CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 24, 2018

Sharing Surah 3 : 158 - 165

Aslmkm..
diri ini bukan ulama' untuk menilai,
tafsiran secara kasar mampu kukongsikan tapi dikuatiri ada salah fahamannya.
jadi saya bawakan untuk anda, tafsiran Surah Ali Imran ayat 158-165 dirujuk oleh Maulana Hadi dan Nouman Ali.
Semoga bermanfaat. ^_^

Link :   https://celiktafsir.net/2016/01/02/tafsir-surah-ali-imran-ayat-158-165/
(boleh buka di sini untuk tafsiran ayat yang lain juga)

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 158 – 165 (Sifat seorang pemimpin)

Ayat 158: Dalam ayat sebelum ini, disebut bahawa kalau sesiapa yang mati semasa berjihad di jalan Allah, atau mati biasa semasa mengerjakan suruhan Allah, Allah akan membalas dengan keampunan dan rahmat dariNya.

وَلَئِن مُتُّم أَو قُتِلتُم لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
And whether you die or are killed, unto Allāh you will be gathered.
MALAY
Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan).

وَلَئِن مُتُّم أَو قُتِلتُم

Demi sesungguhnya! jika kamu mati atau terbunuh, 
Samada mati biasa atau mati berjihad.

لَإِلَى اللَّهِ تُحشَرونَ

sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan
Kepada Allah akan dikumpulkan semua sekali. Tidak pergi ke mana. Maka, apakah yang kita akan persembahkan kepada Allah? Adakah dengan dosa atau dengan pahala?


Ayat 159: Walaupun para sahabat ada yang melakukan kesalahan, tapi Nabi tak hukum mereka. Mereka masih boleh duduk-duduk bersama majlis Nabi. Nabi kata semua yang terjadi itu adalah takdir Allah. Cuma Nabi berilah nasihat supaya perkara itu jangan bagi terjadi lagi. Nabi boleh bersabar dengan mereka kerana Nabi telah diberikan dengan sifat tabah. Itu menunjukkan betapa untungnya sahabat Nabi, kerana mendapat seorang pemimpin seperti Nabi Muhammad. Jadi ayat ini adalah tasliah kepada sahabat Nabi.

فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم ۖ وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ ۖ فَاعفُ عَنهُم وَاستَغفِر لَهُم وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ ۖ فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
So by mercy from Allāh, [O Muḥammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allāh. Indeed, Allāh loves those who rely [upon Him].
MALAY
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

فَبِما رَحمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُم

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
Dengan sebab rahmat yang Allah telah beri kepada Nabi, Nabi masih dapat berlembut dengan mereka. Allah ingatkan bahwasanya sifat berlembut itu datangnya dari Allah. Allah mahu supaya Nabi berlembut kepada umatnya kerana baginda mewakili rahmat Allah. Walaupun kesalahan mereka berat, sampai ramai mati, mereka boleh duduk-duduk dengan Nabi kerana Nabi tidak marah mereka. Ini adalah sifat pemimpin yang baik dan Nabi ada sifat ini. Kita juga kena ambil pengajaran dari sifat ini.

وَلَو كُنتَ فَظًّا غَليظَ القَلبِ لَانفَضّوا مِن حَولِكَ

dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. 
Allah beritahu yang kalau Nabi berlidah tajam فَظًّا (cakap yang menikam hati), atau غَليظَ القَلبِ – hati keras tidak mudah maafkan orang, niscaya sahabat-sahabat yang berjuang bersama baginda itu akan lari dari baginda. Tapi kerana sifat baginda yang lembut terhadap mereka, mereka tidak lari. Mereka tahu mereka salah tapi mereka masih boleh duduk dengan baginda, kerana Nabi masih melayan mereka dengan baik. Ini mengajar kita tentang kepemimpinan.
Kita kena berlembut dengan orang bawahan kita. Kerana kena jaga emosi mereka. Bayangkanlah para sahabat itu bukan calang-calang manusia. Mereka sanggup bermatian kerana Islam dan kerana Nabi Muhammad itu Rasulullah. Tapi kalau mereka pun kena maki dengan Nabi, mereka pun akan lari juga dari sisi baginda. Jadi kalau kita berada dalam kedudukan tinggi dalam keluarga, dalam kelas pengajian, dalam persatuan, dalam halaqah dan sebagainya, kena ambil tahu perkara ini. Walaupun sama-sama belajar, tapi kalau pemimpin atau ustaz itu jenis kaki maki, tuduh anak murid tanpa usul periksa, anak murid pun boleh lari. Bukannya anak murid itu tidak mahu belajar, tolak Islam atau munafik, tapi perangai ustaz itu yang menjauhkan anak murid. Janganlah bila anak murid dah tak datang kelas pengajian, tuduh anak murid ‘dah rasa pandai’… dan macam-macam tuduhan lagi. Kena tengok kepada diri sendiri dahulu, apa kesalahan yang kita dah buat. Sama jugalah dengan pemimpin dalam persatuan dan apa-apa perkumpulan pun. Walaupun perkumpulan itu tentang menegakkan agama Islam. Bukannya mereka sudah tidak mahu tolong agama Islam, tapi mereka sudah tidak sesuai dengan pemimpin yang memimpin persatuan itu.
Kita jangan pula kata: Nabi bolehlah maafkan mereka sebab baginda itu Nabi. Kita kena ingat yang akhlak Nabi itu adalah contoh ikutan kita. Kerana Nabi bukan memainkan peranan sebagai Rasul sahaja, tapi sebagai ayah, sebagai ketua, sebagai sahabat, dan macam-macam lagi. Kerana Nabi pakai banyak ‘topi’ dan kita kena peka perlakuan Nabi. Kalau bukan akhlak dan contoh Nabi yang kita ikut, contoh siapa lagi?

