CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 5, 2013

HADITH 27:KEBAIKAN DAN DOSA

Daripada Nawas bin sim'an r.a meriwayatkan daripada Nabi saw,Baginda bersabda:

maksudnya: "kebaikan adalah akhlak yang baik,sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya."
(Riwayat Ahmad 4/228,al-bukhari dalam Al-Adab no.295 dan muslim no.2553)

Dan daripada Wabishah bin ma'bad r.a berkata,bahawa beliau datang kepada Rasulullah saw,Baginda bersabda yang bermaksud:
                                         "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?'saya menjawab:'benar!'Baginda bersabda:

                                        "mintalah fatwa kepada kamu sendiri.Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwadan hati,sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati,meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu,"
                                                                                (riwayat Ahmad no.18006 dan al-Darimi (2l249)

ini adalah hadith yang kami riwayatkan daripada dua imam,iaitu imam Ahmad bin hanbal dan imam al-darimi dengan sanad hasan.

Huraian dan inti pari

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
          "kebajikan itu keluhuran akhlak."

maksudnya ialah bahawa keluhuran akhlak adalah sebaik-baik kebajikan,sebagaiman sabda Baginda lagi yang bermaksud:
               "haji adalah Arafah"

Kebajikan adalah perbuatan yang menjadikan pelakunya bertambah baik,selalu berupaya mengikuti orang yang berbuat baik dan taat kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi.

Kebajikan digunakan kepada dua pengertian:

  1. untuk sekalian makhluk
  • sesama manusia
  • Kedua-dua ibubapa
  • Orang yang hampir dengan kita
  1. 1)melaksanakan segala amal taat
  • zahir
               -membelanjakan harta menurut yang diredhai Allah,mendirikan solat,mengeluarkan  
zakat,menyemp[urnakan janji,sabar menghadapi segala kesusahan seperti kesakitan dan kemiskinan.
  • batin
               -Keimanan terhadap Allah swt,malaikatNya,segala kitab,rasulNya,hari qiamat serta qada dan qadar.

MAKSUD BERAKHLAK BAIK-
  • JUJUR dalam bermuamalah(berjual beli)
  • BERSANTUN dalam berusaha
  • ADIL dalm menghukum
  • BERSUNGGUH -SUNGGUH dalam berbuat kebajikan
Antara sifat orang mukmin yang Allah telah sebutkan dalam surah Al-Anfal ayat 2-4 ialah:

"orang mukmin ialah orang yang ketika nama Allah disebut,hati mereka gementar,dan ketika ayat-ayatNya dibacxakan kepada mereka,iman mereka bertambah dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(iaitu) mereka yang melaksanakan solat dan meengeluarkan infak daripada sebahagian harta yang Kami berikan kepada mereka.Mereka itulah orang yang benar-benar mukmin."

BAGAIMANA MENGESAN DOSA??

-Ibn Mas'ud berkata:
                                     "dosa itu menggoncangkan hati"

*apabila kita melakukan dosa,hati kita sentiasa berada di dalam keadaan berdebar,bergetar,gelisah,cemas,takut,bimbang dilihat atau diceritakan oleh orang lain.

cuba anda bayangkan situasi berikut:
memakan atau menggunakan harta yang diamanahkan kepda anda untuk menyimpannya sahaja.
  • berkhalwat iaitu bersendirian antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempay yang sunyi.
  • melengah-lengahkan solat hingga habis waktu
TANYALAH HATI
-HAti ialah pedoman atau pengkur bagi menentukan sesuatu perkara yang duhadapi seseorang.

Abu tha'labah al-khasyani meminta kepada Rasulullah saw supaya diterangkan apakah yang halal baginya dan yang haram atasnya?Rasulullah menyatakan,"kebaikan yang halal itu ialah sesuatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya.Dosa itu ialah sesuatu yang tiada tetap oleh diri dan tiada tenang oleh hati."
(riwayat Iman Ahamd daripada Abdullah bin al-Ala bin Zayd)

WASIAT NABI ADAM AS..
Menurut riwayat dalam syarah al-arbain al-nawawiyyah,Nabi adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya:
  • jika kamu hendak berbuat sesuatu,tetapi hatimu gelisah kerana,maka janganlah kamu teruskan.sewaktu akan memakan buah khuldi,hatiku telah bergoncang dan gelisah.
  • jika kamu hendak mengerjakan sesuatu perkata,lihatlah kesudahanyya.Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut,tentu aku tidak memakannya.
  • jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara,maka,berundinglah dengan orang yang arif.kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat,tentu diberitahu kepda aku supaya aku tidak memakan buah yang terlarang itu.


