amal bakti yang dibuatnya, adalah kerana dan untuk Allah semata-mata.
Atau hadiah daripada Allah kepadanya. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi
dengan tenang dan bahagia. Tidak ada pun kesusahan dalam hidupnya.
Sebab semua itu dirasa pemberian dari Kekasihnya, Allah SWT. Kalau
begitu, bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagaikan
Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan kebahagiaan
abadi iaitu kebahagiaan hati.
Setakat
ini yang mampu saya gambarkan rasa tajalli yang agak rasional yang
boleh dihuraikan secara ilmiah. Yang selebihnya, lemahlah tinta untuk
menulisnya. Hanya siapa yang dapat, dia akan merasakannya dan tidak
dapat berkongsi dengan orang lain pula. Kalau cuba juga diceritakannya,
akan menimbulkan fitnah di sisi orang-orang yang jahil. Sementara
orang-orang yang hasad dengki pula akan mengambil peluang menuduhnya
sesat, kafir atau zindik. Dalam soal ini ada seorang Sahabat Rasulullah
SAW pernah berkata: “Kalau aku luahkanlah apa yang terasa dalam hati
ini, orang akan menuduh aku kafir dan lantas membunuh aku.”
B. ISTIQAMAH
Sikap
istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang
yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng untuk
mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap ini
seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk ke
hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Telah
dikatakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan hati
itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah
itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu
adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan
berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita.
Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekalisekala dan
tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin
keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan, iman akan tinggi
tetapi ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot.
Oleh
itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah
penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan
menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW: “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan
yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Yang
penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu
berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan (istiqamah),
daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Contohnya, membaca Al Quran,
cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima
juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat pula,
cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi
sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen setiap
hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
1.
Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air
kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan akan melekukkan batu.
Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali
datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
2.
Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap
kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi kalau
sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa dapat
menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
3.
Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada
memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seim-bang pertahanan kita
terhadap musuh-musuh itu. Makna-nya kita juga tidak pernah berehat
mempertahankan iman dan akhlak kita.
Imam Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati.”
Lain
orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada
orang seronok dengan zikir ‘alhamdulillah’. Maknanya bila sebut
‘alhamdulillah’ terasa di hati lazatnya zikir itu. Maka untuk orang ini
banyakkanlah zikir itu. Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka
banyakkanlah puasa sunat. Begitu juga ada orang yang terasa lazat dengan
berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.
Kebaikan
dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka
dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang
beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan atau secara jahil dan tidak
faham falsafah ibadah itu, tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik.
Sebaliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus
hati dengan Allah. Bila putus hubungan hati dengan Allah, bermakna orang
itu sedang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam Hadis
Qudsi: “Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?”
Allah
SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita
tetapi mengapa kita tidak mempedulikan-Nya? Untuk mengelak dari sikap
itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana
ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita,
kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai. Barulah dilakukan
amalan itu. Kalau tidak, lama-kelamaan penyakit jemu beramal akan
menyerang kita.
Bila
jemu, banyaklah perkara yang boleh berlaku. Ada yang langsung
meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Ada
yang kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggalkan. Sebab itu, banyak
berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup
yang sesuai dengan kehendak nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: “Biar sedikit tetapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis.”
Mencari
keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di
dunia macam-macam yang kita buat seperti berniaga, tanam padi, tanam
sayur, tangkap ikan, ternak kambing dan lembu. Kalau satu daripada
usaha-usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada
usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja,
katakanlah berniaga sahaja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita
waktu itu.
Begitulah
juga halnya dalam mencari keuntungan hidup di Akhirat. Elok kita
beramal banyak jenis selain yang difardhukan seperti sembahyang, puasa,
sedekah, zikir, baca Quran, tolongmenolong, berkhidmat, berdakwah dan
lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Katalah ada di antara amalan itu
tidak diterima oleh Allah, waktu itu masih ada lagi amalan yang lain
boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan, tiba-tiba
yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu
cuba jangan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya
banyak jenis. Biarlah sedikit asalkan istiqamah.