فَاعفُ عَنهُم

Oleh itu maafkanlah mereka
Maaf sahajalah kesilapan mereka. Semua manusia akan melakukan kesilapan. Mereka telah belajar dari kesilapan mereka. Dan Allah pun sudah maafkan mereka.

وَاستَغفِر لَهُم

dan pohonkanlah ampun bagi mereka, 
Nabi disuruh minta ampun kepada Allah bagi pihak mereka.

وَشاوِرهُم فِي الأَمرِ

dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
Dan sentiasa minta cadangan mereka dalam urusan-urusan khas. Tunjuk yang pandangan mereka dipandang. Tentu perasaan mereka akan lebih lega. Jangan sisihkan mereka. Kalau kita tak marah kepada mereka, tapi pendapat mereka tidak didengari lagi, tentulah mereka akan terasa juga, bukan? Ayat ini mengajar pemimpin untuk dengar pendapat orang bawahan. Betul-betul dengar. Bukan menunjuk macam dengar sahaja.

فَإِذا عَزَمتَ فَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ

Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, 
Cuma dalam mesyuarat, tidak tengok majoriti atau minoriti. Kalau dah nekad kepada satu keputusan, maka peganglah keputusan itu. Apa sahaja yang berlaku, bukanlah disebabkan oleh mesyuarat itu. Hendaklah serah kepada Allah dan tawakal. Apa yang berlaku adalah keputusan Allah. Buat mesyuarat adalah dasar ikhtiar. Serah  kepada Allah. Kejayaan atau kegagalan di tangan Allah.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلينَ

sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Allah mahu kita bertawakal dan menyerah kepada Allah sahaja. Ali Imran 149-159


Ayat 160:

إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم ۖ وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِن بَعدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
If Allāh should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allāh let the believers rely.
MALAY
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

إِن يَنصُركُمُ اللَّهُ فَلا غالِبَ لَكُم

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu;
Orang mukmin sedar yang pertolongan Allah akan diberi kepada mukminin yang jaga syarat (antaranya kena bertaqwa dan taat kepada pemimpin perang). Dan kita kena sedar yang kita amat memerlukan pertolongan Allah. Kalau Allah tolong, tidak akan kuasa lain yang dapat mengalahkan kita. غالِبَ adalah apabila ada kuasa yang lebih kuat dari kita yang paksa kita melakukan sesuatu. Tidak kira apa yang mereka ada. Bukankah sudah banyak contoh peperangan yang tentera Islam bilangannya sedikit, tapi mereka tetap menang?

وَإِن يَخذُلكُم فَمَن ذَا الَّذي يَنصُرُكُم مِن بَعدِهِ

dan jika Ia meninggalkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah?
Kalau Allah sudah tinggalkan kita, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita langsung. Walaupun satu dunia nak tolong kita. Perkataan يَخذُلكُم berasal dari خدل yang bermaksud kawan yang meninggalkan kawannya semasa kawannya itu amat memerlukan pertolongan. Kita memang amat memerlukan pertolongan Allah, bukan? Tapi kalau Allah tinggalkan kita? Maka, hendaklah kita jaga syariat.
Lafaz خدل bermaksud meninggalkan kawan semasa kawan itu memerlukan pertolongan. Inilah yang telah dilakukan oleh puak munafik apabila 300 dari mereka meninggalkan Nabi dan para sahabat di medan Uhud. Sekarang Allah kata, kalau Dia tinggalkan kita sewaktu kita memerlukanNya, bagaimana? Jika Allah biarkan kita kerana akidah kita salah atau kita tidak jaga hukum, tidak ada sesiapa yang akan dapat kita.

وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Maka orang yang beriman, kena tawakal kepada Allah. Kena jaga hukum Tuhan.


Ayat 161: Orang munafik hanya pandang kepentingan dunia sahaja. Mereka tidak fikir tentang akhirat. Pernah dalam satu peperangan, ada harta rampasan perang yang hilang. Puak munafik tuduh Nabi Muhammad yang ambil. Allah turunkan ayat ini.

وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ ۚ وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ القِيامَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ ما كَسَبَت وَهُم لا يُظلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
It is not [attributable] to any prophet that he would act unfaithfully [in regard to war booty]. And whoever betrays, [taking unlawfully], will come with what he took on the Day of Resurrection. Then will every soul be [fully] compensated for what it earned, and they will not be wronged.
MALAY
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

وَما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu berkhianat
Tidak layak seorang Nabi curi harta rampasan. Tujuan Nabi berperang bukanlah kerana mahukan harta. Tuduhan mereka itu memang tidak patut. Mereka tuduh begitu kerana mereka sendiri yang mementingkan harta benda.

وَمَن يَغلُل يَأتِ بِما غَلَّ يَومَ القِيامَةِ

dan sesiapa yang berkhianat, dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu;
Dalam hukum peperangan, harta rampasan tidak boleh diambil sebelum dibahagikan oleh pemimpin. Memang ada bahagian yang akan diberikan kepada mereka yang menyertai perang itu, tapi hanya boleh diambil selepas dibahagikan. Kalau ada yang ambil juga, di akhirat nanti dia akan bawa harta itu dan kena tunjuk untuk diadili oleh Allah.

ثُمَّ تُوَفّىٰ كُلُّ نَفسٍ ما كَسَبَت

kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, 
Setiap orang akan dibalas mengikut apa yang mereka telah lakukan semasa di dunia.

