Muqadimmah
Islam ialah satu rahmat Allah Taala yang dikurniakan kepada umat ini. Rahmat yang di maksudkan seiring dengan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w sabagai rasul akhir zaman. Oleh itu,kita sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana kita terpilih menjadi umat Islam yang penuh dengan kerahmatan dan kemuliaan ini.
Allah telah memberi nikmat nyawa,kesihatan,pancaindera dan nikmat anggota tubuh badan yang lain.Namun begitu,ramai di kalangan manusia tidak mengetahui apakah matlamat mereka diciptakan oleh Allah.
Dalam al-quran telah jelas dinyatakan tujuan Allah menjadikan manusia ialah untuk beribadah. Dunia tidak boleh dijadikan matlamat utama kerana ia adalah sementara dan hanya pinjaman dari Allah.
Golongan yang sedar daripada kalangan penduduk dunia ialah hamba Allah yang sebenar-benarnya, dan orang berakal daripada kalangan mereka ialah orang yang zuhud
Ibadat yang menjadi matlamat kepada mempunyai skop yang amat luas. Objektif utama ibadat ialah membersihkan jiwa dengan memandunya kearah mencintai Allah.
Ibadat qiamullail ialah ibadat yang sangat dituntut dalam Islam. Namun begitu mungkin masih ramai yang belum mengetahui secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan qiamullail, dan bilakah kita boleh berqiamullail.
Qiamullail
Definisi qiamullail
- Perkataan qiamullail sebenarnya gabungan 2 perkataan iaitu qiam dan al-lail.
- Qiam bermaksud bangun atau berlawanan dengan duduk
- Al-lail bermaksud malam
- Waktu qiamullail bermula bermula selepas tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik.
- Qiamullail dari segi bahasa ialah bangun pada waktu malam.
- Menurut istilah fuqaha qiamullail ialah mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadat solat atau selainnya dan tidak disyaratkan menghabiskan sepanjang malam.
Hukum dan pensyariatan qiamullail
• Islam peruntukkan kepada penganutnya beberapa kategori hukum seperti wajib dan sunat.
• Wajib bermaksud setiap amalan yang diberi pahala kepada pelakunya dan dikenakan dosa keatas mereka yang meninggalkannya.
• Sunat pula bermaksud setiap amalan yang diberi pahala kepada pelakunya tetapi tidak dikenakan dosa keatas mereka jika tidak melakukannya
• Para fuqaha sama ada mazhab syafi’I,hanafi,maliki,dan hanbali bersepakat mengatakan bahawa ibadat qiamullail ini disyariatkan.
• Ibadat qiamullail disyariatkan dalam Islam berdasarkan kepada al-quran dan juga hadis-hadis Rasulullah.
Kelebihan Qiamullail
- Qiamullail adalah sunat muakkad yang sangat dituntut.
- Banyak dalil-dalil yang menunjukkan kelebihannya sama ada daripada hadis sama ada dalam al-sahihain dan selainnya yang menyebut tentang qiamullail
- Antara kelebihan qiamullail ialah seperti:
1. Perintah Allah kepada Nabi s.a.w
2. Perintah ini sekalipun khusus kepada Nabi s.a.w namun sekalian umat Islam termasuk dalam perintah tersebut kerana mereka dituntut mengikut Nabi s.a.w
3. Al-Muhsinun golongan yang berhak mendapat kebaikan dan rahmatNya
4. Al-Abrar (baik-baik) golongan orang yang mendapatpujian dan sanjungan daripada Allah
5. Allah Taala menafikan persamaan antara mereka yang qiamullail dan mereka yang tidak melakukan qiamullail
6. Allah Taala menyasikan bahawa mereka yang berqiamullail adalah golongan yang beriman dengan ayat-ayat Allah Taala
7. Sebab seseorang itu dimasukkan Allah ke dalam syurga
8. Ibadat yang sentiasa dilakukan oleh para al-Solihin
9. Qiamullail merupakan kemuliaan kepada orang Mukmin
Faktor – faktor yang membantu seseorang untuk berqiamullail
• Allah S.W.T memuji orang-orang yang beriman yang mengerjakan sunat qiamullail di mana mereka menjadikan waktu malam sebagai jambatan untuk memasuki syurga Allah.