                                        

Thursday, March 28, 2013

Al-mukmin wa'abdullah

bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim...
aslmkm wbt buat pmbaca2...?
Ada sdikit cerita yakni perkongsian dismping mmberi phala buat shbat yg mmbaca insyaAllah..sblum tu mari sma kita berzikir memuji yg Esa..
Subhanallah(Maha suci Allah)..
subhanallah(Maha suci Allah)..
subhanallah(Maha suci Allah)..
Alhamdulillah(segala puji bg Allah)..
alhamdulillah(segala puji bg Allah),..
alhamdulillah(segala puji bg Allah)...
AllahuAkbar(Allah Maha besar)..
AllahuAkbar(Allah Maha besar)..
AllahuAkbar(Allah Maha besar)...
Lailaha illallah MuhammadarRasulullah saw..(TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH(UTUSAN) ALLAH)

Baiklah,Alhamdulillah semoga niat kita berzikir,di smping mengingati dan menginsafi diri ikhlas krana Allah..,aameen
baru2 nenda ana telah dijemput mghadpNya pd jam 9 mlm malaysia...awalnya mmg rsa sedih dgn kehilgannya..namun,apakan dya,hya mmpu berserah dgn takdirNya...jika kita terlalu sedih dgn kehilgn seseorg yg kita syangi hingga boleh memudharatkan diri kita,ibarat kita mmbinsakan kita dan mndtgkan kemurkaan Allah pd kita..jadi,bykkn sbr dan doa,bykkn sedeqahkan al-fatihah dan yaasiin buat allahyarham/ah...

Ana ada satu kisah dimana seorg ibu ini mmpunyai 4 org anak lelaki.Anak yg pertma,apabila sudah sedikit dewasa,beliau hntar ke medan perang u berperang sma2 dgn Rasulullah,kemudian anaknya meninggal syahid(alhamdulillah),kemudian,lahir pula anak kedua,beliau melakukan hal yg sama seterusnya yg ketiga dan keempat...beliau melalui kehidupan dgn kehilgn anak2nya itu tnpa rsa sedih dan hiba...

Apabila smpainya anak yg keempat,setelah meninggal,beliau sedih..kemudian,sahabiahnya yg lain bertanya ,"mengapakah kamu sedih stelah kehilgn anakmu yg keempat,sdgkan anakmu yg pertma hingga yg ketiga kamu tidak?"...jawabnya,"kerana spls ini aku tidak mmpunyai anak lgi u ku hntr bg menegakkn agama Allah...Allah...

Sahabt sekalian,nk tahu tak..yg keempat2 anaknya meninggal syahid di medan perang demi menegakkan agama Allah...beruntung sekali si ibu yg melahirkan...persoaln dri ana...1)apakah perkra yg kita lakukan telah mmbanggakan ibu kita?
2)apakah yg telah kita korbankan u agama Allah?
3)apakah usaha yg telah kita lakukan?

-kat sini ana taknakla sekdr bertya tnpa jwpan yg terjwab..
-sedikit perkongsian dri ana apa yg perlu kita lakukan u agma Allah sdgkan kita masih lagi kurang ilmu,tidak mmpunyai wang u mnderma dan menyumbang,hya mghrpkan bntuan org lain lgi..(bgitu juga ana)..
 
TAPI KITA BOLEH CUBA DENGAN....
-sntiasa berdoa u agama Allah dan iman,taqwa,ilmu sntiasa dipelihara dan terpelihra
-sentiasa memikirkan ujian yg Allah turunkan u shabt kita yg berada di mana2 shj y mana sedg berjuang u menegakkn kalimah Illalhi..
-boleh kita smpaikan mungkin melalui laman web,blog,vlog,fb,dsbg...
-boleh kita cuba buat puisi,sjak,pantun,teka-teki yg berkaitn dgn islam spya tersebr luas,,,
-boleh reka cop u baju,spy siap yg melihat mungkin boleh mngkatkan smgt juangnya u islam dan mmperbaiki diri..
-dgn budk2 pula,kita duduk di smping mereka kemudian kita cuba cerita tntg kisah2 para Nabi terdhulu spya besar nnti mereka lebih mudah fhm dan ambil pgajaran..
-msenge pda rakan2 tntg hadith2 Rasulullah,kata2 para shbt perjuangan dsb..
mcm2 lgi sbnarnya...

cuma kena byk fikir,asah fikirn...=bykkn bca al-quran,fhami yg nk dismpaikan,zikrullah
insyaAllah2!!..lillahitaala..wassalam

Monday, March 18, 2013

iman vs syaitan


Disaat syaitan menggoda diri supaya tidak melakukan amal ibadat kepada Allah.
Hati berkata:
" Aku mengharapkan pahala daripada Allah dengan melakukan pelbagai ketaatan dan amal ibadat, aku harus mempunyai bekalan demi akhirat yang kekal, soal amalku diterima atau tidak bukan urusanku."

