CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 19, 2023

Kembali!

 Aku telah kembali!

Sepertinya rasa segah dan indah apabila melihat diriku hari ini.

Pelbagai asam dan garam aku rasai untuk kembali ke sini.

tersenyum sambil menulis yang kini aku masih di sini.

Tidak jauh, namun aku telah capai hingga tahap ini.

Hai diri aku yang kelmarin,

masihkah kau ingat malammu yang dihiasi tangisan kesepian dalam kegelapan?

Menunggu ada sirna yang datang entah dari mana.

mengharapkan luka sembuh dalam sedetik.

Lucu apabila diingatkan kembali betapa lemahnya hati yang mudah lentur dengan hamparan ujian

Namun tanpanya, aku tidak akan pernah mengenal makna kuat dan tabah.

Iya kan?

Untuk aku yang baru kembali,

Teruskan tersenyum awak.

Walau berkali sakit, jatuh dan gagal, 

itu bukan pengakhiran apa yang kau usahakan, harapkan dan mahukan.

Tapi ianya permulaan pada doa yang kau mintakan.

Bukankah patut kau bahagiakan detik itu?

Tuhan sedang memandu jalanmu.

Pesanku, 

Tetaplah meletakkan Tuhan dalam setiap langkah dan rancanganmu.

Kau takkan boleh berdiri sendiri.

Kau sendiri tidak mengenali hati sendiri

Apatah lagi mengandalkannya.

Okay?

Senyum dan terus tabahkan hati.

Allah beri sebab nak ajarkan kau sesuatu, bantu tunjukkan kau jalan yang sebetulnya.

Okay?

Dada...

Friday, May 8, 2020

Kenapa Ramdhanni istimewa?

Dulu aku still fikir, kenapa selalu awal-awal ramdhanje aku semangat? akhir-akhir puasa mesti dah lain pastu mulai pudar rasa itu bulan mulia dan jadi harian macam hari-hari biasa kembali. nauzubillah. semoga dijauhkan dari rasa sebegitu lagi, amean.

aku ada dengar ceramah pendek ustaz Adi hidayat. Benda yang paling aku ingat sampai sekarang dia cakap adalah, ramadhanni sebenarnay bagi kita peluang untuk buat benda yang sebelumni kita tak pernah buat. buat amalan sunnat yang sebelumni kita tak pernah buat. sampai satu tahap, adanya perasaan "rasa bersalah sebab tinggalkan sekecil-kecil amalan sunnat", pelikkan? betul perasaan tu.

contoh paling senang aku ambil berkata-kata ucapan yang baik. tu sunnah. tapi kalu termaki ke atau keluar benda-benda erapu, confrim kita akan terfikir eh aku tengah puasa, tak baik kan? pelikkan? Padahal bukannya sesiapa yang setkan pun benda tu atau switch off cakap buruk kat kita tapi sebabkan ramdhantu sendiri. Dia datang dan buatkan kita rasa bersalah dalam banyak hal.

rasa bersalah tinggal sahur
tinggal sunnah
tinggalkan quran
rasa bersalah banyak main game
bayak makan
banyak tidur
rasa bersalah untuk tak memberi
tak bertegur
tak berkongsi
rasa bersalah tak ajak buat baik
tak solat bersama
tak ngaji

ajaib kan? 

Ramadhan dan PKP

Selalu kita dengar sebelum puasa kena start dari rejab atau sya'ban praktis seprtimana bulan ramdhan nanti. contohnya tentang penyusunan masa, pengambilan makanan, aktiviti bermanfaat yg boleh terus komit pahala puasa, penjagaan solat dan achievement dalam al quran dan macam-macam lagi.

Perihal-perihal ini yg kadang buatkan kita debar dan mengingatkan bahawa ramadhan dah dekat dan eh tak lama lagi nak puasa pastu raya yey!!

cepatje fikir rayatu kan? samalah ngan aku pun macam juga awal-awal dulu.

untuk tahunni, aku bersyukur dengan adanya pkp (perintah kawalan pergerakan). meskipun kita tahu ianya disebabkan ujian covid, namun pada side lain kena juga kita cari dan manfaatkan. Aku tak nak cakap samada bendani musibah atau anugerah sebabnya ia bergantung pada masing-masing nilaiannya.  Tapi yang aku pasti, semua dapat jalani ramadhan dengan sangat smooth. Tak kalut, tak perlu bersesak, tak perlu membuang masa di jalan dan sebagainya.