C. BERTAFAKUR
Seterusnya
kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang
menganjurkan kita berfikir. Firman Allah SWT: “Dan mengapa mereka tidak
memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?” ( Rom:8 )
Firman Allah: “Apakah kamu tidak memikirkannya?” (Al An’am: 50)
Firman Allah: “Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya.” (Az Zariyat: 21)
Berfikir
yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal tentang
ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan diri.
Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran Allah
dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Seterusnya memikirkan rahsia
perjalanan hati yang bergelombang antara berbagai alunan rasa mazmumah
dan mahmudah. Yakni tanpa dikontrol oleh kita, dapat kita rasakan satu
pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita. Kesannya kita
akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah. Merenung dan berfikir
tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat mengelak darinya
sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius, sekaligus mahu membuat
persiapan ke arah itu. Berfikir terus tentang itu semua, insya-Allah
hati kita akan dimasuki sifat-sifat mahmudah.
Jadi
untuk memiliki sifat-sifat mahmudah mestilah seseorang itu membuat
latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri, tentang
dosa dan tentang mazmumah dalam diri. Bawa tafakur dan merenung barulah
terasa betapa buruknya mazmumah. Ketika itu barulah mahu menyerah dan
menghina diri kepada Allah. Kesannya akan mendorong kita untuk tunduk
dan patuh kepadaAllah dan perintah-Nya. Mendorong kita menjadi tawadhuk,
rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan memiliki lain-lain
sifat mahmudah. Jadi berfikir juga salah satu cara boleh membaiki diri
seseorang.
D. BERGAUL
Tarbiah
dan didikan juga boleh didapati melalui pergaulan. Imam Al Ghazali
r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk membaiki
diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui pergaulan dapat
dikesan sifat-sifat buruk kita. Manusia umum biasanya lebih
memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang
kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu
kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan
diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.
E. PIMPINAN MURSYID
Cara
membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru
mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu
tentang kecacatan dan kelemahan muridnya lebih daripada muridnya
mengenali dirinya sendiri. Mengetahui tentang sir dan batin muridnya.
Tahu pula membaca hal-hal halus yang ada pada hati seseorang. Pemimpin
yang soleh atau guru mursyid itu juga nampak dan boleh menunjuk
kelemahan diri kita. Boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini
lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri.
Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi.
Biasanya dia sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau
murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan
perbuatan secara tidak langsung.
Jadi
pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada
latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu.
Walau bagaimanapun pelbagai macam latihan lagi boleh dibuat.
Terpulanglah kepada kesedaran dan kemampuan kita. Begitulah ilmu tentang
roh atau ilmu rohani. Ia adalah ilmu untuk dapat mengesan sifat-sifat
roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun yang mazmumah untuk
ditumpaskan supaya roh kita ini bersih dan murni. Membersihkan roh atau
hati itu mestilah melalui dua peringkat. Peringkat awal dengan
mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan.
Setelah
menempuh kedua-dua jalan ini, dengan hidayah dan taufik daripada Allah,
hati atau roh itu akan bersih. Sedangkan hati ini merupakan raja dalam
kerajaan diri. Dialah yang mengarah, dialah yang menahan, dialah yang
menyuruh dan sebagainya.
Bila
mana roh dan hati ini menjadi raja dalam diri, kalau raja sudah bersih,
ertinya raja itu sudah baik, maka segala anggota lahir atau jawarih
seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan lain-lainnya, akan
mematuhinya. Walaupun terasa berat, bila hati sebagai raja dalam negara
diri sudah memerintah, maka seluruh rakyat dalam dirinya akan
mematuhinya.