• Oleh kerana qiamullail suatu ibadat yang dipuji Allah, seseorang yang ingin mencapainya perlu berusaha gigih.
• Terdapat beberapa faktor yang membantu seseorang untuk melatih dirinya melakukan qiamullail.
• Para ulama telah menggariskan beberapa factor yang boleh membantu kita untuk bangun qiamullail antaranya ialah:
- Ikhlas kepada Allah S.W.T
Allah Taala memerintah hamba-hambaNya supaya ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan.
Justeru, setiap kali keikhlasan seseorang itu bertambah kuat ia akan diberi taufik untuk menunaikan ketaatan dan ibadat taqarrub kepada Allah.
- Seseorang yang ingin melakukan qiamullail perlu melahirkan rasa dalam dirinya bahawa Allah S.W.T menyeru hamba-hambaNya berqiamullail.
Apabila seseorang itu dapat merasakan bahwa Allah menyeru supaya ia mengerjakan qiamullail sedangkan Allah sebenarnya tidak berhajat kepada ketaatan sekalian manusia, maka inin akan menggalakkan seseorang itu untuk menyahut seruanNya.
- Mengetahui kelebihan qiamullail
Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah.
Melihat sejarah dan kisah pada al-salaf al-soleh yang terdahulu tentang ibadat qiamullail mereka serta komitmen mereka dengannya.
- Tidur mengikut sunah Rasullulah s.a.w iaitu di atas lambung kanan.
Cara tidur mengikut sunah
1. Di atas lambung kanan
2. Lengan kanan di bawah pipi kanan
3. Menghadap kiblat
- Tidur dalam keadaan suci
Antara sunah Rasulullah s.a.w ialah tidur dalam keadaan bersuci yakni berwuduk.
- Tidur awal
Antara wasiat dan nasihat Nabi s.a.w ialah tidur awal selepas waktu Isyak. Ia merupakan satu amalan terpuji dan adat menjaga kesihatan yang baik.
Selain itu, perkara yang berkaitan degan tidur ini ialah seseorang hendaklah memilih temapt tidur yang sesuai. Maksudnya tidak melampau dalam mencari tempat tidur seperti tilam yang lembut dan empuk. Ini akan menyebabkan kita berasa malas dan susah untuk bangun. Oleh itu kita akan lalai dalam mengerjakan sunat qiamullail.
- Beramal dengan zikir-zikir yang disyariatkan sebelum tidur.
Zikir-zikir merupakan benteng dan pendinding kepada setiap Muslim dengan izin Allah daripada segala gangguan jin dan syaitan. Ia turut membantu untuk qiamullail pada malam tersebut.
- Mengamalkan tidur qailullah pada waktu siang
Qailullah ialah tidur sekejap sama ada tidur sebelum Zuhur atau selepasnya.
- Menjauhi banyak makan dan minum
Sesungguhnya memperbanyakkan makan dan minum adalah antara halangan besar yang menjauhkan seseorang itu daripada qiamullail.
- Mujahadah nafsu (melawan nafsu) untuk qiamullail.
Ini adalah antara factor yang besar mendorong kita melakukan qiamullail. Ini kerana nafsu manusia secara semula jadi adalah nafsu ammrah bi-al-su’(menyuruh kepada kejahatan). Nafsu yang cenderung kepada kejahatan dan mungkar.
- Menjauhi dosa dan maksiat
Apabila seseorang Muslim ingin mencapai kemuliaan bermunajat kepada Allat Taala dan menyepikan diri dengan berikir kapdaNya ketika kegelapan malam maka dia hendaklah menjauhi perbuatan dosa.
- Menghisab dan mencela diri kerana meninggalkan qiamullail.
Antara syiar atau lambang orang-orang soleh ialah sikap menghisab atau menghitung diri sendiri.
Perkara –perkara penting yang perlu tahu tentang qiamullail
1. Sunat qailullah
Iaitu tidur sekejap atau rehat pada waktu tengahari sebelum matahri tergelincir. Tujuan qailullah adalah untuk member kekuatan ketika bangun dan berjaga pada waktu malam.
2. Berniat ketika hendak tidur
Sunat berniat untuk bangun qiamullail pada malam itu ketika hendak tidur agar kita mendapat ganjaran niat tersebut.