Malah, kesannya itu membuahkan masyarakat yang sangat kreatif. Kreatif yang macammana? kreatif sampai baru tahu betapa rugi masa yang berlalu kalau tak buat apa-apa. Serta meningkatkan sistem aur kekeluargaan. Bagi induvidu yang bekeluarga, mereka sampai tahap perlu fikir achievement yang perlu diletakkan pada termasuk anak-anak. Oleh sebab itu, ibubapa secaa tak langsung jadi rajin dan memang kena buat sesuatu untuk perkembangan dan pendidikan anak-anak.

Untuk aku kalini, terlalu benda yang refresh diri. Dengan sebab diri aku yang baru sembuh setelah almost 13 tahun tak sihat, inilah kali pertama puasa aku yang sangat aku telitikan apa yang aku buat termasuk dengar dengan dalam apa yang hati aku tak sedapkan. instinct aku kuat. benda tak kena, aku dah boleh sense awal dan akan fix balik supaya hati tenang. Aku bersyukur sebab ada hati.

Benda yang paling tough dan aku sendiri tgh sturggle doa dan praktik adalah SABAR. aku bukan seorang penyabar dan cepat mood swing. berubah-berubah. walapun small matter tapi reaction orang over, habis! aku down. untuk bangun baliktu ambil masa dan semestinya aku sendiri yang kena cari pointtu balik.

Sebab kalau macam sebelumni, aku selalu mengharap orang yag datang pujuk, atlast, aku yang lagi sakit sebb memang takkan ada yang faham aku, so aku yang kena fix sendiri. itu bab attitude kita. kenapa aku ambil sifat sabarni as one of the biggest problem? Sebab aku duduk rumah.

Bila duduk rumah, banyak yang kena fikir sebelum bertindak. banyak yang ken afikir sekelilig sebelum pentingkan diri. walaupun ada masanya aku culas juga. keraskan kepala juga tapi kebanyakan masa yang lain, aku kena fikir hati orang lain terutamanya mak ayah aku. Dala keluarga, aku seorangje perempuan yang bujang, pastu tinggal dengan 4 lelaki. Bayangkan. so, nak tak nak apa-apa jadi mak aku akan panggil aku dulu. mak aku pula jenis tak fikir diri. kadang dia nak masak something, lebih fikir lepasni laukni nak bagi kat siapa. siapa yang tak dapat lagi?

kadangtu, wal pagi kul 10.30 atau 11 dah masuk dapur buat tu ini. aku jenis suka luangkan masa sendiri so ada time-time yang aku struggle pujuk hati untuk tolong mak aku. kadang kalau aku tak okay dan memang perlu spesifik masa bersendiri, aku tetap berkeras dalam bilik sebab takut nanti kalau turun juga, orang sekeliling aku confirm sakit. Sebab aku jenis pendiam, tapi once keluar perkataan dalam eadaan aku tak okat, habis!

So, ramdhan kalini memang banyak gila benda aku cuba untuk bersabar dan aku bersyukur sebab aku sedar aku orangnya begini. dan aku tak putus-putus doa supaya Allah bagi kesabaran yang kuat kat aku. Lgisatu sebab kalini 24 jam kat rumah, nak tak nak memang kena tabah. kalau kat hostel, duduk bucu katilje dah, takkan ada yang tanya pasal kita. tapi ni kat rumah. kalau tak turun, nanti dipanggil-panggil, dicall tanya kenapa tak turun.

dan untuk persediaan ramdhan. kalini best sebab kita jadi pkp sebelum ramdhan, so solat full jemaah kat rumah dan bendatu buatkan jadi alarming supaya allert dengan timing solat. dan lagi satu sebab ada abah yang memang komit pergi masjid dan solat awal waktu, jadi time solatje terus abah panggil. dan automatically smua gerak untuk berwudhu dan solat sekali.

untuk al quran pula, seorang baca yang lain akan trigged dan baca sekali. sebab apa? sebab ada komuniti dan suasana yang bantu tarik interest untuk buat juga. so, agak best bagi aku kalini. hopefully, sepanjang ramdhan dan selepasnya aku still boleh komit dengan sabar dalam keadaan terbentuk baik dan ikhlas dalam mengenali jalan-jalanNya, amean.  

