CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 28, 2018

Sirah Nabawi 1

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW SELEPAS UTUSAN SEHINGGA PENGHIJRAHANNYA KE HABSYAH.

Nabi saw dikenali di Mekah dengan sifat amanahnya, benar dan mempunyai pandangan yang tajam dalam melepaskan diri daripada kehidupan Jahiliyyah. Baginda saw tidak meminum arak, tidak bersujud pada patung berhala malah Baginda saw gemar berkhalwat atau pisahkan diri dan beruzlah, berfikir di dalam gua Hira' sehingga beberapa malam. Semua itu sebelum Baginda diutus.

Sehingga umur Baginda saw mencecah 40 tahun, Baginda telah mendapat wahyu. Adapun Baginda bermimpi hanya ketika hampirnya waktu subuh dan mimpi yang benar.

Hari Isnin di bulan Ramadhan maka telah datang Jibril a.s. Untuk pertama kalinya masuk ke gua dan Jibril berkata pada Rasulullah : bacalah. Maka Baginda saw berkata : saya tidak tahu membaca, Jibril mendekati dan peluk erat tubuh Rasulullah sehingga sesak Baginda rasa untuk bernafas, kemudian Jibril lepaskan pelukan maka berkata lagi : bacalah, Nabi saw berkata lagi : saya tidak tahu membaca, maka dekati dan peluk erat lagi tubuh Baginda saw untuk kedua kalinya kemudian dilepaskan lagi. Maka berkata lagi Jibril pada Rasulullah saw : bacalah, Baginda saw mengulang lagi : saya tidak tahu membaca. Maka peluk erat Jibril pada tubuh Rasulullah saw kemudian Jibril membacakan pada Baginda saw : (2)اِقۡرَاۡ بِاسۡمِ رَبِّكَ الَّذِىۡ خَلَقَ​ۚ‏ ﴿1﴾ خَلَقَ الۡاِنۡسَانَ مِنۡ عَلَقٍ. Surah Al alaq 1-2.

Maka Baginda saw pulang ke rumah saidatina Khadijah r.anha dalam keadaan menggigil badannya. Baginda saw meminta : selimutkan aku. selimutkan aku. Maka Baginda diseluti sehingga hilanglah rasa takut tadi. Kemudian Baginda saw menceritakan apa yang terjadi kepada Saidatina Khadijah r.anha.

Susuran dari itu, mereka telah pergi ke rumah sepupu Saidatina Khadijah r.anha iaitu Waraqah bin Naufal. Waraqah memberitahu bahawa ," itulah malaikat yang telah turun ke atas Musa a.s".

Ketika itulah pertama kalinya ayat Al Quran diturunkan, suatu masa wahyu terputus dalam beberapa tempoh. Nabi saw sangat sedih dengan hal itu, kmeudian surah Al Muddathir diturunkan, diperintahkan kepada Nabi saw untuk menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menjauhkan mereka dari syirik.

Wanita pertama yang memeluk Islam : Saidatina Khadijah r.anha.
Lelaki pertama yang memeluk Islam : Saidina Abu Bakr As Siddiq r.a.
Budak pertama yang memeluk Islam : Ali bin Abi Talin r.a.
Hamba pertama yang beriman : Zaid bin Harithah r.a.

Dakwah Nabi saw secara rahsia berlaku dalam tempoh 3 tahun sebelum penghijrahannya.