Ditegaskan
sekali lagi, anggota-anggota lahir itu adalah ibarat rakyat dalam
negara diri dan hati adalah rajanya. Bila raja baik, seluruh rakyat akan
baik. Maknanya seluruh anggota lahir kita ini akan baik. Tetapi bila
raja itu jahat, maka dikerahkan pula anggota lahir kita ini untuk buat
kerja-kerja jahat. Bila raja dalam diri baik, baiklah seluruh jawarih,
maka jawarihkita ini akan tunduk kepada perintah Allah. Itulah anggota
manusia yang bersyariat. Jadi anggota lahir ini boleh bersyariat kerana
hati itu bersyariat. Anggota lahir kita ini baik, kerana hati itu baik.
Anggota lahir kita ini boleh rukuk dan sujud, kerana hati itu sudah
rukuk dan sujud. Anggota lahir ini walau bagaimana susah pun, dia
sanggup juga tunduk kepada Allah kerana hati sudah tunduk. Inilah yang
dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW: “Dalam diri anak Adam itu ada
seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia
rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)
Begitu
besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan diri.
Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan.
Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah melalui takhalli,
tahalli dan tajalli, sepertimana yang telah dibahaskan. Jadi baru kita
tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat bila hati itu bersyariat.
Anggota lahir itu baik bilamana hati itu baik. Bila anggota lahir itu
tidak patuh kepada Allah atau tidak bersyariat, itu menunjukkan hati
tidak baik. Jahatnya berpunca dari hati yang tidak baik. Ertinya raja
dalam kerajaan diri ini sudah khianat dan sudah zalim hingga dia
menzalimi semua rakyatnya yang ada dalam dirinya, iaitu anggota lahir
atau jawarih kita itu.
Jadi
kalau hati yang menjadi raja dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia
akan kerahkan anggota lahirnya sebagai rakyat dalam diri membuat baik.
Maka Allah berkata dalam Al Quran: “Sesungguhnya mendapat
kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan
kecewalah orang-orang yang mengotorinya.”(As Syams: 9-10)
Jadi
Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang dalam
hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat kemenangan di
dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. Sebaliknya, kalaulah hati
seseorang itu sudah rosak, hatinya kotor hingga mazmumahnya subur,
mahmudahnya kurus, maka hati yang kotor itulah yang akan mengecewakan
manusia di dunia lagi. Hidupnya lintang-pukang, haru-biru, tidak ada
kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh, bergeseran dan
krisis hingga membawa peperangan. Maka dengan kerosakan itu tidak ada
lagi keamanan di dunia ini. Ini semua adalah hasil atau kesan daripada
roh atau jiwa atau hati yang tidak dibersihkan. Akibatnya gagallah
hidupnya walaupun dia seorang kaya, seorang raja, seorang pembesar atau
seorang alim. Orang yang gagal di dunia, akan gagal di Akhirat. Orang
yang kecewa di dunia, akan kecewa di Akhirat. Di Akhirat terjun ke
Neraka.
Sebab
itu dalam ajaran Islam, membersihkan roh itu amat penting sekali bahkan
diwajibkan yakni dengan cara mempelajari ilmu rohaniah atau ilmu
mengetahui tentang sifat-sifat roh atau hati. Roh itulah hakikat diri
manusia. Ia adalah penentu baik atau jahatnya seseorang itu. Oleh itu
bila roh manusia baik, ertinya manusia itu kembali kepada hakikatnya
iaitu bersifat seperti manusia. Kalau rohnya diabaikan hingga penuh
dengan sifat mazmumah, maka dia tidak kembali kepada hakikatnya.
Walaupun rupanya manusia tetapi sifatnya mungkin haiwan atau mungkin
syaitan.
Begitulah
pentingnya roh atau hati dalam Islam. Begitu penting mempelajari ilmu
rohani supaya kita tahu tentang sifat-sifat roh itu. Yang mahmudahnya
hendak kita suburkan manakala yang mazmumahnya hendak kita tumpaskan dan
dicabutbuangkan. Perbincangan atau perbahasan ini hanya ada di dalam
ilmu tasawuf.
Subscribe to:
Posts (Atom)