Saturday, July 28, 2018

Sirah Nabawi 1

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW SELEPAS UTUSAN SEHINGGA PENGHIJRAHANNYA KE HABSYAH.

Nabi saw dikenali di Mekah dengan sifat amanahnya, benar dan mempunyai pandangan yang tajam dalam melepaskan diri daripada kehidupan Jahiliyyah. Baginda saw tidak meminum arak, tidak bersujud pada patung berhala malah Baginda saw gemar berkhalwat atau pisahkan diri dan beruzlah, berfikir di dalam gua Hira' sehingga beberapa malam. Semua itu sebelum Baginda diutus.

Sehingga umur Baginda saw mencecah 40 tahun, Baginda telah mendapat wahyu. Adapun Baginda bermimpi hanya ketika hampirnya waktu subuh dan mimpi yang benar.

Hari Isnin di bulan Ramadhan maka telah datang Jibril a.s. Untuk pertama kalinya masuk ke gua dan Jibril berkata pada Rasulullah : bacalah. Maka Baginda saw berkata : saya tidak tahu membaca, Jibril mendekati dan peluk erat tubuh Rasulullah sehingga sesak Baginda rasa untuk bernafas, kemudian Jibril lepaskan pelukan maka berkata lagi : bacalah, Nabi saw berkata lagi : saya tidak tahu membaca, maka dekati dan peluk erat lagi tubuh Baginda saw untuk kedua kalinya kemudian dilepaskan lagi. Maka berkata lagi Jibril pada Rasulullah saw : bacalah, Baginda saw mengulang lagi : saya tidak tahu membaca. Maka peluk erat Jibril pada tubuh Rasulullah saw kemudian Jibril membacakan pada Baginda saw : (2)اِقۡرَاۡ بِاسۡمِ رَبِّكَ الَّذِىۡ خَلَقَ​ۚ‏ ﴿1﴾ خَلَقَ الۡاِنۡسَانَ مِنۡ عَلَقٍ. Surah Al alaq 1-2.

Maka Baginda saw pulang ke rumah saidatina Khadijah r.anha dalam keadaan menggigil badannya. Baginda saw meminta : selimutkan aku. selimutkan aku. Maka Baginda diseluti sehingga hilanglah rasa takut tadi. Kemudian Baginda saw menceritakan apa yang terjadi kepada Saidatina Khadijah r.anha.

Susuran dari itu, mereka telah pergi ke rumah sepupu Saidatina Khadijah r.anha iaitu Waraqah bin Naufal. Waraqah memberitahu bahawa ," itulah malaikat yang telah turun ke atas Musa a.s".

Ketika itulah pertama kalinya ayat Al Quran diturunkan, suatu masa wahyu terputus dalam beberapa tempoh. Nabi saw sangat sedih dengan hal itu, kmeudian surah Al Muddathir diturunkan, diperintahkan kepada Nabi saw untuk menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menjauhkan mereka dari syirik.

Wanita pertama yang memeluk Islam : Saidatina Khadijah r.anha.
Lelaki pertama yang memeluk Islam : Saidina Abu Bakr As Siddiq r.a.
Budak pertama yang memeluk Islam : Ali bin Abi Talin r.a.
Hamba pertama yang beriman : Zaid bin Harithah r.a.

Dakwah Nabi saw secara rahsia berlaku dalam tempoh 3 tahun sebelum penghijrahannya.

Saturday, June 16, 2018

Aku sedang ..

Teringin aku untuk berkongsi dan berbual dgn seseorg serius tentang kehidupan.

💔

Kematian

Maghrib.
Aku bersama makteh bersembang tentang org tua yg sakit dan kematian nenda kami.
Tak dinafikan waktu dan di mana kematian itu akan berlaku kita tidak akan tahu. Tiada siapa yg tahu. Rindu tok .

Kisahnya, tok meninggalkan aku ketika aku sedang belajar di Mesir. Kebetulan kakak pun tengah bercuti jadi dia datang kat sabi', cairo tempat aku.

Makteh cerita yg waktu tok ada kat hospital hari terakhir arwah, tok kerap sebut mana shimah mana shimah iaitu mak aku. Ketika mak aku balik pergi ke hospital bwa makanan utk tok tahi2nya arwah dah tak ada.

