CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 25, 2017

Mati Tidak Mengenal Usia

Bismillah ( In The Name Of Allah )

kerap kali kita mendengar apabila matinya ulama atau para solihin hati akan terdetik, " sayangnya Allah kepada mereka dan bermakna Qiamat semakin hampir " kerna apabila hari Perhitungan, mukmin itu sudah tidak kelihatan kecuali sedikit dan azan tidak lagi kedengaran.

Ya, benar apa yg diperkatakan. Tetapi ada juga orang yang salah anggap dengan mengatakan bahawa " aku jahat mesti Allah lambatkan untuk aku mati sebab setakatni aku dengar ramai org yg baik Allah ambil dulu". Kita sebagai manusia mesti sedar bahawa akan ada juga saudara kita berfikiran seperti ini.

Implikasinya, masyarakat akan melengah-lengahkan taubat dan menganggap dunia itu adalah syurga mereka. Sedangkan dalam hadis Nabi saw ada mengajarkan.
 Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir.” daripada HR. Muslim.
 Selain itu, kesedaran tentang Islam itu semakin berkurang kerana lumrah untuk takut kepada Allah atau tuhan itu semakin pudar. Dari itu juga, pendidikan sivik dan akhlak semakin lemah dan tidak dihiraukan.

Cuba kita hayati ayat Allah ni,
yang pertama Allah kata, “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].
 
Di sini secara zahir ayat Allah suruh kita supaya berusaha dahulu untuk berubah diri kemudian Allah akan bantu. Tidak kira cara macammna sekalipun yang penting ikut syariah. Sedikit perkongsian daripada saya step untuk berubah, jangan berubah secara drastik contohnya dari tak pakai tudung kepada terus pakai purdah dan burqa' untuk tutup aurat. Boleh nak buat macamtu tapi kemungkinan besar untuk tidak istiqamah itu sangat dekat sebab itu bukan kebiasaan kita. Jadi, try to start something simple but memenuhi kehendak syariah. mungkin dengan tutup aurat dulu. tak kitra walaupun dengan pakai seluar jin tapi mestilah kena longgar. Kalau tidak solat, start dengan solat wajib dulu. yang sunat tu hold on first. settle satu-satu. ok?

kemudian, ada hambaNya yang apabila diberi petunjuk dia ingkari. Maka turunlah ayat Allah :
 
"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya." (Al-Maaidah: 54). 

 Allah berfirman lagi,

"Dan, jika kamu berpaling niscaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38).

Sesunggah kita ni dipilih Allah dengan hikmah yang tersembunyi. Maksudnya kita sendiri kena cari sebab kenapa kita diwujudkan. Walaupun untuk emberi manfaat kepada orang lain. Itu juga antara sebab kita diwujudkan. Yang mana membahagiakan orang lain itulah penyebab syurga ditempatkan untuk kita.

cakap apasal syurga. Semua muslim akan masuk syurga. Tapi, untuk penegetahuan semua syurga mempunyai tujuh jenis yang membezakan mukmin yang lain. Jadi, setelah kita susah-susah kat dunia takkan kita nak dapat syurga yang biasa saja kan? Mestilah yang special. So, macammana nak dapat yg special? Apa yang kita buat juga mestila yang luarbiasa dan mengagumkan Allah.

Jangan mengira apa yang dikata manusia. Kadang sikap dan perbuatan kita yang tersembunyi itu lebih Allah muliakan. Tak percaya? Try bangun malam lepastu kutip sampah yang ada depan rumah jiran-jiran dan lihatlah hari esokmu apa yg menanti. Pembalasan Allah kepada hambaNya itu sangat ajaib dan tidak disangka-sangka. Jadi, jangan pernah samakan apa yg Allah dengan manusia sebab sangat berbeza. Allah Tuhan yang Mencipta dan manusia pula bersifatkan hamba. Apa sifat hamba? Turut, patuh , tidak boleh melawan atau bongkak nanti kena balasan. Lebih kurang macamtu. Tapi jangan lupa Allah sifat Rahmat, belas kasihan. Walaupun kita dah buat dosa banyak mana sekalipun tapi still pintu taubat Dia buka. Still Dia bagi kita makan dan tempat berteduh.