وَهُم لا يُظلَمونَ

sedang mereka tidak akan dizalimi.
Dan mereka tidak akan dizalimi. Allah tidak akan melakukan kezaliman. Maksudnya, apa-apa sahaja yang telah dilakukan dari kebaikan akan dibalas, tidak ada yang tertinggal. Malah akan dibalas dengan lebih lagi dari apa kebaikan yang dilakukan; dan kalau ada melakukan kesalahan, akan dibalas dengan yang sama juga – tidak dibalas dengan lebih buruk dari yang dilakukan. Dan tidak akan kena azab kalau tidak melakukannya. Kalau di dunia, kadang-kadang ada orang yang kena hukum walaupun dia tidak melakukan kesalahan, kerana mungkin hakim tidak adil, atau ada orang yang khianat dan bagi bukti yang salah. Tapi ini semua tidak akan terjadi di akhirat nanti.


Ayat 162:

أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضوانَ اللَّهِ كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأواهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
So is one who pursues the pleasure of Allāh like one who brings upon himself the anger of Allāh and whose refuge is Hell? And wretched is the destination.
MALAY
Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضوانَ اللَّهِ

Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama
Adakah sama orang yang mencari redha Allah dengan yang tidak? Cari redha Allah itu adalah dengan taat kepada hukum Allah. Nabi itu seorang yang taat kepada Allah. Perkataan رِضوانَ adalah redha dalam isim mubalaghah. Maksudnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mahu Allah redha, tapi baginda mahu Allah sangat sangat redha.

كَمَن باءَ بِسَخَطٍ مِنَ اللَّهِ

sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah?
Adakah sama dengan orang yang pulang ke akhirat dengan bawa kemurkaan سَخَطٍ dari Allah? Inilah perbandingan yang Allah hendak jelaskan. Sebelum ini disebut tentang ada yang mengatakan Nabi telah mengambil harta rampasan perang. Orang yang mengambil harta rampasan perang adalah yang mendapat murka atau kemarahan dari Allah. Oleh itu, Allah hendak bandingkan sifat Nabi dengan sifat seorang yang mendapat murka Allah. Adakah sama? Tentu tidak. Lafaz سَخَطٍ bermaksud ‘marah’ tetapi digunakan khusus apabila yang orang yang berada di kedudukan yang atas marah kepada orang bawahannya. Contohnya guru marah kepada anak murid dipanggil سَخَطٍ. Kalau anak murid yang marah kepada guru, tidaklah boleh digunakan lafaz سَخَطٍ.

وَمَأواهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المَصيرُ

tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Tempat mereka yang mendapat kemurkaan dari Allah adalah neraka jahannam. Lafaz المَصيرُ bermaksud destinasi akhir. Ianya adalah tempat yang terakhir yang akan pergi. Katakanlah kita akan pergi merata-rata tempat dalam dunia ini, tapi akhirnya kita akan pergi ke tempat yang kita akan tinggal tetap juga akhirnya, bukan? Allah beri perumpamaan bahawa Neraka itu adalah tempat tinggal yang tetap bagi mereka. Yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang munafik.


Ayat 163:

هُم دَرَجاتٌ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
They are [varying] degrees in the sight of Allāh, and Allāh is Seeing of whatever they do.
MALAY
Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.

هُم دَرَجاتٌ عِندَ اللَّهِ ۗ

Mereka itu, mempunyai tingkatan-tingkatan di sisi Allah
Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka yang dimurkai oleh Allah akan tinggal di neraka. Mereka yang dimurkai Allah dan kemudian tinggal dalam neraka, ada beberapa tingkatan dalam neraka. Tidak sama kedudukan mereka. Ada yang lebih teruk dari yang lain. Allah sahaja yang tahu apakah tingkatan mereka. Yang mendapat keredhaan Allah pun ada beberapa derajat di sisi Allah.

وَاللَّهُ بَصيرٌ بِما يَعمَلونَ

dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.
Allah tahu di manakah tingkatan mereka dan dimanakah mereka patut berada kerana Allah yang melihat apa yang mereka lakukan. Kita sebagai manusia tidak tahu. Jadi, jangan kita memandai kata orang itu akan duduk di tingkatan paling tinggi atau paling rendah.


Ayat 164: Kenapa mereka sampai hati tuduh Nabi sedangkan mereka waktu itu telah mendapat nikmat yang amat besar? Mereka telah mendapat nikmat yang amat besar, iaitu Allah pilih mereka duduk bersama Nabi.

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِن أَنفُسِهِم يَتلو عَلَيهِم آياتِهِ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتابَ وَالحِكمَةَ وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلالٍ مُبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Certainly did Allāh confer [great] favor upon the believers when He sent among them a Messenger from themselves, reciting to them His verses and purifying them and teaching them the Book [i.e., the Qur’ān] and wisdom,1 although they had been before in manifest error.
  • The Prophet’s sunnah.
MALAY
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِن أَنفُسِهِم

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
Lafaz مَنَّ digunakan apabila mengingatkan seseorang dengan pemberian yang telah diberikan. Maknanya bukan sahaja dah berikan, tapi kemudian ingatkan kembali pemberian itu atau pertolongan yang telah diberikan. Kadang-kadang kena ingatkan tentang pemberian yang telah diberi.
Kalau digunakan lafaz مَنَّ, itu bermaksud jenis pemberian dan pertolongan yang besar. Allah ingatkan mukmin tentang apa yang telah diberikan kepada mereka. Kenanglah kembali kelebihan yang mereka telah terima itu. Dalam banyak-banyak manusia, dari awal kejadian manusia sampai kiamat, mereka sahaja yang telah diberikan kelebihan duduk dan tinggal dan belajar dengan Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad.

