CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 24, 2014

Kalis Permata 2

BismillahiRRahmaniRRahim...

Assalamualikum w.b.t...

Kepada para pembaca yang dikasihi Allah swt..Apa khabar semuanya?Alhamdulillah sihat2 belakala ya..sedikit derita drpd ana..

Petang tadi,kami MPP telah mengadakan 'final meeting' tentang hari guru.Pengarah telah memulakan meeting dengan laporan drpd setiap unit setelah perbincangan antra kedua belah pihak.Di sini,ana bukan mahu menceritakan tentang meeting tersebut tapi tentang adab kita semasa bermesyuarat di mana akan berlaku komunikasi antara lelaki dan perempuan.

Lelaki
  • menjaga pandangan agar iman di hati terjaga dan fikiran tidak terganggu
  • Bercakap dengan menggunakan bahasa yang formal
  • Bertindak tanpa disuruh...
  • Pakaian yang dikenakan mestilah mengikut syariat
  • Tidak perlu ketawa dan merapu secara berlebihan (muslimah xsuka)
kali ini pula perempuan.Perempuan kemungkinan besar banyak sikit drpd lelaki.Biasalah kami kan istimewa..
  • Menjaga pakaian yang dibawa dalam meeting-mengikut syariat mnjga maruah diri dan hati orang yang melihat
  • Bercakap dengan nada yang tegas dan bersemangat (bersemanagt ye bukan suara kuat)
  • Menjaga akhlak dan perilaku sbg seorang muslimah
  • Menundukkan pandangan
  • Melakukan pergerakan yang sederhana (jgn gedik)
  • Menjga suara agar dilihat seorang muslimah yang mahal dan berkualiti
Dalam meeting tadi,sdih melihat Arrijalu qawwamuna 'alannisa itu tiada..bukan nak kata depa tidak sempurna.Ana juga fikir ini mungkin langkah permulaan bagi depa.Sebab kebanyakannya kecil2 lagi.Tidak mengapa.Kadang rasa kita pula yang termaju kedepan sebab si lelaki tidak bertindak sebagai seorang pemimpin.so bagi ikhwah di luar sna ,,ini adalh medan perangmu bukan medan perang kami(perempuan)..mqlu jika dikatakn bhwa mereka malu ataunego tak terkehdpan sbb Rasulullah pun lelaki dan apabila adanya urusn sbegini baginda hadpi dgn gentle man bukn sebaliknya..Nilai seorg ikhwah pd zamn skrg sgt terperlukn sbb ikhwah smakin pupus.dan dunia dh smkin hmpir dgn kiamat..so,apa sumbgn kita kt Islam.? Nk tunggu bila? Lima tahun akn dtg bru nk maju skit,bru nk start berckp kt depan? No time..don't waste your time..yahudi nasrani kt sna dh start buat apa yg diplan tpi kita still bru nk plan..mg ketinggalan...wallahualm..masing2 boleh nilai akhir zaman ini..macam macam sedang berlaku..




Sunday, April 13, 2014

"Izinkan Aku" - Ustazah Fatimah Syarha

Friday, April 11, 2014

Kalis Permata 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...

Perjalanan disusuri dgn perjuangan tanpa henti.Keazaman dan kekuatan yang diberi oleh Allah melangkau ku ke usia tua yang matang.Alhamdulillah hari ini aku dibangunkan daripada tidur yang nyenyak.Aku sedar perjuangan ku kembali hangat di hati dan fikiran.Tajdid niatku kembali segar.positifkan minda dan hati.Ya Allah,jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersangka baik dengan segala ujian dan dugaanMu.AllahummaAmin..

Dalam badan manusia ada seketul daging yang merah segar lagi cantik.Itulah hati kita..Didiklah hati agar dibenarkan ke jalan yang baik.Jalan yang terbentang luas untuk semua orang.Ramai yang telah,sedang lalu jalan itu.Namun,ada yang berjaya menempuhi jalan dan ada yang sebaliknya.Duri-duri yang tajam telah mempengaruh.Ada yang berjaya elak dan ada yang sebaliknya.Aku berserah dengan jalan yang Engkau beri namun kutidak setabah Rabiah Al Adawiyah..Aku nak jadi seperti Rabiah Al Adawiyah..Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.Segenggam tangan ku berpegang kuat untuk tabah terus di jalanMu..AllahuRobbunyusahhil..wallahualm..

