CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 22, 2015

REALITI...

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang..

Sedikit coretan luahan hati aku..

Dalam mengenal diri
Aku mendongak langit
Menyepi sendiri berfikir siapa yang mengerti
Tidak disangkal lagi hanya Dia yang Maha Mengasihani
Kini,
Keikhlasan semakin ditolak tepi
Hanya yang semakin disegani
Tidak malu mendedahkan maruah diri
Hanya tahu memntingkan diri sendiri
Akhlak kini semakin dikaburi
Malah dianggap kolot dianggap keji
Kebenaran kian tidak dipeduli
Malah mengelirukan krna nafsu menyelebungi
Manudia sesat berbangga bangga
Manusia benar dipandang hina
Hidup tersepit tuada siapa sangka
Hau manusia! Engkau binasa
Kerna kau aku kecewa
Tamak haloba kau dunia
Tidak pernah kenal siapa pencipta
Tidak pernah tahu hidup itu mengapa
Kemewahan dilimpah di sini sana
Hai hati! Bahagiakah dia
Kerna syaitan kau tergoda
Kerna nafsu kau ternoda
Hai kerana dunia kau terpedaya
Wahau dunia!
Jangan biar aku terkeliru
Benar batil  yang mana satu
Sakit aku tiada siapa tahu
Nangisnya aku dalam doaku
Tersadung terkaku bukan untuk malu
Hei aku tahu Dia nak ajar aku
Kadang,
Ibu merajuk anak buat tak tahu
Anak merajuk ibu tak senang duduk
Rahmat Allah lebih istimewakan is ibu
Dosa memanggil kau tak malu?
Masa berlalu tak boleh ditukar ganti
Manusia yang rugi adalah 'selfish'
Jangan lupa asal dan azali
Kerna Dia kau ada di sini
Wahai pemilik cinta Alam
Jangan biar aku tenggelam
Jangan biar hati dihitam
Kerna dunia dek semakin menjahanm
Siapa aku tiada yang peduli
Langkah aku mencari reakili
Hidup aku bermatlamatkan Illahi
Inilah dia nukilah dari hati..

Me_awatif



Friday, September 25, 2015

kenapa dia boleh aku tidak?

Assalamulaikum..
Bismillah..

Teringat salah seorang sepupu perempuan aku bernama Nina(bukan nama sebenar) yang sama umur dengan aku. Suatu hari kami satu keluarga berkumpul untuk meraikan Eidulfitri.Maknya yang digelar Makcaq sering menceritakan anak angkatnya Nina kepada kami.Kerajinannya dan kecekapannya dalam melakukan sesuatu pekerjaan sering menjadi bualan sekeluarga.

Suatu hari, Nina telah menghidangkan juadah Rendang Ayam kepada keluarganya.Tanpa sangsi, dia juga menitipkan juadah tersebut untuk makan beramai-ramai di sini.Ramai yang memujinya.Selain itu, dia juga seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal kebersihan rumah seperti menyapu sampah,mengemas ruang tamu,menyusun baragan dan lain-lain.Maknya serimg memujinya dan ini menunjukkan lelah yang dilalui maknya tidaklah sia-sia dalam menguruskannya setelah sekian lama.

Setelah keputusan SPM telah keluar,keputusannya adalah straight As.Aku sangat mengagumi Nina.Walaupun diam orangnya tetapi pandai dan cekap.Bak kata peribahasa, diam-diam ubi berisi.

tetapi,,,,
aku heran pada diri aku.Aku juga menolong ibuku.Aku juga belajar semampu yang boleh.Aku juga solat 5 waktu seharian semalam tetapi keputusan aku selalu di peringkat biasa-biasa sahaja.Sedih dan pasrah...Aku bila duduk di rumah,aku mengaku yang aku tidak pandai uruskan masa aku dengan baik.Kadang salahkan benda di sekeliling tetapi aku gunanya .Aku yang erlu ubah diri aku.Atau aku yang perlu ubah keadaan di sekelilingku.Memang kadang sukar tetapi itulah yang diajar Allah dalam kitabNya.tidak dapat dielakkan lagi.Cuma kekurangannya adalah aku lemah..

Tetiba dalam fikiranku, "Allah takkan berikan ujian pada seorang hambaNYa melainkan dengan kemapuannya sendiri" waktu ni, alasan tidak dapat diterima.

Macam kisah Nina, itu mungkin rezkinya.Aku pula wallahualm...Dia dah atur segalanya.Setiap orang ujiannya berbeza walaupun kembar.Ingatlah janjinya untuk orang yang beriman dan berusaha.Yakin dan terus yakin..Rasa ada silap langkah kembalilah padaNya.Dia Maha Mengetahui Dia Maha meniliti hati hamba-hambaNYa..

wallahulan
sekian,terima kasih

Sunday, September 20, 2015

AKU TERSESAT...