Disaat syaitan berbisik menyuruh diri membuat amal bila sudah tua nanti.
Hati berkata:
" Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku melengah-lengahkan amalan hari ini atau esok hanya membuat aku rugi, sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan."

Disaat syaitan berbisik menyuruh diri tergesa-gesa dalam beramal dan kebaikan.
Hati berkata:
" Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik dari amal yang banyak tetapi tidak sempurna."

Disaat syaitan mendorong agar membuat amalan kerana manusia.
Hati berkata:
" Bagiku, penilaian cukup hanya daripada Allah, dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia."

Disaat syaitan berbisik memuji diri yang banyak membuat kebaikan.
Hati berkata:
" Sesungguhnya kesempurnaan dan keagungan itu hanyalah milik Allah, bukan kekuatan dan kekuasaan manusia. Allah juga yang melimpahkan taufik dan hidayat kepada diri. Reda terhadap amalannya dan memberi pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurnia Allah apalah erti amalannya, dibandingkan dengan banyak nikmat Allah yang diberikan kepadanya, disamping dosa yang banyak pula."

Disaat syaitan menanamkan keraguan pada amalan yang dilakukan.
Hati berkata:
" Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintah-Nya. Allah Maha Mengetahui apa sahaja sesuai dengan kehendak-Nya. Walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku tetap beribadat untuk menambahkan pahala. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku juga tetap akan beribadat agar aku tidak akan menyesal. Sekiranya aku masuk ke neraka, padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada masuk neraka kerana berbuat maksiat."

"Ya Allah,
Tabahkan hatiku Ya Allah...ingatkanlah aku kembali akan tempat kembaliku...tabahlah duhai hati, ingatlah Allah Yang Maha Esa...;-("

Sesungguhnya sesiapa yang mengikuti ajaran iblis, hilanglah agamanya, sesiapa yang menuruti nafsu, hilanglah roh insaninya, sesiapa yang mengikuti hawa nafsu, hilanglah akalnya, sesiapa yang menuruti dunia, hilanglah akhiratnya, sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya, hilanglah syurganya dan sesiapa yang menuruti ajakan Allah Taala, 0hilanglah keburukannya dan memperolehi seluruh kebaikan.;-

Ad-daie

Amar ma'ruf nahimungkar...
Apa yang sahabt sahabiah fikir bila dibentangkan tentang tajuk di atas??
>buat ma'ruf yakni kebaikan dan nahi mungkar yakni mencegah kemungkran<

Bak kata seorang kak usrah ana,"kit selalu buat ma'ruf tapi cegah mungkar??",terdiam semua memkirkn apa yg aku dh buat yakni pncegahan dlm islam???
fikir2kn..apa yg kita dh sumbgkan untuk agama kita dlm mmperthnkan dan mmbela agama Allah ni..mungkin ad yg menyatkn BESARNYA tjuk dia ni..baiklah,,step first dulu..

  1. DIRI SENDIRI= fikir apa yg kelemahan aku dan apa yg aku buat dgn kelemahn itu supya aku gunakan klamahan aku itu agar suatu hari mmberi mnfaat u aku..contoh terdekat;NAFSU=kita tahu setiap orang ada nafsu..tapi mcmana nk kalannya??
jwapannya dengan IMAN...jga iman jga hati,jaga pglihtn,jga maruah diri ,agam,keluarga....
HIDUP BERJEMAAH sgtlah pnting.push up;cri ilmu yg boleh beri mnfaat u kita,cri masa yg boleh bg komitment u improvekn iman kita(tgktkn)
sbda Rasululllah s.a.w:....sebaik2 kmu adalah mukmin yg dpt mmnfaatkn masa dgn sebaiknya"..
jdi,insyaAllah kita boleh isikn masa kita dgn sesuatu yg boleh menguatkn lgi fikrn d iman kita..wallahualm
2.  SAHABAT: andai kita terlihat shbt kita yg melakuk satu perkra yg tidak baik,yg mana kita thu itu mrupakan suatu ksalahn,TEGURLAH DI DGN BERHIKMAH..
sbda Rasulullah s.a.w:"sebaik-baik kamu adalah seorg mukmin yg mencintai saudaranya sprtima dia mncinti dirinya sendiri",
mcmana kita jga iman dan diri kita,mcmtu juga kita jga shbt kita.Kebanyakan org akn kta."aku sndiri pun xbaik mcmana aku nk dkwah @ ajakkwan aku buat baik"..herm kalau ad lhiriah mcmtu,,abaikan shbt..kerana itu mrupkan slah satu jln suntikan syaitan yg hya melemahkn kamu dlm mmbuat kebaikn,,kan syaitan pun ada jnji dgn Allah swt u meyesatkn anak adam..jdi,kita kena kuat..tegur shj shbt kita,,biarlah dia nk beri feedback mcmana pun pd kita,yg pnting kita buat krna Allah,krna kita tahu,dan krna kita syg pd dia.