3. Membaca doa sebelum tidur
Sebelum tidur pada malam tersebut, suant membaca doa atau zikir. Bahkan sunat pada setiap malam kita membaca doa tidur.
4. Sunat bersiwak dan memandang ke langit apabila bangun tidur.
Sunat bagi setiap orang yang berjaga pada waktu malam menyapu mukanya seterusnya ia bersiwak dan memandang langit.
5. Kejutkan ahli keluarga
Sunat bagi orang yang bangun untuk qiamullail pada malam itu mengejutkan ister dan ahli keluarganya untuk turut serta berqiamullail.
6. Sunat memulakan qiam dengan dua rakaat yang ringkas
Sunat bagi setiap orang yang ingin qiamullail membuka solat malamnya dengan 2 rakaat yang ringan kemudian barulah dia solat mengikut apa yang ia inginkan.
7. Sunat memberi salam tiap 2 rakaat
Sunat member salam tiap 2 rakaat.
8. Lamakan qiam daripada sujud atau rukuk.
Ibadat – ibadat yang boleh dilakukan dalam qiamullail
Ketika berqiamullail,terdapat solat-solat sunat dan amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan. Sebagaimana yang telah dijelaskan, ibadat yang dilakukan hendaklah mengikut kadar kemampuan masing-masing. Allah Taala suka amalan yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit. Antara amalan itu adalah:
- Solat tahajjud
- Solat Tasbih
- Solat taubat
- Solat istikharah
- Solat hajat
- Solat witir
Waktu afdal untuk qiamullail
- Qiamullail boleh dilakukan selepas solat Isya’ samada di dahului dengan tidur atau tidak.
- Qiamullail selepas tidur lebih afdal dilakukan walaupun sekejap.
- Dalam mazhab Maliki, sebaik-baik waktu qiamullail ialah sepertiga malam terakhir untuk orang yang pada kebiasaannya akan terjaga daripada tidurnya pada akhir malam.
- Jika kebiasaannya tidak akan terjaga pada waktu akhir malam, maka sebaiknya dia melakukan qiamullail pada waktu malam.
Bilangan Rakaat Solat ketika Qiamullail
- Sesungguhnya Islam merupakan agama yang sangat terindah dan mudah. Islam tidak menyuruh umatnya melakukan ibadat sehingga menyebabkan mereka jatuh sakit atau demam.
- Allah tidak menwajibkan solat sehingga beratus-ratus rakaat.
- Bagi mereka yang mampu melakukan solat hanya dua rakaat pada satu malam, itu sudah memadai mengikut kadar kemampuan.
- Apa yang penting dalam Islam ialah ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh konsisten dan istiqamah.
- Terdapat tiga pendapat tentang kadar rakaat oleh beberapa ulama:
• Pendapat pertama : kadar rakaat yang paling banyak ialah lapan rakaat. (pendapat mazhab Hanafi)
• Pendapat kedua : rakaat yang paling banyak ialah sepuluh atau dua belas rakaat. (pendapat ini dipelopori oleh mazhab Maliki dan Hanbali)
• Pendapat ketiga : tiada had bilangan bagi solat qiamullail. (pendapat mazhab Syafi’i)
Kesimpulan
Qiamullail dijamin syurga
- Qiamullail termasuklah dalam salah satu cirri kelebihan orang yang soleh, yang dijamin masuk syurga. Mereka hampir tidak pernah meninggalkannya, termasuk ketika jihad dan dalam perjalanan. Mereka sedar bahawa qiamullail mempunyai kelebihan dan pahala yang besar.
- Allah bangga terhadap hambaNya yang solat malam di hadapan para malaikat.
Pintu-pintu laingit dibuka lebar bagi hamba yang bermunajat dalam keheningan malam.
Rujukan
- Indahnya Saat Bersama-MU –Panduan Praktikal Qiamullail (Nik Abd.Rahim Nik Abd.Ghani Zahazan Mohamed)
2 comments:
Allah jadikan manusia untuk mengabdikan(memperhambakan) diri kepadanya.
Sebab beribadah tu termasuk dalam memperhambakan diri.
aiwah soh
Post a Comment