Sebagai manusia, penyakit lupa adalah satu perkara yang tidak boleh berenggang dengan kita.Dalam Bahasa Arab ia disebut sebagai 'nasia' yang bermakna lupa. Ia juga dinamakan sebagai Alzheimer.
Alzheimer adalah nama bagi salah satu penyakit yang terdapat pada diri manusia. Penyakit yang mula ditemui pada 1907 buat pertama kalinya ini sering dikaitkan dengan penyakit lupa yang teruk. Dalam istilah Bahasa Melayu, ia adalah salah satu daripada cabang bagi penyakit nyanyuk (domentia).
Pada kebiasaanya, penghidap penyakit ini akan terlupa sesuatu perkara walaupun baru sahaja selesai melakukannya. Contohnya, semasa meletak dan mencari semula barang yang dimiliki.
Ini adalah sifat manusia atau dengan kata lain sebagai hamba. Justeru, tidak hairanlah mengapa manusia sering terlupa sesuatu perkara dlam kehidupannya. Kebiasaanya, manusia cenderung mengingati sesuatu perkara yang penting bagi dirinya.
Segala kepentingan biasanya bergantung kepada persepsi mereka pada suatu perkara. Contohnya makan.Apabila dirasakan perlu makan,maka ia dianggap penting. Begitujuga sebaliknya. Ini bermaksud, kita melupakan Allah sekiranya kita mersakan fungsi Allah sebagai Tuhan itu tidak penting di dalam kehidupan
Lupa hamba kepada pencipta
Sekiranya sebelum ini kita berbicara tentang manusia dan dirinya sendiri .Kini kita bercerita pula tentang manusia dan Pencipta mereka iaitu Allah. Sebagai pencipta kepada manusia, Allah tidak pernah lupa mengurskan perihal hambaNya. Antaranya adalah,
Pada waktu pagi, dicelikan mata para hambanya bagi memulakan hari.
Pada waktu tengahari,diberikan nikmat pergerakan tubuh badan bagi berjalan-jalan menikut kemahuan masing-masing.
Malam pula diberi nikmat tidur yang nikmatnya tidak terkira.
Sepanjang hari diberikan kesenangan bagi menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida tanpa kesulitan.
Tetapi hal sebaliknya berlaku apabila perkara-perkara ini dibalikkan kepada manusia. Apabila diminta kembali balasan untuk segala yang diberikan oleh Allah, pasti manusia tidak dapat membalasnya kembali. Apabila Allah berikan kita udara, lalu kita bayar dengan melupakan Allah. Semasa Allah hadiahkan kita kita nikmat pergerakan tubuh badan, lalu kita balas dengan sepanjang hari meninggalkan solat sedangkan nikmat-nikmat itu diberikan dengan penuh kasih sayang. Bukan itu sahaja, ia diberikan secara percuma tanpa memerlukan 'buku hutang 555.'
Bagaimana kita membalas segala kasih sayang dan nikmat yang diberikan ini? Ali pernah berkata:,"walaupun Allah tidak mengingatkan kita dengan seksaan yang pedih, tetapi sebagai hamba yang bersyukur kita perlulah kembali kepada Allah."
Ya, kita mampu 'membayar' segala nikmat yang diberikan oleh Allah dengan cara bersyukur. Asasnya konsep syukur bukan hanya menuntut kita bagi menitiskan rasa syukur di bibir sahaja, tetapi juga ditunjukkan melalui perbuatan. Apakah asas laluan perbuatan itu? Ianya terdiri daripada dua perkara,iaitu
Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah seperti mencela manusia lain.
Melakukan perkara yang disuruh Allah seperti solat lima waktu.
Kita tidak mungkin tersasar jauh daripada konsep syukur yang sebenar sekiranya kita mengikuti dua perkara yang diperintah oleh Allah, secara tidak langsung kita mengikut kata0kata Allah yang mana ia melambangkan kita berterima kasih kepada Allah. Ia boleh dianalogikan seperti mentaati kata-kata ayah kerana ayah banyak memberikan kasih sayangnya kepada anak.Ketaatan si anak itu menjadi kayu ukur kepada tanda dirinya berterima kasih kepada ayah.
