CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 8, 2020

Kenapa Ramdhanni istimewa?

Dulu aku still fikir, kenapa selalu awal-awal ramdhanje aku semangat? akhir-akhir puasa mesti dah lain pastu mulai pudar rasa itu bulan mulia dan jadi harian macam hari-hari biasa kembali. nauzubillah. semoga dijauhkan dari rasa sebegitu lagi, amean.

aku ada dengar ceramah pendek ustaz Adi hidayat. Benda yang paling aku ingat sampai sekarang dia cakap adalah, ramadhanni sebenarnay bagi kita peluang untuk buat benda yang sebelumni kita tak pernah buat. buat amalan sunnat yang sebelumni kita tak pernah buat. sampai satu tahap, adanya perasaan "rasa bersalah sebab tinggalkan sekecil-kecil amalan sunnat", pelikkan? betul perasaan tu.

contoh paling senang aku ambil berkata-kata ucapan yang baik. tu sunnah. tapi kalu termaki ke atau keluar benda-benda erapu, confrim kita akan terfikir eh aku tengah puasa, tak baik kan? pelikkan? Padahal bukannya sesiapa yang setkan pun benda tu atau switch off cakap buruk kat kita tapi sebabkan ramdhantu sendiri. Dia datang dan buatkan kita rasa bersalah dalam banyak hal.

rasa bersalah tinggal sahur
tinggal sunnah
tinggalkan quran
rasa bersalah banyak main game
bayak makan
banyak tidur
rasa bersalah untuk tak memberi
tak bertegur
tak berkongsi
rasa bersalah tak ajak buat baik
tak solat bersama
tak ngaji

ajaib kan? 

Ramadhan dan PKP

Selalu kita dengar sebelum puasa kena start dari rejab atau sya'ban praktis seprtimana bulan ramdhan nanti. contohnya tentang penyusunan masa, pengambilan makanan, aktiviti bermanfaat yg boleh terus komit pahala puasa, penjagaan solat dan achievement dalam al quran dan macam-macam lagi.

Perihal-perihal ini yg kadang buatkan kita debar dan mengingatkan bahawa ramadhan dah dekat dan eh tak lama lagi nak puasa pastu raya yey!!

cepatje fikir rayatu kan? samalah ngan aku pun macam juga awal-awal dulu.

untuk tahunni, aku bersyukur dengan adanya pkp (perintah kawalan pergerakan). meskipun kita tahu ianya disebabkan ujian covid, namun pada side lain kena juga kita cari dan manfaatkan. Aku tak nak cakap samada bendani musibah atau anugerah sebabnya ia bergantung pada masing-masing nilaiannya.  Tapi yang aku pasti, semua dapat jalani ramadhan dengan sangat smooth. Tak kalut, tak perlu bersesak, tak perlu membuang masa di jalan dan sebagainya.

Malah, kesannya itu membuahkan masyarakat yang sangat kreatif. Kreatif yang macammana? kreatif sampai baru tahu betapa rugi masa yang berlalu kalau tak buat apa-apa. Serta meningkatkan sistem aur kekeluargaan. Bagi induvidu yang bekeluarga, mereka sampai tahap perlu fikir achievement yang perlu diletakkan pada termasuk anak-anak. Oleh sebab itu, ibubapa secaa tak langsung jadi rajin dan memang kena buat sesuatu untuk perkembangan dan pendidikan anak-anak.

Untuk aku kalini, terlalu benda yang refresh diri. Dengan sebab diri aku yang baru sembuh setelah almost 13 tahun tak sihat, inilah kali pertama puasa aku yang sangat aku telitikan apa yang aku buat termasuk dengar dengan dalam apa yang hati aku tak sedapkan. instinct aku kuat. benda tak kena, aku dah boleh sense awal dan akan fix balik supaya hati tenang. Aku bersyukur sebab ada hati.

Benda yang paling tough dan aku sendiri tgh sturggle doa dan praktik adalah SABAR. aku bukan seorang penyabar dan cepat mood swing. berubah-berubah. walapun small matter tapi reaction orang over, habis! aku down. untuk bangun baliktu ambil masa dan semestinya aku sendiri yang kena cari pointtu balik.

Sebab kalau macam sebelumni, aku selalu mengharap orang yag datang pujuk, atlast, aku yang lagi sakit sebb memang takkan ada yang faham aku, so aku yang kena fix sendiri. itu bab attitude kita. kenapa aku ambil sifat sabarni as one of the biggest problem? Sebab aku duduk rumah.

Bila duduk rumah, banyak yang kena fikir sebelum bertindak. banyak yang ken afikir sekelilig sebelum pentingkan diri. walaupun ada masanya aku culas juga. keraskan kepala juga tapi kebanyakan masa yang lain, aku kena fikir hati orang lain terutamanya mak ayah aku. Dala keluarga, aku seorangje perempuan yang bujang, pastu tinggal dengan 4 lelaki. Bayangkan. so, nak tak nak apa-apa jadi mak aku akan panggil aku dulu. mak aku pula jenis tak fikir diri. kadang dia nak masak something, lebih fikir lepasni laukni nak bagi kat siapa. siapa yang tak dapat lagi?

kadangtu, wal pagi kul 10.30 atau 11 dah masuk dapur buat tu ini. aku jenis suka luangkan masa sendiri so ada time-time yang aku struggle pujuk hati untuk tolong mak aku. kadang kalau aku tak okay dan memang perlu spesifik masa bersendiri, aku tetap berkeras dalam bilik sebab takut nanti kalau turun juga, orang sekeliling aku confirm sakit. Sebab aku jenis pendiam, tapi once keluar perkataan dalam eadaan aku tak okat, habis!

So, ramdhan kalini memang banyak gila benda aku cuba untuk bersabar dan aku bersyukur sebab aku sedar aku orangnya begini. dan aku tak putus-putus doa supaya Allah bagi kesabaran yang kuat kat aku. Lgisatu sebab kalini 24 jam kat rumah, nak tak nak memang kena tabah. kalau kat hostel, duduk bucu katilje dah, takkan ada yang tanya pasal kita. tapi ni kat rumah. kalau tak turun, nanti dipanggil-panggil, dicall tanya kenapa tak turun.

dan untuk persediaan ramdhan. kalini best sebab kita jadi pkp sebelum ramdhan, so solat full jemaah kat rumah dan bendatu buatkan jadi alarming supaya allert dengan timing solat. dan lagi satu sebab ada abah yang memang komit pergi masjid dan solat awal waktu, jadi time solatje terus abah panggil. dan automatically smua gerak untuk berwudhu dan solat sekali.

untuk al quran pula, seorang baca yang lain akan trigged dan baca sekali. sebab apa? sebab ada komuniti dan suasana yang bantu tarik interest untuk buat juga. so, agak best bagi aku kalini. hopefully, sepanjang ramdhan dan selepasnya aku still boleh komit dengan sabar dalam keadaan terbentuk baik dan ikhlas dalam mengenali jalan-jalanNya, amean.