Kita sedar tak semua benda tu? wallahuam. Yang sedar Alhamdulillah. Yang tak sedar? kena cek balik hati. try cari waktu  untuk menangis.

soalan: kalau tak boleh jugak menangis?

jawapan : try start dengan apa2 scene yg buatkan kau nangis even kena tinggal dengan girlfriend lepastu kau undo balik pergi kepada Allah. contohnya kau sedar yg percintaan kau tu sia - sia semata sebab duit hati beratus-ratus tapi tak kahwin dan sibuk sangat buang masa jaga jodoh orang lain. pastu time tu the right time untuk kau minta ampun kat Allah dan minta Allah bagi jodoh yang baik kat kau. contohnya.

ingatlah, perjalanan yang likuni tak menentukan kiata akan masuk syurga atau tak tapi keredhaanNya tu yg tentukan kita masuk syurga atau tidak. Cara nak dapat redha tu, kita kenalah sentiasa rujuk pada yg diajar. Syariah suruh. Dan galakkan baik daripada para Nabi dan para solihin. kita di zaman jahiliah, jadi try jangan jadi jahil macam yang lain juga. Dan cuba fikir ya, orang lain buat dosa sebab mereka tak tahu. kita buat dosa sedangkan kita dah tahu. Agak2 sapa yan g kena lagi teruk nanti? kitalah..wanbauzubillah minzalik.

semoga nukilan sedikit bantu kita sesama saudara untuk berubah jadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya ..Amean


Monday, February 20, 2017

My Life

Bismillah ( In The Name of Allah )

Lama dah tak menulis. Rindu waktu dulu yg menulis sebab nak cari diri yg sebenar.
Kalini nak cerita sikit tentang seorang makhluk Allah yg sangat dekat dengan saya. Namanya diberi Fathonah (bukan nama sebenar). Beliau seorang rakan yg sangat baik dan bersikap kasih sayang terhadap org di sekelilingnya. Pada suatu hari beliau datangi saya dan mengeluarkan satu pernyataan yg mengejutkan dan membimbangkan sebenarnya iaitu ;

" aku dah penat bergantung dengan manusia ".
Aku tersenyum. Itulah hakikat dunia. Kadang kita rasa kita perlukan manusia tapi Allah kata kita hanya perlukan Dia. Jadi, apa sahaja yg kita buat bergantungkan manusia takkan pernah terjawab atau jadi sebab Dia suruh bergantung pada Allah sahaja.

Disebabkan pernyataan lemah di atas, beliau membuka cerita tentang rahsia dirinya. Fathonah mempunyai sejenis penyakit yg digelarnya 'penyakit psikologi' sebab berkait dengan six sense, macam khasyaf  tapi bukan kasyaf, mungkin ilham baik tapi tak tahu nak cakap macammna. Saya pun pening waktu kali pertama mendengarnya.

Katanya, dulu dia selalu mendiamkan diri sebab mungkin semua orang sepertinya. Itu yg dia fikir. Sejak tahun lepas, banyak kejadian yg menyedarkannya bahawa hanya diri dia yg berkelakuan sebegitu. Contoh salah satu cerita drpdnya, seminggu sebelum period dia akan tiba-tiba jadi seorang yg sangat matang dan rasa itu dirinya. Sepanjang tempoh period, dia akan berkomunikasi dengan lelaki walaupun hanya dengan tiba-tiba ada org tersilap nombor. Untuk pengetahuan semua, dia seorg yg sangat2 jarang bercakap dengan lelaki dengan kawan sekelas. Baginya selagi ada perempuan dia akan gunakannya dengan sebaik mungkin. Tapi kalu ada discussion atau kerja memang kena bagi komitmentlah kan. Kemudian, 3 hari selepas habis period dia akan rasa ada org suka dia ibarat macam perasan 3 hari. Hanya 3 hari sahaja tepat! Hari keempat dia akan mula abaikan apa yg ada di sekelilingnya.