يَتلو عَلَيهِم آياتِهِ وَيُزَكّيهِم وَيُعَلِّمُهُمُ الكِتابَ وَالحِكمَةَ

yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Hadis Nabi)
Kemudian, disenaraikan tugas Rasulullah. Ianya sama dengan doa Nabi Ibrahim semasa membina semula Kaabah, jadi boleh rujuk di ayat itu untuk tafsirnya (ayat 2:129). Kenapa lafaz diulang dalam ayat ini? Kerana semasa berperang, kita mungkin terlupa sebab asal kita berperang. Allah ingatkan kembali kepada para pejuang mukmin supaya mereka tidak lupa dan kembali ingat kepada tujuan asal mereka. Allah ingatkan kepada mukminin apa yang Nabi telah lakukan untuk mereka. Itu semua adalah nikmat yang Allah telah berikan kepada mereka.

وَإِن كانوا مِن قَبلُ لَفي ضَلالٍ مُبينٍ

Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Antara tugas Rasulullah adalah untuk membersihkan (tazkiyah) untuk membebaskan dari amalan dan fahaman yang syirik. Itu dilakukan dengan mengajar mereka Qur’an dan sunnah. Dulu mereka jelas dalam kesesatan kerana mereka sebelum itu tidak ada ilmu wahyu dan petunjuk. Oleh kerana tidak ada petunjuk, mereka telah dirosakkan dengan fahaman syirik oleh syaitan sampai mereka telah menyembah patung berhala.


Ayat 165: Ini adalah teguran kepada golongan mukmin dengan memberitahu mereka,  kenapa mereka kalah perang. Ada dari kalangan orang mukmin yang hairan, kenapa boleh kalah? Sedangkan mereka tidak buat salah apa-apa pun setahu mereka. Maknanya, tak semua para sahabat boleh faham kenapa mereka kalah. Yang telah buat kesalahan itu tahu yang kekalahan itu adalah kerana kesalahan mereka. Tetapi mukminin lain yang tak buat salah, mereka hairan kenapa boleh kalah pula? Maknanya, walaupun sedikit sahaja yang bersalah tapi kesan kepada semua sekali.

أَوَلَمّا أَصابَتكُم مُصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِثلَيها قُلتُم أَنّىٰ هٰذا ۖ قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)
Why [is it that] when a [single] disaster struck you [on the day of Uḥud], although you had struck [the enemy in the battle of Badr] with one twice as great, you said, “From where is this?” Say, “It is from yourselves [i.e., due to your sin].” Indeed, Allāh is over all things competent.
MALAY
(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kemalangan) ini? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

أَوَلَمّا أَصابَتكُم مُصيبَةٌ قَد أَصَبتُم مِثلَيها قُلتُم

Kenapa apabila kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda
Kenapa kamu hairan dengan musibah kekalahan yang menimpa kamu dalam Perang Uhud ini? Sedangkan kamu telah mendapat kemenangan dua kali ganda dulu semasa di Badr? Kamu kalah Uhud, terbunuh 70 orang. Tapi semasa Perang Badr, kamu boleh bunuh 70 orang dan tawan 70 orang.

أَنّىٰ هٰذا

kamu berkata: “Dari mana datangnya?
Kamu hairan dari mana kekalahan ini?

قُل هُوَ مِن عِندِ أَنفُسِكُم

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri”
Allah jawap yang kekalahan itu dari diri mereka sendiri kerana segelintir dari mereka tidak patuh kepada ketua. Mangsanya semua sekali kena. Allah kata ‘dari diri kamu sendiri’. Kenapa begini, sedangkan bukan mereka semua buat kesalahan? Ini adalah kerana orang Islam itu bersaudara, satu bahagian dari bahagian yang lain.
Peperangan adalah perkara serius. Para sahabat ambil pengajaran dari kisah ini. Sampai kepada kita kisah yang terjadi semasa Saad Abi Waqqas memimpin tentera Islam menentang Iraq. Waktu itu tentera Islam seramai 30 ribu orang. Beliau telah memberi arahan, kalau beliau takbir kali pertama, bersedia, jangan serang lagi. Apabila takbir kali kedua, bersedia juga, masih jangan serang. Apabila takbir kali ketiga, baru mula serang. Tetapi selepas beliau takbir kali pertama, pihak musuh sudah menyerang mereka dan ada tentera Islam yang membalas serangan tanpa menunggu takbir kali ketiga. Saad Abi Waqqas telah berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.” Dan kemudian ada pasukan Islam dari sebelah lain pula yang menyerang juga tanpa menunggu takbir ketiga. Sekali lagi Saad berdoa: “Ya Allah, aku izinkan mereka.” Saad berkata yang dia takut terjadi peristiwa Uhud kali kedua jikalau mereka tidak taat kepada beliau sebagai Ketua Perang dan beliau takut Allah tarik bantuan kepada mereka. Oleh itu beliau terus maafkan mereka yg tidak taat kepada arahannya sebelum itu. Begitulah betapa para sahabat faham dengan peristiwa Uhud itu.

إِنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Kita tidak ada hak untuk mempersoalkan.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Rujukan: 
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan

Monday, February 26, 2018

wanita yang berharga dan malu.


wanita yang berharga dan malu.

ketika zaman dahulu, wanita sering dikaitkan dengan lemah, murah dan penakut. Hal ini kerana kejahilian ketika itu merendahkan martabat wanita.
hakikatnya wanita itu seperti yang diterapkan dalam kitab Allah, golongan ini dan kanak-kanak dikategorikan golongan lemah. tidak dapat dinafikan lagi. Namun, yang dikatakan lemah, murah dan penakut itu bukan seperti yang didefinisikan oleh hati yang berpenyakit.
Lemah bermaksud akhlak mereka, sikap mereka dihiasi dengan lemah lembut. Begitujuga hati yang mudah dihiris walaupun dengan lidah yang nipis. Sangat sensitif dan lemah hati mereka walaupun dari sudut luaran mereka kelihatan kasar dan brutal.
Murah pula bukan bermaksud mudah gadaikan maruah kerana  mudah terjatuh dalam genggaman lelaki akan tetapi bermaksud murah memberi dan menerima sesuatu kebaikan. Mereka ini tidak suka akan kejahatan sebab itulah kadang mereka sanggup menerima suatu penipuan dari pihak lain kerana mereka tidak suka berita buruk menyinggah di telinga mereka. Ibarat buruk dalam baik. Itu antara contohnya.
Penakut. kerna bersifat suka untuk dilindungi dan merasa selamat. Macam lelaki, mereka bersifat melindungi dan memberi aura rasa selamat. Itulah yang kebanyakan orang nyatakan.
Jadi, berbalik pada tajuk wanita yang  berharga,
sering kali apabila disebut wanita pasti dikaitkan dengan 'pokok semalu' ,bukan? Seperti yang kita tahu apabila tumbuhan itu disentuh, pasti ia akan kucup kembali lopakan daunnya. Begitujuga wanita, sifatnya wanita salah satunya adalah malu.
Malu.
Ada hadis yang  menyebut, "malu itu sebahagian daripada Iman". Maksudnya, malu dalam berbuat keburukan atau kesalahan. Cuba kita lihat gelagat anak perempuan kita, apabila mereka malu mereka akan menyorok belakang langsir, belakang pelukan kita, bukan? Sama juga dengan malu yang saya ingin maksudnya di sini. apabila malu berbuat kejahatan, lari adalah salah satu cara untuk mengelak daripada melakukannya. Atau apabila telah lakukan secara sengaja atau tidak, pasti kita akan cari titik kekuatan semula.
Apa itu Iman?
Anda pernah dengar perkataan ini?
Iman bermaksud suatu keyakinan, kepercayaan yang dirasakan dalam hati, diucapkan dengan lidah iaitu kita lafazkan dan bukti atau tunjukkan melalui amalan. yang mana kita berbuat demikian kerna kita yakin apa yang dibuat itu betul dan hasilnya bukan sia-sia malah menguntungkan. Tidak kita sekarang mahupun akan datang.
Jadi, suka saya kaitkan iman dan malu ini kerna ia membuahkan rasa manisnya hidup kita tanpa kita sedar. Apabila kita buat kebaikan dengan rela atau ikhlas, dalam diam menjaga sekeliling dari keburukan mempengaruhi, secara tidak sedar kita akan mendatangkan keharmonian dalam diri dan orang lain. Dengan adanya iman, kita akan dapat mengawal driri dari berlebihan dalam sesuatu perkara. Contoh saya bagi, bila kita buat kopi, kita akan letak sedikit kopi dan gula. Cuba kalau kita tambah gula sehingga 3 sudu dalam satu cawan. Apa jadi pada minuman tersebut? Terlalu manis bukan, jadi khasiat kopi akan terjejas dan kesihatan akan tergugat. Sama juga dengan diri kita. Apabila tidak dapat kawal diri, perkara lain juga akan rosak dan terpengaruh.
Seterusnya, seringkali juga kita mendengar ' malu biar bertempat'.
Buat wanita terutamanya, ungkapan ini bermaksud tidak salah untuk bersifat malu, akan tetapi kita berkaitan dengan kerja atau perlunya bercakap dihadapan untuk membentang sesuatu perlunya berani. Letakkan malu itu di tepi sebentar. Still ada dalam cara percakapan atau tingakah laku tetapi jangan sampai menghalang untuk menjadi seorang yang profesional. Secara tidak langsung, orang akan pandang wanita ini dengan respect dan perspektif akan bertukar serta merta jika berbuat demikian.
Sama juga dalam situasi apabila family gathering. Ada kenalan saya wanita yang masih tidak bercakap dengan cousin mereka kerna malu. Tidak mengapa tapi jangan sampai orang tidak kenal nama kita. Takut secara tidak sedar kita memutuskan tali persaudaraan dan itulah yang Nabi Saw larang.Bergaul dengan mereka tapi jangan sampai melampaui batas dengan berpegangan atau bergelak terbahak-bahak.
wanita seorang memainkan peranan sangat penting dalam sesuatu organisasi. Kerna mereka bersikap teliti dan prihatin. Macam lelaki mereka ada juga sikap sebegini tetapi tidak sekuat wanita. Jadi, peranan wanita ini akan lebih membantu sesuatu organisasi lebih tersusun dan cemerkap. Satu sikap wanita yang perlu dikurangkan. Iaitu, emosi dan  risau yang keterlaluan dalam sesuatu perkara. Mereka kebiasaannya tidak sedar bendani namun, lelakilah yang perlu mengawalnya kadang-kadang supaya tidak explose.
wanita yang berharga, dalam tawa dia menangis kerna penat dalm uruskan rumahtangga namun dia bahagia kerna itulah kehidupan dan tanggungjawabnya. Dalam ketiadaan suami dan bapanya di rumah dia menjaga diri dan harta suami dan bapanya daripada kerosakan magupun keburukan.
Tidak mudah dipengaruhi dan dinodai dengan yang tidak layak baginya iaitu orang yang tidak halal lagi untuknya. wanita ini sifatnya bengkok maka lurus itu akan membantu untuk membentuknya iaitu kehadiran yang baik buatnya dan agamanya.