Mengelak penyakit lupa Allah
Penyakit melupakan Allah ini boleh diubati dengan beberapa petua yang boleh kita amalkan. Antaranya ialah,
1) checklist diri
Penyakit lupa kepada Allah dapat diubati dengan cara sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang sentiasa muhasabah diri akan diberikan tempat yang istimewa disisi Allah. Melalui muhasabah diri, kita sentiasa mengingati dosa-dosa yang dilakukan dan ini sekaligus membawa kita menjadi hamba yang sentiasa mengingati kematian. Muhasabah secara bertulis boleh diaplikasikan sebagai salah satu cara muhasabah diri. Sebagai contoh ialah,'Borang Muhasabah Diri'
Borang muhasabah amalan harian seperti ini mampu membantu kita menjadi lebih peka tentang amalan seharian kita.Oleh itu, saya menyarankan anda mencubanya.Secara tidak langsung,ia membolehkan kita melakukan sesuatu amalan secara berterusan.
2) Cakap dan amal
Antara faktor yang mendorong berlakunya penyakit lupa kepada Allah adalah diri kita jauh dengan pencipta. Di dalam Quran, Allah mengingatkan kita dengan ayatnya daripada surah As-Saf,"wahai orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan?" Lalu sesudah itu Allah menyambung kata-katanya dengan sau amaran dan peringatan , "Amat besar kebencian Allah kepada mereka yang berkata sesuatu tetapi tidak melakukannya."
Kata-kata nasihat yang keluar daripada mulut kita akan dianggap sebagai angin sekiranya kita tidak melakukan perkara yang kita perkatakan. Bahkan ia menjadi perkara yang dibenci Allah.Ali bin Abi Talib pernah mengatakan ,"lihat perkara yang diperkatakan,bukan siapa yang berkata -kata."Tetapi manusia lebih cenderung melihat orang yang menasihatinya itu. Ini kerana senjat aynag paling ampuh dalam menasihati orang lain ialah melalui contoh teladan yang baik, yang juga membawa maksud kita bercakap dan kita amalkan perkara yang kita perkatakan itu.
Oleh itu, kata-kata yang keluar daripada mulut kita perli diiringi dengan amal kepada diri sendiri terlebih dahulu . Kata Abu Bakar As-Siddiq,"Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati dirinya terlebih dahulu sebelum mengingati orang lain."
Taaruf Musuh utama
Musuh manusia yang tidak kurang hebatnya melanda umat manusia adalah syaitan.Mengenali syaitan mampu menyediakan diri kita bagi mencipta antivirus untuk iman.Allah menyatakan di dalam Surah AL-Fatir,
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggap ia musuhmu,kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala "
Allah memberi amaran kepada kita tentang musuh utama menusia ini.Syaitan sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan sedangkan Allah sentiasa mengajak kepada kebaikan dan keimanan.Dengan mengetahui siapakah syaitan ,asal usulnya dan apakah pekerjaannnya maka kita lebih tahu bagaimana cara menghadapinya.Sekaligus,kita akan menjauhi ajakannya kepada perkara yang tidak baik dan tindak balas ini dipanggill sebagai sistem daya tahan bagi iman.
Nabi Ayyub tidak pernah lupa
Tempoh 7 tahun dalam penderitaan terus-menerus memang adalah ujian berat bagi Nabi Ayyub dan Rahmah isterinya,namun Nabi Ayyub tetap bersabar dan berzikir menyebut nama-nama Allah.Dilaporkan,isterinya berkata,"wahai Ayyub, seandainya engkau berdoa kepada Tuhanmu, pasti Dia akan menyembuhkanmu."
Namun,Nabi Ayyub menjawab,"Aku hidup selama 70 tahun dalam keadaan sihat, dan Allah baru mengujiku dalam keadaan sakit selama 7 tahun. Perlu diketahui,7 tahun itu terlalu sedikit dibandingkan masa 70 tahun."
Subhanallah,ternyata beliau tidak pernah lupa kepada Pencipta.Ingat,Allag tidak pernah melupakan kita.Sanggupkah kita melupakan 'kekasih Abadi ini?' Tepuk dada,tanya iman.
~GIVE N TAKE ANTARA HAMBA DAN PENCPTA~