CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 17, 2013

jangan bazirkan masa mudamu!


Kisah lelaki tua

Pada suatu hari, pada suatu zaman, di suatu tempat, seorang petani tua mencangkul-cangkul tanah di bawah terik matahari yang kian menyengat. Tiba-tiba dia tercangkul suatu objek yang keras. Setelah diteliti, lelaki tua itu merasakan bahawa objek itu adalah emas. Dan objek itu sangat besar!

Lelaki tua itu terus mendapatkan basikalnya dan membawa emas itu ke pekan. Apabila dirujuk kepada pekedai itu,

"Ini memang emas, tapi kami tak mampu nak beli emas sebesar ini. Apa kata kau bawa emas ini ke bandar? Ada kedai yang lebih besar di sana, mereka mungkin mampu untuk membelinya"

Lelaki tua itu terus ke bandar. Di bandar, ia mendapati kedai emas yang paling besar dan dia menjangkan dia mampu menjual emas itu di sana.

Namun, kata pekedai itu,

"Besar emas ini. Kami tak mampu nak beli. Apa kata kau ke Istana, Sultan pasti dapat membelinya daripada kau"

Sampailah lelaki tua itu di hadapan istana. Dia dibawa menghadap Sultan. Sultan bertanya,

"Apa hajat kau ke mari?"

Lelaki tua itu tidak bercakap banyak, terus mengeluarkan emas besar itu dari dalam guninya.

Melihat emas itu, Sultan terkejut dan dikerahnya semua pakar-pakar datang ke istana untuk meneliti emas tersebut. Sah, ianya emas yang tulen lagi berkualiti.

"Beta nak emas ini, tapi beta tak pasti harganya"

Lelaki tua itu diam. Cuak pun ya juga.

"Berapa kau nak jual emas ini kepada beta?"

Lelaki tua itu diam. Tidak tahu nak jawab soalan yang diajukan.

"Baiklah, jika kau juga tak pasti, beta tawarkan kau suatu hadiah yang terbaik"

"Kau pergilah ke gudang harta beta dan beta bagi kau 3 jam untuk ambil sahaja yang kau nak. Selepas 3 jam, pintu akan ditutup dan segala apa yang kau bawa keluar itu milikmu"

Khadam lalu membawa lelaki tua itu ke suatu gudang yang tidak berapa jauh dari singgahsana baginda sultan.

Apabila pintu dibuka, alangkah gembiranya lelaki tua itu. Betapa banyak harta Sultan tersebut. Dengan harta tersebut, dia boleh berhenti menjadi petani. Kerja setiap hari, goyang kaki.

Dia masuk ke dalam gudang dan pintu ditutup.

"Aku ada 3 jam, banyak ni masa ni"

"Ya Allah, cantiknya barang ni, barang tu punnn. Itu aku nak, semua ni aku nak", lelaki tua itu terus bermonolog luaran.

"Eh, MasyaAllah cantiknya katil ni. Tak pernah aku tengok katil secantik ni. Empuk pula tu..."

Lelaki tua melabuhkan punggungnya ke atas katil tersebut. "Selesanya"

"Ni la masanya aku nak tidur atas katil best macam ni... Aku tidur setengah jam pun ok ni. Ada 2 jam setengah lagi untuk ambil semua barang-barang lain"

Lalu, terlelap lah lelaki tua itu. Bukan 30 minit, tetapi hampir 3 jam, meninggalkan 10 jam berbaki untuknya mengambil habuannya.

Terkejutnya lelaki itu dan ia terus mengambil apa sahaja memenuhi guni barangannya. Banyak... Namun akhirnya pintu tertutup. Dan dia tidak sempat mengeluarkan guninya.

Terlepaslah peluang lelaki tua itu untuk mengambil barang-barang berharga dari gudang harta sultan. Yang hanya sempat dirasainya ialah enaknya tidur sesaat.


Jangan bazirkan waktu mudamu

Begitu juga keadaan kita wahai ikhwah akhawat sekalian. Kita mempunyai had masa di atas muka bumi ini.

Kumpulkanlah sebanyak mungkin amalan di atas muka bumi ini. Jangan kita pertangguhkan masa kita. Jangan kita digoda dan membazirkan masa kita dengan distraction yang ada. Memang itu tugas syaitan untuk melalaikan kita.