Peliharalah wanita akan dirimu dari kebinasaan kerna biadadri syurga itu sedang bersaing untuk menggantikan tempatmu.(senyum)

Friday, January 12, 2018

Kesalku...

Dengan nama Allah yang Maha berkuasa atas kerlipan bintang yang bercahaya pada seluruh alam..
Sungguh biarlah hati yang yang remuk ini menjadi saksi di akhirat kelak bahawa aku sedang mencari Nya.
Biarlah tangisan seorang yang penuh dengan teka teki ini terus menemani…
Kata-kata tenang ada menyebut,”biarlah hari ini kau ditemani tangisan yang sendu..esok Dia akan hadiahkan senyuman yang manis buatmu”.
Sekarang tepat jam 4.06 pagi, aku sendiri di kamar yang gelap hanya yang ada pancaran ladtop biruku. Dan halwa telingaku memasang lagu terasa ada oleh sufian suhaimi.
Mungkin tulisan ini bantu untuk aku menenangkan diriku seperti yang dinasihat oleh sahabtku yang dirindu jauh di sana. Hanya doa yang mampu menyatukan hati kita.
Minta maaf jika aku semakin tidak dkenali.
Kebelakang an ini aku serabut dengan urusan manusia yang selalu buat aku gelisah, takut, dipaksa, terpaksa tipu dan sebagainya. Hatiku kadang tidak senang kerna perkara buruk yang disedari tetapi aku lakukannya.
Aku terus terfikir. Kenapa mesti ikut apa yang mereka katakan? Aku penat, lelah dengan urusan dunia yang terus buatka aku merasa seperti bertuhankan manusia. Ya semeangnya ada yang mengajak kepada kebaikan akan tetapi bagiku jangan terlalu memaksa sehingga buat itu kerna manusai semata yang sukar ditajdidkan kerna Tuhan.
Aku manusia biasa yang perlukan hidup yang bebas dari ikatan yang merunsingkan aku. Ya Islam ajarkan undang-undangnya..tidak dapat tidak perkara itu perlu wjib beriman. Namun manusia menjadikan manusia yang lain seolah-olah robot yang tidak perlu discharge baterinya.
Pertama, aku bukan robot untuk terus mneru menerima rahan tanpa nokth rehat walau hanya 30 minit. Detikku kian hari diisi dengan desakan kerja yang memenatkan sehingga perkara lain pun terjejas. Seperti tidur, solat dan makan. Mungkin itu masalah aku. Ya, robot yang baterinya lemah atau perlu diresetkan semula.
Kedua, kalau aku bukan robot maksudnya aku ada hak untuk bebas kemana saja aku berjalan dan apa pandangan aku terhadap alam sejagat kan?
Kini aku sunyi…
Sekelilingku hanya ada kawan yang diperlukan khidmatnya sahaja. Apabia tidak berguna, aku dilempar jauh. Aku dilupakan untuk dilihat walau sekilas pandang. Ketika inilah aku perlukan sahabat yang bantu peringatkan perihal akhirat mahupun ketuhanan padaku.
Aku sekarang susah nak join usrah under persatuan kerna harian jadual kelasku yang sangat padat. Sabtu ahad adalah hari yang aku penuhi samada dengan assignment atau rehat yang memanjang iaitu tidur.
Aku masih replay lagu terasa ada…
Suatu hari, aku masuk kelas dakwah. Ust bertanyakn soalan bagaiman cara nak bangun awal agi? Setiap orang memberikan jawapan yang berbeza melihat pada personality atau cara masing-masing. Apabila tiba pada giliranku, aku cakap yang aku akan fikirkan benda yang best untuk aku buat esok atau benda best yang akan aku jumpa atau jadi esok.
Perkara itu dilihat agak janggal untuk dibuat setiap hari. Tapi bagi aku, itulah harian aku. Aku bercita cita untuk jadikan esok hari yang menggembirakan aku. Bertemu dengan orang yang dapat tegur aku tentang solat atau tajdid niat belajar aku. Atai tegur ahlak aku atau tegru cara berpakaian aku..
Atau ingatkan aku tentang al quran kerna setiap masa sibuk dengan hal dunia.
Aku rinfu dengan sahabat syurgaku.
Kat sini akup pun dah tak tahu siapa sahabat siapa lawan.
Entahlah kenapa aku tulis macamni. Mungkin ada yang merasakan hal ini kecil baginya. Tapi ingatlah satu perkara bahawa setiap manusia itu ujiannya berbeza.
Ada orang dikelilingi dengan manusia yang mengenali tapi tidad siap yang mampu untuk menjadi sahabatnya. Ada yang tidak dikelilingi dengan orang yang mengebalinya tapi dia mampu mendpatkan seorang sahabt buatnya.
Aku rindu nak ngafal quran sama-sama..
 Rindu nak makan setalam sama-sama..
Rindu nak ucap uhibbuki fillah dalam setiap doa..
Rindu untuk mesej utk bertanyakan soal iman setiap hari..
Aku bukan sesiap..
Aku manusia manusia yang tiada apa..
Rindu masa lampauku…+_+
Banyak benda aku nak buat tapi terhad kerna masa tertentu..kerna aku perempuan…kerna aku hanya pelajar..
Aku hanya menjadi penunggu masa..

Aku hanya menjadi penunggu yang sakit…
rindu sahabat yang menggenggam aku.. 