Saturday, March 29, 2014

Hamza Namira - Wa Ollak Eh | حمزة نمرة - واقولك إيه | Official Video

Sunday, March 23, 2014

Dari para doahMu

Bismillah..ya Allah,,sungguh hati ini milikMu..tidak pernah kuduga akan perjalanan sebegini..Engkau yang Maha mengetahui..Pasrahkan hati ini dalam sujud merinduiMu..Ya Allah sungguh ini adalah taqdirMu,,tidak terhitung akan hikmah detik hidup yang Engkau beri..sungguh aku hamba yang hin alagi alpha yang sering melupakanMu dengan kaburan dunia yang menutupi mata hatiku..Allah,,istikharahku,,bantu hambaMu untuk terus istiqamah dlm segala amal yang kulakukan semata mata keranaMu..Janganlah Engkau membiarkan aku dibawa arus hanyut lautan menyepi diri..mengharungi hidupan liar ini sorang diri,,tidak kuterdaya dan mampu,,datangkan penolong dari sisiMu ya Allah tuk membantu hambaMU ini yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan diri,,ampuni daku..ya Allah yang Maha mendengar,,,basahilah tiap detik kudengan tangisan merindui syahid dijalanMu,,tangisan yang sentiasa mengingati hakikat dri,tangisan yang sentiasa mengingati maut bakal menjemputku...ia semakin menghampiri ya Allah matiku semakin menghampiri..tidakkah aku menyedari bahawa ada yang sedang memerhati...iaitu Malaikat maut,,ingatkn aku,,ingatkan hamba yang hina ini,,amean..ya Rabbalalamin

Tuesday, December 31, 2013

Kenali 6 Ulama’ Hadith Terkemuka

Berikut adalah biografi singkat 6 ulama’ hadith terkemuka yang kitab-kitab h

adith mereka disebut sebagai Sunan Sittah ( 6 Sunan). Dalam ilmu Hadith, dinyatakan bahawa, hadith yang paling sohih adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. 

1) Imam Bukhari
Nama asalnya adalahMuhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Bukhari. Lahir di Bukhara pada tahun 194 Hijrah / 810 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Hartank (salah satu kawasan desa di Samarkhand)pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi. 

Imam Bukhari adalah ilmuan Islam dan penghafaz hadith Rasulullah s.a.w. Antara kitab-kitabnya adalah Jami’ As-Sohih (Sohih Al-Bukhari), At-Tarikh dan Ad-Dhuafa’. Pada tahun 210 Hijrah, dia bermusafir jauh untuk mencari Hadith. Beliau mengunjungi Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. Dia belajar Hadith dari 1000 orang guru dan mengumpulkan sekitar 600,000 hadith. Dari jumlah tersebut, dia memilih perawinya yang thiqah sahaja untuk ditulis dalam kitab Sohihnya. Di dalam kitab tersebut terdapat7562 buah hadith

2) Imam Muslim
Nama asalnya adalah Muslim bin Hajjaj bin Muslim Al-Quraisyi An-Naisaburi. Lahir di Naisabur pada tahun 204 Hijrah / 820 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Iran. Beliau meninggal dunia di pinggir Kota Naisabur pada tahun 261 Hijrah / 875 Masihi.

Dikatakan bahawa, Imam Muslim melakukan perjalanan ke Hijaz, Mesir, Syam dan Iraq. Kitab Sohih Muslim merupakan karyanya yang terkenal. Antara karya lain adalah Al-Musnad Al-Kabir (tentang darjat perawi hadith), Al-Jami’ (disusun per bab), Al-Kinaawa Al-Asma’, Al-Afrad wal Wihdan, Tasmiyyah Syuyukh Malik wa Sufyan wa Syu’bah, Kitab Al-Mukhadhramin dan Kitab Aulad As-Sohabah. Dalam Sohih Muslim terdapat 3033 buah Hadith setelah dilakukan penelitian terhadap hadith yang berulang.