Jangan kita terlena. Rehat kita yang sebenarnya adalah di alam akhirat itu. Suatu kepastian yang nyata...

Thursday, August 29, 2013

~pesanan buat penuntut ilmu~

duhai Allah yang Maha Melihat,kurniakanlah kepada kami ilmu yang bisa mengenalkan kami kepadaMu dan RasulMu,ilmu yang bisa menetapkan langkah kami untuk terus berjalan lurus di landasan syariatMu.Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,lindungilah diri kami dengan ilmu ini dan dari amal yang menyesatkan.Amin ya Robbal Alamin.

Matlamat seorang pemburu ilmu Allah swt ialah memperolehi ilmu yang bermanfaat.Apakah makna sebenar ilmu yaang bermanfaat itu?Adakah ia digunakan untuk kepentingan dunia semata-mata atau hanya ingin mendapat status di mata masyarakat?Bermanfaatkah segala ilmu yang dipelajari sekiranya kita berada semakin jauh dari Tuhan?Ingatlah,dengan ilmu,manusia boleh meningkatkan darjat kemuliaannya di mata manusia,tetapi belum tentu dapat meningkatkan darjatnya di hadapanNya.

Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman!apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah swt melapangkan  (segala halnya) untuk kamu.Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,supaya Allah swt meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Semoga dengan kesungguhan kita memburu ilmu ilmu Allah swt ini,menjadikan kita lebih hampir denganNya dan merasa bertanggungjawab dengan amanah ilmu yang dipikul.Walaupun kita patut merasa beruntung kerana Rasulullah saw sendiri telah menjanjikan bahawa jalan kita ini adalah salah satu lorong azab yang dahsyat di hari kemudian kelak.hari yang tiada siapa dapat menolong kecuali amalam kita yang ikhlas di muka bumi.

NABI MUHAMMAD SAW:
"sedahsyat-dahsyat manusia yang menerima azab pada hari kiamat ialah orang 'alim yang tidak beramal dengan ilmunya...'"

Apalah gunanya kita mempelajari cara bersolat dengan betul dari pelbagai kitab tetapi solat kita masih di takut lama.Seperti solat orang-orang yang hanya mengikut orang lain bersolat tanpa mengambil kira soal rukun dan syaratnya tanpa sebarang usaha memperbaikinya .Mengqadhakan solat menjadi perkara biasa .Puluhan dalil telah kita hafaz mengenai kelebihan solat berjemaah tapi masih tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian.Surau dan masjid tetap didatangi dengan tetamu yang sama setiap hari.

Jika di dunia ini kita tidak ingin menjadi tetamu  Allah swt adakah di akhirat kelak Allah Allah swt sudi menerima kedatangan kita sebagai tetamuNya di syurga yang tidak terhitung kenikmatannya.Apalah erti kita mempelajari ilmu akhlak tetapi tetap juga sentiasa menyakiti hati teman-teman,tidak menghormati orang lain dan sentiasa mementingkan diri sendiri.Berkajang-kajang nota tauhid yang kita hafaz tetapi tetap ingkar dengan kuasa dan kehendak Allah swt.Tiada perasaan gerun dengan Tuhan,maksiat terus dilakukan,masih menganggap dosa kecil akan terhapus dengan hanya simbahan air wudhu semata-mata serta tidak yakin dengan sifat Al-Qahhar dan Al-JAbbar Allah swt.

Imam malik bin Anas ra berkata,
"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepadaian atau banyaknya meriwayatkan (sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah swt ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah swt dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Ilmu itu hakikatnya adalah kalimah-kalimah Allah Azza wajalla.Terhadap ilmuNya sungguhnya tidak akan pernah ada satu pun makhluk di jagat raya ini yang mampu mengukur luasnya ilmu Allah swt.sesuai dengan firmanNya,

Katakanlah (wahai muhammad),"kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku.walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya,sebagai bantuan"(QS :AL KAHFI:108)

Adapun ilmu yang dititipkan pada manusia mungkin tidak lebih dar setitik air di tengah samudera luas.Akan tetapi,walaupun hanya setitis ilmu Allah swt yang dititipkan manusia,namun semakin banyak ilmu itu kita kaji membuat kita semakin takut kepada Allah swt.Inilah ilmu yang paling berkat yan harus kita cari dengan hati yang ikhlas.