Thursday, November 16, 2017

rahsiakah?....tiada noktah

Plan.
The best present sedang aku dengarkan
Terpancarkan aku akan masa depan
Terus terbayang
Akan bagaimana ku seleps ini
Watak apakah yang kubawakan
Telitikah aku detik yang berlalu
Bahagiakah aku
Setelah lama aku berdiam
Langkah ku lurus tanpanya
Sesal ku kerna pernah mengenali
Mahu kujauhi
Tapi ikatan terlalu kuat untuk aku lari
Nah
Sekarang aku kena buat sesuatu
Aku tak boleh terus macamni
Macamana nanti aku nak hidup
Rancang sesuatu yang breharga
Untuk bina identity
Untuk terus kenali diri
Wah diairi ini sedang menemani
Wang, masa, buku
Pabila terbayang
Hatiku skit
Kerna benci diri
Kenapa aku tidak seperti mereka
Kewajipan,
Kenapa mesti dipertimbangkan
Kenapa mesti dipersoalkan
Aku,,
Sepatutnya hanya ikut kata-kata
Hah!
Mereka lakukannya dengan mudah
Aku
Benda wajib paling susah
Aku patuh pada yang lain
Patuh pada dunia
Tetapi kenapa benda akhirat aku susah
Berat
Aku kadang tak faham
Lancang aku bercakap benda yang sulit
Kenapa?
Kenapa dengan akuni?
Aku tak faham..
Benda yang aku diamkan..yang itu akan jadi kenyataan
Yang itu akan membentuk diri aku
Aku tak sedar
Kecuali bila dah berlaku
Hah!
Sakit dadaku.
Sesal sentiasa
Dengan diri aku
Lemah aku rasa
Sebab orang lain mampu tapi aku
Terus tersepit dengan benda yang sama
Malah
Aku rasa aku yag paling hina
Entah
Aku sedang merungutkah?
Herm
Aku tengah nak kuat
Tapi jatuh itu dah kebiasaan
Sampai tahap aku malasa nak kuat
Sebab penat jatuh
Akhirnya aku diam
Dan tak buat apa-apa
Hanya tunggu jawapan datang
Cari?
Ya mesti sdang mencari juga
Dan kebayankan hanya tunggu
Pedih hati ni

Dan aku terus senyap dari mengubati

Friday, October 27, 2017

Mujahadah atau munafik?

Bismillah didahulukan..

semakin ke depan,
semakin hitam arangan conteng..
kuwanita
kupatut berdiam
dari disebut-sebut

okay now let's begin the story.
kumunafikkah?

persoalan ini bermain di minda Hafizi sejak pulang dari universiti sempena cuti semester seminggu yang lalu. 
sebagai seorang mukmin yang sejati, solat dan masa adalah antara perkara yang paling penting. kedua-duanya juga saling berkait antara satu sama lain. 
Hafizi merupakan seorang pelajar jurusan Quran Sunnah di sebuah universiti Swasta. beliau juga seorang yang sangat sensitif dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. 

Apa yang menyebabkan Hafizi berfikiran sedemikian adalah kepulangannya ke rumah membuatkan dia menjadi seorang yang sering tewas dengan masa dan solat. Lewat dan tangguh adalah suatu penyeksaan baginya apabila nafsu yang lemah menyebabkan tanggungjawabnya terabai. Hafizi seorang anak yang rajin dan sentiasa utamakan keperluan dan kehendak kedua ibunbapanya. walaubagaimanapun, solat nya sering dilewat-lewatkan dek kerana kesibukan menjaga hal-hal di rumah. perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerna mukmin yang berjaya itu adalah bilamana solatnya khusyuk dan lebih baik jika di awal waktu. 

Berbeza pula disiplinnya apabila berada di universiti. Hariannya teratur. Solatnya sentiasa  di awal waktu dan masanya sentiasa terisi dan berguna. Hafizi berfikir dirinya mungkin terpengaruh dengan surrounding . kadang ia memaksa dan kadang ia mendorong. Walaupun kawan-kawan tidak memberi galakan dari sudut lisan, tetapi kadang sikap secara praktikal membuatkan Hafizi terikut secara tidak langsung. 

seperti yang kita tahu, kesedaran memainkan perana yang sangat penting dalam sesuatu hal. setelah Hafizi sedar akan perbezaan sikapnyaini. Dia menganggap ini sebagai muajahadah. jadi, tugasnya adlah menjadi lebih baik hari demi hari. setiap hari, perkataan FIX sentiasa bermain di inda supaya dia tidak lupa dengan ayat Allah "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainan kaum tidak mengubah sendiri". 

kesimpulannya, tidak salah untuk berubah dan bersangka baik. Teruskan memotivasikan diri melalui hati yang benar ketika solat. Terus mengadu walau salahnya kita bertimbun-timbun kerna Rahmat dan Syurga itu adalah rahsia buat sesiapa yang dicintaiNya.

Friday, June 23, 2017

Hey Dai'e Mari Dengar Sini.

From Inche Gabbana, IKHWAH PAKAI JEANS.

Hey Dai'e!
kau kata kau nak buat dakwah,
Tapu qudwah kau bersepah,
Buat muka buku sumpah seranah,
Hobi kau mencerca meludah,
Semua orang ada salah,
kau sahaja yang mulia karamah!
Hay kamon lah!
Macam mana orang nak tsiqah,
Nampak Islam itu indah?

Hey Dai'e!
konon kau nak cegah maksiat,
pompam pompam kau sebat,
Tapi dalam diam kau cukup haibat,
depan-depan kalah ustat,
Belakang-belakang kau kaki rembat,
Dosa dan noda tiada beringat!
Apa kau ingat,
Dakwah kau tu berkat,
kalau tercalit dengan maksiat?