Bismillah..
assalamualaikum para pembaca sekalian yang dirahmati Allah..

 Harini tetibe saya rasa nak kongsi satu cerita yang baru sahaja terjadi kepada saya dan my sis. 19 september 2015 , kakak saya dijemput ke kenduri sahabtnya di Kampung Tok Elong , Bukit Mertajam.Kakak saya memang berniat nak ke sana kerana berhampiran dengan Penang< rumah kami.Jadi, setelah keputusan dibuat kami berdua bersetuju untuk berduaan ke sana.Tetapi, kami tidak tahu jalan sedetailnya.Kami mengambil langkah untuk menggunakan google map sebab tak de waze.

Berlakulah beberapa kesesatan disebabkan guna map jugak...

1)jalan nak pergi jambatan Pulau Pinang tetibe lain bila guna mao tu
2)jalan nak mauk ke Tanah Liat( seriusly memang pusing banyak kali. saya sebagai adik yang pada awal nya olong tengok map< asyik kena marah ngan kakak.Kononnya xreti tengok) memang sedih tapi saya hanya diam sepanjang jalan sebab "api xboleh balas dengan pi kan? sayalah jadi airnya..
3) dah hampir dengan kawasan tanah liat< tetibe termelencong tempat lain sebab tersilp jlan.kena lagi as usual. Apakan daya saya kan adik..kena mengalah.

 dan beberapa kali lagi terpusing-pusing.marah- marah.Sepanjang jalan tu saya teringat satu kata-kata " jika dalam masa sehari kamu tidak pelajari apa-apa bermakna kamu di kalangan orang yang rugi "..saya ad fikir hikmahnya atau pelajaran.

1)Semestinya KESABARAN
2)the more you know people the more you can except them and cover.
3)Sikap tuduh menuduh yang menjadi kebiasaan juga terjadi.Jadi, inisiatif untuk berlawan tu memang tinggi adakalanya tapi cuma ingat satu benda manusia yang hendakkan perfect takkan pernah mengaku kesilapannya.Jadi, sabar dan diam.Bak kata sahabat saya, 2s 1d maksudnya; sabar senyum diam.konsep kami.

 dan selepas dimarahi kakak beberapa kali,saya mesej dengan abang yang kini berada di Pulau Pangkor bersama isteri dan anak atas sebab menjalani khusus yang ditawarkan.Saya menyatakan hasrat kepadanya untuk bertanya samada mereka sedang berehat atau di bilik khusus kerana saya hendak menelefon abah saya yang juga berada di sana untuk mmenanyakan selok belok jalan.Saya juga ada berkata yang saya takut dengan keadaan kakak yang tertekan jug menyaahi saya terus menerus.Abang minta untuk tanyakan sahaja kepada abah namun keberanian saya semakin kecundang kerana tkut dek diketahui si kakak.Jadi, saya berputus untuk terus berdiam.

 Di sini, saya bukan hendak menyalahi sesiapa tapi apa yang saya dapat sepanjang itu banyak sekali.Kami sepatutnya ada jalan yang lebih pintas namun kerana kesalhan saya dalma melihat peta menyebabkan senang jadi susah.Peritkan kedengarannya.Saya berfikir,kita selalu apabila menghadapi sebarang masalah kita akan mencari penyelesaian yang paling mudah.Tapi,  dalam kes ni, Dia nak uji hambaNya apabila kesusahan menlanda tanpa dirancang.Memang perit, sakit dan terseksa serta takut pada awal.Tetapi, dalam hal ni,kalau kau dah matang kau akan rasa benda ni sebagai langkah baru untuk mgetahui jalan2 baru.Belajar. Waktu selesai kenduri ,kami pulang ke Pulau Pinang dengan tenang dan aman kerana jalannya sudah diketahui dan tiada lagi pertelingkahan.Masing-masing tersenyum dan Alhamdulillah tidah lupa bahawa ini Qudrat Allah..Qadha' dan qadarNya kia tak mampu memertikaikan apa-apa melainkan menempuhiNya sahaja..

 wallahualm sekian dari saya..
 Assalamualaikum.

Sunday, January 4, 2015

siapamahubahagia.blogspot.com: Kenapa EGO itu wujud dalam diri : Cara melenturkan...

siapamahubahagia.blogspot.com: Kenapa EGO itu wujud dalam diri : Cara melenturkan...: Hari ni, aku merupakan seorang remaja Melayu Islam yang kini dah menginjak 19 tahun. Secara rasminya, aku dah 19 tahun bernafas di bumi All...