Kadang apa yg org rasa dia boleh rasa. Tak tahu nak cerita macammana. Sekarang dia try cerita pada yg thiqah ramai. Tapi yg menyebabkan dia keluar pernyataan kat atas tu sebab dia cerita tapi takde feedback dan jawapan kepada persoalan. Perubahan apatah lagi. Jadi penyesalan yg dia dapat sebaab ramai org tahu.

Sekarang apa yg dia fikir adalah untuk sacrifies dan indipendent banyak benda sendiri. Sebab dia penat jadi org lain. Maksud? ni juga salah satu penyakitnya. Dia kerap jadi orang lain. Dia selalu buat apa yg org lain fikir dan rasa berbanding apa yg dia fikir dan rasa sendiri. Kadang sampai tahap dia tak boleh kawal dirinya sebab terlalu mendalam resap karakter org lain dalam dirinya. Dia tak perhati orang kadang tu dia kata tiba-tiba dia sedar itu adalah kepunyaan atau karakter org lain kemudian baru dia tersedar.

Perkara ini berlaku padanya bila-bila masa sahaja kecuali solat. Time tu baru dia akan terduduk, menangis dan sedar diri. Dan ia juga berlaku di mana-mana sahaja even balik rumah sendiri. Kadang terikut apa yg kakaknya buat dan fikir.

Perkara ini membuatkan dia sedar yg dia tak mampu pun untuk kawal apa-apa. Semuanya adalah penguasaan dan kawalan Allah semata. Sepanjang dia buka cerita, aku senyum dan hanya mendengar. Dan aku sedar ada makhluk yg sama Allah ciptakan tapi keajaibanNya adalah berbeza dalam tertutup. Yang mengetahui hanya Dia yg Esa dan Mengetahui.

Jadi, itu saja perkongsian kali ini.
Assalamualaikum warahmatullah..
Doakan saya dan Fathonah diberi kekuatan.
" Sungguh! ujian setiap hambaNya itu adalah berbeza "

Wednesday, February 1, 2017

PAKEJ UMRAH - DHAFIR HOLIDAY TRAVEL & TOURS SDN BHD

Aslmkm wbt.

> ingin merasai menjadi tetamu Allah yg istimewa buat pertama kalinya?
> atau buat kali kedua dan ketiga?
> perlukan mutawif dan tour leader yg berpengalaman?
> penerbangan yg direct ke madinah atau jeddah?
> pengurusan yg strategik dan meringankan?


kami agent DHAFIR HOLIDAY & TOUR SDN BHD menyediakan perkhidmatan menunaikan umrah dengan penuh perihatin terhadap kebajikan para jemaah yg dikasihi.
sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi : 0125887556 - Fatin.


Thursday, March 24, 2016

MERINDUI HAMBA YANG MERINDUI-NYA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan kuasaMu
Boleh saja saat aku menaip ini hayatku terputus
wahai sahabat dan kenalan yang mencintai Nya
sama samalah kita mengingati bahawa kematian itu tidak mengenal siapa,di mana, bila dan bagaimana..

Teringat aku akan prinsip bersama sahabat baik ku insyaAllah saling menyintai kerana Allah yang Maha bijaksana,
iaitu 3S 2D.
Apa itu?
iaitu SOLAT SABAR SENYUM DOA DIAM
cantik bukan susunannya? Andai antunna juga mahu turut serta, silakan..semoga ia bermanfaat.