Perkara yang mesti diteliti adalah kaedah memperolehi ilmu yang dapat menyinari dan meluas di dalam dada serta membuka hijab di hati.Imam syafie ketika menuntut ilmu,pernah mengeluh kepada gurunya."wahai guru,mengapa ilmu yang sedang kukaji ini susah sekali intuk aku memahaminya,bahkan cepat lupa?"gurunya menjawab,"ilmu itu ibarat cahaya.Ia hanya dapat menerangi gelas bening dan bersih".Ertinya,ilmu itu tidak akan menerangi hati yang penuh kekotoran.

Pernahkah kita menemui seorang pemburu ilmu Allah swt yang sering ke majlis-majlis ilmu tetapi tetap berhati kotor?Bagaimanakah ia boleh berlaku sedangkan ilmu itu cahaya dan ia tidak menerangi orang-orang yang melakukan maksiat.Walau seterang mana sekalipun cahaya,sinarnya tidak akan dapat menembus hitam maksiat yang pekat membalut hati.Alangkah ruginya kita.

Sedangkan kalau hati kita bersih ibarat gelas yang bersih diisi air yang bening.Setitik cahaya pun mampu menerangi seisi gelas.Sebaik-baik ilmu adalah yang mempu membuat hati kita bercahaya.Namun,mudah-mudahan kita dimudahkan olehNya untuk mendapakan  ilmu ysng menjadi pelita di dalam kegelapan dn menjadi jalan untuk bertaqarrub kepadaNya.

Videos Posted by Sayyid Zuhdi- Bahibbik Ya Biladi.mp4

Monday, August 19, 2013

RAMADHAN PLUS SYAWAL=)


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

MATEMATIK FADHILAT SETAHUN

Dikatakan bahawa ‘seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.

kaedah kira2nya begini:

30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.

Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,

“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya) hingga kepada 700 kali ganda… ..”

Jadi, kalau pakai gandaan yang paling minimum iaitu 10, maka hasilnya ialah 360 hari. BETUL TAK?

Bila Nak Mula Puasa tu?

Yang terbaik/afdhal ialah bermula 2 syawal hinggalah 7 syawal secara berturut2. Kemudian bolehlah beraya 6 pada 8 syawal.

Kalau nak puasa 1 syawal boleh ke?

Kalau serban sebesar bakul sekalipun, warak setara mana pun, alim sehebat mana sekalipun, tetap HARAM puasa pada 1 syawal. Hari tu khusus untuk kita berhari raya kerana menandakan kita sudah berjaya memfitrahkan diri kita kerana Aidil fitri itu sendiri bermaksud kita ‘KEMBALI KEPADA FITRAH’. Apa yang fitrahnya? Apabila kita dah berpuasa sebulan dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan, mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Allah jalla wa ‘la, maka diri kita sudah dikira kembali kepada sediakala seperti waktu kita dilahirkan dahulu, iaitu dalam keadaan tiada dosa walau sebesar zarah sekalipun. Inilah HAKIKAT SEBENAR Hari Raya Aidil Fitri.

Kalau Puasa berselang seli dapat juga ke fadhilatnya?

Ya, Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tidak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalau berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalau puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yang keenam, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yang afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yang penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!

Kalau macam tu, kesian la kat pompuan yang uzur d bulan Ramadhan?Tak dapat fadhilat setahun la…

Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa ganti sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.

Kalau nak niat serentak puasa QADHA’ dan SUNAT SYAWAL, boleh ke??

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.
Dalam mazhab Syafi’e, setengah ulama’ mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha’ sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat !!

Jadi, tak payah niat serentak lah atas dasar mera’ikan kaedah ‘Khilaful Aula’, iaitu mera’ikan pandangan yang mengatakan Tidak Sah niat puasa serentak qadha’ dan sunat.

WALLAHU A’LAM.

Sunday, July 21, 2013

DON'T FORGET ALLAH ~ Farid Sanullah ~

Saturday, June 22, 2013

6 perkara yang Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

P/s : Wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

wajah direnung malaikat maut 70 kali sehari


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan Malaikat Maut.

1 hari=24 jam=1440 minit

1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
WALLAHUALLAM.