3) Imam Abu Daud
Nama asalnya adalah Sulaiman bin Al-Asy’ats bin Ishaq bin Basyir Al-Azdi As-Sijistani. Lahir di Sijistan pada tahun 202 Hijrah / 817 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Negara Afghanistan. Beliau meninggal dunia di Basrah pada tahun 275 Hijrah / 889 Masihi.

Beliau adalah Imam Ahlil Hadith pada zamannya. Beliau bermusafir panjang untuk mencari ilmu ke Iraq, Hijaz, Mesir dan Syam. Kitabnya, As-Sunan merupakan salah satu dari 6 kitab hadith rujukan. Terdapat di dalamnya 5232 hadith yang dipilih dari 500,000 hadith yang dihafaznya. Kitab-kitab lain karya beliau adalah Kitab Az-Zuhd, Al-Ba’ts (artikel), Tasmiyyah Al-Ikhwah (artikel) dan Al-Akhbar Abi Daud yang disusun oleh Imam Al-Juludi.

4) Imam At-Tirmizi
Nama asalnya adalah Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa As-Silmi Al-Bughi At-Tirmizi.Lahir di Tirmiz pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Tirmiz pada tahun 279 Hijrah / 892 Masihi.

Beliau belajar dari Imam Bukhari dan beberapa guru Imam Bukhari. Beliau bermusafir untuk menuntut ilmu ke Khurasan, Iraq dan Hijaz. Walaupun mengalami buta pada akhir hidupnya ,dia tetap dijadikan teladan dalam penghafalan Hadith. Antara karya beliau adalah Al-Jami’ul Kabir yang dikenal sebagai Sohih At-Tirmizi, Kitab Asy-Syamail An-Nabawiyyah, At-Tarikh dan Al’Ilal. Dikatakan bahawa, Sohih Tirmizi memuat sebanyak 3956 buah hadith.

5) Imam An-Nasa’ie
Nama asalnya adalah Ahmad bin Ali bin Syu’aib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar. Lahir di Nasa pada tahun 215 Hijrah / 830 Masihi. Lokasi sekarang adalah Turkemanistan. Meninggal dunia di Baitul Maqdis (di Kota Ramallah, Palestin) pada tahun 303 Hijrah / 915 Masihi.

Beliau menulis Kitab As-Sunan (An-Nasa’ie). Beliau bermusafir ke Tiberistan, Qazwain, Iraq, Hijaz, Mesir dan Palestin untuk mencari ilmu sehinggalah meninggal dunia di Palestin. Ada pendapat mengatakan beliau meninggal dunia di Makkah saat menunaikan ibadah haji. Kitab-kitab beliau antaranya adalah As-Sunan Al-Kubra, Al-Mujtaba (Sunan As-Sughro), Ad-Dhuafa wal Matrukun, Khaso’is Ali, Musnad Malik. Di dalam kitab Sunannya (Sunan Tirmizi) terdapat 5769 buah Hadith.

6) Imam Ibnu Majah
Nama asalnya adalah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi’ Al-Qazwaini. Lahir di Qazwain pada tahun 209 Hijrah / 824 Masihi. Lokasi sekarang adalah Negara Iran. Meninggal dunia di Qazwain pada tahun 273 Hijrah / 887 Masihi. 

Beliau seorang yang alim dalam ilmu Hadith. Beliau penduduk asli Qazwain (sebelah Barat Laut Kota Tehran). Beliau bermusafir ke Basrah, Baghdad, Syam, Mesir dan Hijaz untuk mencari ilmu. Karya beliau adalah Sunan Ibnu Majah yang merupakan salah satu dari 6 kitab Hadith rujukan. Karya lainnya adalah Tafsir Al-Qur’an dan Tarikh Al-Qazwain. Di dalam Sunan Ibnu Majah terdapat 4341 buah hadithdan 3003 hadith juga terdapat pada lima kitab hadith rujukan sebelumnya. 

Subhanallah ! Aneh juga ya..semua ulama’ terkenal hadith ini bukan berasal dari bumi Makkah atau Madinah sebagai tempat awal permulaan Islam.


Sumber Rujukan: Atlas Hadith – Dr.Syauqi Abu Khalil (Darul Fikr, Damaskus, Syria) – versi Indonesia diterbit oleh: Penerbit Al-Mahira, Jakarta Timur, 2007. 

Monday, December 30, 2013

Jenis-jenis Hati