Teringatku akan pesanan kepda sahabat tatkala mengingati pesanan dari guru yang dikasihi Allah bahwa induvidu di muka bumi ini iaitu aku kau dan dia , bukan mencari al quran bukan juga Islam..TETAPI KITA SAMA SAMA mencari KEBENARAN. betul bukan?
Sesuatu yang menyenangkan apabila dilihat didengari dan diperolehi.Sesuatu yang ikhlas, suci dan jujur.
Guru aku ada menyebut tentang 5 perkara yang semua orang mahukan namun kerana kelemahan diri harap dimaafkan.

Lihat kembali berdasarkan tajuk,
(aku merindui hamba yang merinduiNya)..
beberapa hari ini, aku mersakan agak kesunyian.Mengingati sahabat yang sentiasa mengingatkan aku pada setiap kebaikan.Melihat dan mengingati detik saat bersama dalam cuba menyatukan hati yang meretak.Rinduku juga akan pada hamba yang mendoakan perjalanan ku tidak kira di mana dan siapa terutamanya pada kedua ibubapa ku . Jika lupa akan pengorbana pada mereka,bermakna kau lupa apa itu SYUKUR PADANYA.ingatlah kita sama sama bahawa tanpa merka dan rezki dariNya,kita tidak akan mersa nikmatnya bernafas,melihat,mendengar,berkasih mesra,belar,nikmatnya susah dan senang ketika bersam,nikmatnya makan dan minum.

Hidup dalam kesenangan memang menggembirakan tapi kalu lupa pada saat susah bermaksud kau tidak menikmati nikmat itu sebenarnya kerana hati yang kosong ibarat belon ditiup angin.

Ingin juga aku konsikan bahwa hidup ini mesti berda dipertengahan.MAKSUD?
maksudnya contoh keyakinan. yakin sangat boleh jadi riya' kalu tak yakin nanti jadi penakut dan cetek pengetahuan betul tak? Jadi,bila terlalu yakin maka,pujuk hati dengan istighfar dan mengingatiNya.Jika tidak yakin mka tekadkan diri agar jadi yang terbaik.Boleh?

InsyaAllah ye..kita sama sama.

Last but not least,  ....والله لا يحب المعتدين ...maksudnya Dan Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas..

Jagalah tingkah laku kita agar tidak menjadi terrrlalu atau kata lain obses yang sangat terhadap sesuatu.Cukuplah bersederhana..

wallahualam..

Thursday, February 4, 2016

IMPIAN YANG MELAMBAI...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt...

Impian yang melambai samada pergi atau menyambut kedatanganku. Ramai wanita termasuk diriku yang menginginkan seorang lelaki yang sudi menerima lemah dan kekurangan diri. Bahasa mudahnya seorang suami yang soleh dan musleh. Namun hakikatnya diri mengetahui bahawa tidak pantas unutk dilabelkan solehah dek kerana ilmu yang masih belum dimanfaatkan dan diamalkan.Seperti yang diketahui , ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang diamalkan dan diajarkan bukan hanya digerd kertas.ada pepatah arab berbunyi  العلم في صدور ولا في سطور bermaksud ilmu itu perlu dalam hati bukan hanya di kertas.

MACAMNA AKU BOLEH TERFIKIR BENDA NI?

Kadang di saat kita lemah terutamanya wanita, pasti akan ada yang terfikir seseorang yang dapat membantu kita untuk bangun kembali.Dan kerana kita manusia, pasti yang diharapkan juga manusia. Saya bercakap di sini bukan ingin menggalakkan mana-mana pihak tetapi ingin membantu untuk ubah persepsi kita yang miskin ini.Kerana apa saya cakap miskin? kerana lemah dari segi ilmu dan pemantapan aqidahnya .Sebenarnya as-syaitanirrajim itu telah menipu daya pemikiran kita.Allah ada berfirman :

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286) adalah penjelasan yang menguatkan prinsip tersebut. Pembebanan adalah perkara yang menyulitkan. Karena itu harus berbanding lurus dengan kemampuan. Imam Qurtuby berkata, “Allah menggariskan bahwa Dia tidak akan membebani hambanya –sejak ayat ini diturunkan– dengan amalan-amalan hati atau anggota badan, sesuai dengan kemampuan orang tersebut. Dengan demikian umat Islam terangkat kesulitannya. Artinya, Allah tidak membebani apa-apa yang terlintas dalam perasaan dan tercetus dalam hati.”