Sabda Rasululllah s.a.w:"ballighu 'anni walau ayah",,maksudnya"smpaikn drpdku walaupun spotong ayat"..ana nk jlskn kt sini bhwa sbyk manapun dosa dan kslahn yg kita lakukn tapi kita cuma tahu bhwa solat itu wajib,kita cuma tahu hukum itu shj,,jdi,itu pun akn dpt phla rahmat dri Allah..

(wahai shbt,jgnlah engkau mmbiarkan dirimu masuk syurga seorg diri,bwa daku bersmamu dlm keredhaan Illahi,,jgn tingglkan daku sndiran mnjlani bhang kepansa Azab Allah yg sgt sakit mnderita,jika,dirimu berfikrn sbegitu bermkna engkau kedekut dlm mnjlani hidup ini..)

mungkin stkat ini shja dulu,ringksn dri ana,insyaAllah jika diizinkn Allah u ana menaip ruangn dkwah ini,ana akn smbung lagi insyaAllah,,,salam mahabbahlillahitaala


Bicara Ain Hayaati : 10 Pesanan Imam Hasan Al-Basri

Bicara Ain Hayaati : 10 Pesanan Imam Hasan Al-Basri: IMAM HASAN AL-BASRI , seorang ulama terkemuka dalam peradaban islam.Beliau dilahirkan di Madinah sewaktu zaman pemerintahan Umar Al-Khattab ...

Wednesday, March 13, 2013

::Bidadari Islam::

khas untukmu wahai bidadari islam... @-}--

wanita yang disayangi
adalah pencinta Tuhannya...
yang mengalir cinta,takut,dan harap...
yang mengusai perjalanan penghidupannya..
dari waktu ke waktu...
dari hari ke hari..
sehingga perjalanan di antara..
jasad dan nyawanya berakhir..

wanita yang dirindui...
adalah wanita yang dimata dan wajahnya..
terpancar sinar nur Ilahi..
lidahnya basah dengan zikrullah..
di sudut hati kecilnya..
sentiasa membesarkan Allah..

wanita yang dicintai..
yang menutup auratnya..
dari pandangan mata ajnabi..
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya..
di sanjung tinggi..
penduduk langit dan bumi..

wanita yang diimpikan..
adalah yang mendekatkan..
hatinya yang telah jauh..
kepada Ar-rahman, Ar-rahim..
di saat orang lain dilamar kebendaan..

wanita yang dikasihi..
yang bersyukur dengan apa yang ada..
yang bersabar pada yang tiada..
cinta pada hidup yang sederhana..
yang tidak bermata benda..

wanita yang disukai..
menjadi dian pada dirinya..
menjadi pelita untuk putera-puterinya..
yang bakal dilahirkan..
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..

~ ALLAHUALLAH…

At-tawadhu'

Petikan Kuliah Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Bukhary (10/3/2012 Ahad)

Orang yang mempunyai sifat Tawaddu' akan mempunyai 2kelebihannya :
1) Akan diangkatkan darjatnya oleh Allah Ta'ala
2) Hati dan perasaannya akan dijaga oleh Allah, kerana orang yang memiliki sifat tawaddu' ini akan sentiasa menjaga hati dan perasaan saudaranya..

Antara ciri orang yang memilik sifat tawaddu' :
1) Sentiasa berlemah lembut dgn saudaranya
2) Sentiasa menjaga hati dan perasaan saudaranya
3) Sentiasa ingin memenuhi hajat saudaranya.

Sekali kita memenuhi hajat saudara kita didunia ini, akan Allah Ta'ala memenuhi 70 hajat kita di dunia juga di Akhirat kelak.. Allahu robbi...

sama2 kita ambil manfaatnya ya =)