Hey Dai'e!
Bukan main suruh tinggal jahiliyyah,
siap bagi ceramah dalam daurah,
Tazkirah lebat dalam usrah,
Tapi kau sendiri punyalah payah,
Mata melilau usha akhwat berpurdah,
DOTA dan PES setia diterjah!
Hoi kau tak takutkah?
Dalam surah As-Saff allah dah marah,
Cakap lebih buatnya ak kisah?!

Hey Dai'e!
Kau selalu komplen tak cukup ilmu,
jadi alasan tak mahu laju,
Walhal punyalah berlambat buku,
Bahan fikrah berlaut biru,
Tapi yang kau baca komik selalu,
Majlis ilmu kau malas nak tuju!
Oii kalaulah macamtu,
Nila orang bertanya nak tahu,
Kau hanya mahu diam membisu?

Hey Dai'e!
Punyalah ramai di luar sana,
MAnusia masih terpinga-pinga,
Mencari bimbingan ingatan berguna,
Sesat barat tak tahu ke mana,
Tapi kau masih gemok berdosa,
Malas bergerak alasan belaka!
Wahai pembawa risalah agama,
Di Masyhar nanti akan dibicara,
Mana kau mahu sorok muka?

Hey Dai'e!
Kononnya nak beruhuwwah fillah,
Makan dulang tak mahu kalah,
Laga pipi melekat memerah,
Tapi bila ukhuwwah ada masalah,
Muka masam sebulan tak sudah,
Sampai dakwah jatuh rebah!
Ohoi kalau macam inilah,
Lebih baik toksah berukhuwwah,
Siram bunga duduk di rumah!

Hey Dai'e!
PRU13 habislah sudah,
Cukuplah menangis meroyan gundah,
Mungkin nasib bukan kalilah,
Tapi lain kalilah insyaAllah,
Tiba masa untuk berpenat lelah,
Membina manusia pewaris dakwah!
Siapa kata kerja mudah,
Jangan nak harap blackout merubah,
Tiba-tiba mad'u bertambah!

Hey Dai'e!
Memang benarlah kita ini manusia,
Banyak kelemahan dan buat dosa,
Tapi adakah kita bersungguh dan berusaha,
Memperbaiki diri membersihkan jiwa?
Atau sekadar buat biskut sahajaa,
Pada teguran dan kritikan membina?
Dan apa jawapan kita?
"Oh saya hanya manusia biasa."
Pfffttt itu sungguh neraka!

Hey Dai'e!
Ini peringatan untuk diri,
Pukulan padu tepat di hati,
Agar diri tak syok sendiri,
Dakwah bukan nak jadi selebriti,
Tapi nak kejar redha Illahi,
MAhu masuk syurga abadi!
Wahai ikhwati wa akhwati,
Kemenangan itu sedia dan pasti,
Buat mereka yang sabar menanti!

Senyum nampak gigi.

"kebelakangan ini saya mengambil penulisan daripada buku yang saya buku tujuan untuk muhasabah diri dan berkongsi bersama apa yang saya rasa. Bukan untuk mendapat populariti atau yang lain. Harap apara pembaca terkesan dengan penulisan yang saya ambil sepertimana saya sendiri terinspirasi untuk berubah"  

Wednesday, June 14, 2017

Siang Mukmin, Malam Kafir

Nabi bersabda: " Sungguh sebelemu qiamat nanti akan terjadi pelbaai fitnah bak malam yang gelap gelita, sampaikan ada orang yang pada waktu siang dia mukmin, petang nanti dia menjadi kafir. Atau pada waktu petang dia mukmin, keesokan paginya dia menjadi kafir.

  Pada masa itu, orang yang dduk lebih baik dari orang yang berdiri.Orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Maka ketika itu, patahkanlah busur-busur kamu, putuskanlah tali-tali kamu, dan pukullah pedang kamu pada batu.

  Bagaimanapun sekiranya fitnah itu menimpa juga atas sesiapa antara kamu, maka bersikaplah seperti anak Adam yag baik itu(Habil)." [Riwayat Abu Daud]

  Dalam riwayat lain, Nabi berpesan,"Segeralah perbanyakkan amalan sebelum datang pelbagai fitnah bak malam yang gelap gelita, sampaikan ada orang yang pada waktu siang dia Mukmin, petang nanti dia menjadi kafir. Dia rela menggadai agamanya demi sedikit nikmat keduniaan."(Riwayat Muslim)

Oh Akhir Zaman
Antara lumrah Akhir Zaman ialah pelbagai kejadian yang menguji iman ( fitnah ) yang datang bertimpa-timpa dan tidak dapat diketahui mana pihak benar-salah. Dahsyatnya keadaan pada ketika itu sehingga Nabi mengibaratkannya seperti malam yang gelap. Fitnah tersebut berupa pertelingkahan demi pertelingkahan sesama umat Islam dalam pelbagai perkara, sama ada berkaitan keduniaan mahupun agama.

  Dahsyatnya fitnah tersebut sehingga pihak yang bertelagah bukan setakat marah kepada seterunya, malah rela menghalalkan darah dan harta saudara mereka. Apa lagi menuduh saudara mereka kafir. sesat dan sebagainya.

  Menambahkan lagi kerumitan, semua pihak ada hujah agama yang membela diri masing-masing. Pada ketika itu, umat ISlam lebih sibuk membela kumpulan masing-masing yang disangka memperjuangkan agama. Maka tidak hairanlah pada ketika itu umat Islam tidak dapat mengamalkan agamaNya dengan sebaik-baiknya.