Wahai wanita yang dikasihi Allah,

Tidakkah Dia Maha Melembutkan.Dia tahu apa yang kita tidak tahu. 
Berbalik pada kaitan di atas, di mana tidak perlu berfikir panjang dan berangan-angan kosong serta rasa rendah diri.Ingatlah bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). "
                                                                                                                                                                                          (QS. An-Nur: 26)
Belajarlah wahai sahabat, dalamilah ilmu Allah.Kenalilah dunia yang fana ini.bermusafirlah bagi mengenal apa itu perjalanan dan kekuasaan dari tanda- tandaNya.Jangan kau lemah.banyak lagi perlu kau selami selain memikirkan sesuatu yang kau sendiri tidak pasti.Cukup lah kau mengenali bahawa firman Allah yang jelas itu.Jadilah yang terbaik di sisiNya dan Dia akan berikan apa yang kau perlukan bukan yang kau hendakkan. 

Pernah sekali saya bermesej dengan kawan-kawan group whatsup.Kami agak bertelingkah dalam laman tu kerana ilmu yang sedikit .Kemudian ,ada pendapat yang dikeluarkan mengikut kata hati. Tidak lama kemudian, semua di situ disindir dan ditegur oleh seorg naqib kami. Terkedu dan tersentap. Tersentap dan terasa ini bermakna Dia ingin menyedarklan dan menegur. Apa yang diperkatakn itu adalah menyedarkan bahawa,umat Islam itu sendiri ramai lagi yang miskin dari segi ilmu akhiratnya. Masih lagi EGO dengan menggunakan pendapat sendiri sedangkan terang lagi bersuluh bahawa yang benar itu benar yang salah itu salah.Tetpi, hal sebegini masih lagi yang yang dijawabnya dengan tergantung-gantung,teragak-agak.

Ingatlah sesama kita, biarlah siapa dia yang penting 'KITA' ..Siapa kita kelak ..adakah hanya manusia biasa yang tumpang di bumi Allah tanpa berterima kasih? atau hamba Allah yang terlampau fana asyik dengan tipu dunia tanpa mencari lorong yang cerah?

Lihatlah diri yang semakin menjauh. 
hati yang semakin melumpuh
bangunlah dengan cahaya hidayah yang menyuluh
buat sesuatu kerana Allah bukan semata disuruh

insyaAllah sama-sama kita usaha untuk menjadi yang terbaik di sisiNya.
kalu kita jaga hubungan kita dengan Allah insyaAllah yang lain akan mudah
jangan mengaharap yang tak pasti(bab jodoh), haraplah syurag yang sedang menanti

ok, assif jiddan kalu ada yang tersalah cakp atau terlari tajuk.saya hanya tulis sesuatu yang tersirat di hati dan terfikir
ala kulli hal, doakan saya ^_^
wallahualam

Sunday, November 22, 2015

REALITI...

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang..

Sedikit coretan luahan hati aku..