Aku mendengar kisah ini, betapa peritnya umi rasa. Aku dapat rasakannya. Allah betapa aku tak dapat membayangkan bagaimana nnti ketika umi atau abahku akan tinggalkan kami kelak. Allah betapa semuanya pinjaman dari Mu ya Rabb.

Menjadi satu peringatan padaku tentang kematian itu pasti dan misteri. Dan hakikatnya kau tak boleh menafikan sama ada kenapa kau saja tak sempat tengok atau kenapa dia tak pergi esok kenapa harini atau kenapa dia mesti tinggalkan kami dan sebagainya.

Lemah hatiku bila mengenangkan detik yg umi lalui.
Aku pula bagaimana nanti?
Sama ada aku pergi dulu dan umiabah terpaksa melalui melihat bagaimana aku meninggalkan mereka atau mereka yg pergi meninggalkn aku dahulu.

Allah matikanlah kami dlm iman dan mayikanlah kami ketika kami bersujud merinduiMu. Amean ya Allah.

Dotdotdot

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah hari ini merupakan 1 syawal iaitu bermulanya hari kemenangan bgi umat Islam tatkala telah menguji diri disamping kesetiaaan pada Tuhan.

Suka untuk aku mengingatkan diri yg serba kekurangan ini bahawa telinga lebih dekat mendengar dengan mulut yg berkata daripada telinga lain yg mendengarnya. Dan mata yg melihat lebih dekat caknanya dengan setiap penulisan yg aku ungkapkan daripada pembaca yg kedua dan seterusnya.

Okay topik yg aku nak cakap adalah bab jodoh.
Seperti yg kita tahu Allah ciptakan di atas muka bumi ini من ذكر وانثى. Ya, lelaki dan perempuan. Dan hari ini ramai yg update bab jodoh setelah semalam dan yg lepas mereka bertungkus memperkata dan perkotakan taat mereka dengan Ramadhan. Aku, terus berkata 'mereka' kerna aku sendiri mereka tidak myaman dengan terus persoalkan tentang sesuatu yg tidak pasti dan tentunya tidak tahu di mana noktahnya.

Bgiku, tidak mengapa anda2 mahu terus berharap tapi jangan sampai kita menjadi tuhan pemberi keputusan. Hati hati dalam meminta. Takut ada yg kecewa. Macamnatu? Iaitu dengan kita mengharap dan ingin mendapatkan keputusan itu ibarat esoknya ingin tercapai.

Kalau dlm politik baru2ni istilahnya seperti kawin hari ini esoknya sudah dapat anak. Kat sini kita boleh fikir,siapa yg meletakkan hukum? Siapa yg meletakkan sempadan atau dinding utk pemikiran yg lapang? Kita,manusia yg penuh dgn pengaharpan tapi selalu lupa utk bersabar, bersyukur dengan perkara yg sederhana dan sekeliling kita.

Kalau babni, aku selalu berfikir panjang. Bagaimana caranya kita bolrh menerima seorg yg baru saja kita kenal, kemudia nikahi dia dan menerima seorg yg asing dlm hidup utk sepanjang hidup. Bagaimana? Ya aku akui aku tak ada pengalaman tapi aku takut bila fikirkan tentang itu. Even family pun belum cukup kenali kita kerna sikap kita yg kadang tiba2 nak marah tiba2 nak happy sam pai mereka pelik. Inikan pula org yg baru sahaja kenal kita walau sudah 10 tahun.

Kalau kata,"kita kenalan dulu"..itupun belum cukup sbenarnya. Aneh aku rasa bila fikir fasa seterusnya setelah sebagai student dan pekerja. Itulah kalau babni, apa pun dari awal lagi aku akan serahkan pada abang2 aku sbb aku takut utk memahami lelaki sbb aku sendiri takut dgn diri aku yg entah kadang mcm dewasa kadang mcm kanak2. Takut berkata perkara serius sbb diri masih lemah dlm buat suatu keputusan.

Dan satu benda aku respect lelakini, aku percaya yg amat percaya merka lebih bijak dri perempuan sbb depa ada 9 akal. Kan? So,ap2 pun aku akan roger abang2 aku sblm buat ap2 keputusan.

And jgm selalu ckp benda2 gini nanti tak jadi..kust follow the flow n don't forget a duas to Allah The Almighty.

This is my bros...