Dalam mengenal diri
Aku mendongak langit
Menyepi sendiri berfikir siapa yang mengerti
Tidak disangkal lagi hanya Dia yang Maha Mengasihani
Kini,
Keikhlasan semakin ditolak tepi
Hanya yang semakin disegani
Tidak malu mendedahkan maruah diri
Hanya tahu memntingkan diri sendiri
Akhlak kini semakin dikaburi
Malah dianggap kolot dianggap keji
Kebenaran kian tidak dipeduli
Malah mengelirukan krna nafsu menyelebungi
Manudia sesat berbangga bangga
Manusia benar dipandang hina
Hidup tersepit tuada siapa sangka
Hau manusia! Engkau binasa
Kerna kau aku kecewa
Tamak haloba kau dunia
Tidak pernah kenal siapa pencipta
Tidak pernah tahu hidup itu mengapa
Kemewahan dilimpah di sini sana
Hai hati! Bahagiakah dia
Kerna syaitan kau tergoda
Kerna nafsu kau ternoda
Hai kerana dunia kau terpedaya
Wahau dunia!
Jangan biar aku terkeliru
Benar batil  yang mana satu
Sakit aku tiada siapa tahu
Nangisnya aku dalam doaku
Tersadung terkaku bukan untuk malu
Hei aku tahu Dia nak ajar aku
Kadang,
Ibu merajuk anak buat tak tahu
Anak merajuk ibu tak senang duduk
Rahmat Allah lebih istimewakan is ibu
Dosa memanggil kau tak malu?
Masa berlalu tak boleh ditukar ganti
Manusia yang rugi adalah 'selfish'
Jangan lupa asal dan azali
Kerna Dia kau ada di sini
Wahai pemilik cinta Alam
Jangan biar aku tenggelam
Jangan biar hati dihitam
Kerna dunia dek semakin menjahanm
Siapa aku tiada yang peduli
Langkah aku mencari reakili
Hidup aku bermatlamatkan Illahi
Inilah dia nukilah dari hati..

Me_awatif



Friday, September 25, 2015

kenapa dia boleh aku tidak?

Assalamulaikum..
Bismillah..

Teringat salah seorang sepupu perempuan aku bernama Nina(bukan nama sebenar) yang sama umur dengan aku. Suatu hari kami satu keluarga berkumpul untuk meraikan Eidulfitri.Maknya yang digelar Makcaq sering menceritakan anak angkatnya Nina kepada kami.Kerajinannya dan kecekapannya dalam melakukan sesuatu pekerjaan sering menjadi bualan sekeluarga.

Suatu hari, Nina telah menghidangkan juadah Rendang Ayam kepada keluarganya.Tanpa sangsi, dia juga menitipkan juadah tersebut untuk makan beramai-ramai di sini.Ramai yang memujinya.Selain itu, dia juga seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal kebersihan rumah seperti menyapu sampah,mengemas ruang tamu,menyusun baragan dan lain-lain.Maknya serimg memujinya dan ini menunjukkan lelah yang dilalui maknya tidaklah sia-sia dalam menguruskannya setelah sekian lama.

Setelah keputusan SPM telah keluar,keputusannya adalah straight As.Aku sangat mengagumi Nina.Walaupun diam orangnya tetapi pandai dan cekap.Bak kata peribahasa, diam-diam ubi berisi.

tetapi,,,,
aku heran pada diri aku.Aku juga menolong ibuku.Aku juga belajar semampu yang boleh.Aku juga solat 5 waktu seharian semalam tetapi keputusan aku selalu di peringkat biasa-biasa sahaja.Sedih dan pasrah...Aku bila duduk di rumah,aku mengaku yang aku tidak pandai uruskan masa aku dengan baik.Kadang salahkan benda di sekeliling tetapi aku gunanya .Aku yang erlu ubah diri aku.Atau aku yang perlu ubah keadaan di sekelilingku.Memang kadang sukar tetapi itulah yang diajar Allah dalam kitabNya.tidak dapat dielakkan lagi.Cuma kekurangannya adalah aku lemah..

Tetiba dalam fikiranku, "Allah takkan berikan ujian pada seorang hambaNYa melainkan dengan kemapuannya sendiri" waktu ni, alasan tidak dapat diterima.

Macam kisah Nina, itu mungkin rezkinya.Aku pula wallahualm...Dia dah atur segalanya.Setiap orang ujiannya berbeza walaupun kembar.Ingatlah janjinya untuk orang yang beriman dan berusaha.Yakin dan terus yakin..Rasa ada silap langkah kembalilah padaNya.Dia Maha Mengetahui Dia Maha meniliti hati hamba-hambaNYa..

wallahulan
sekian,terima kasih