CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 13, 2013

^_^ Ai shi teru^_^

Ai shi teru ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud 'aku cinta kepadamu'.Dalam bahasa Inggeris,ia disebut 'I love you' manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut sebagai 'wo ai ni'.

     Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya,tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu cinta.Perkataan ini adalah perkataan yang begitu popular di mana shaja kita berada dan walau apa jua bahasa yang digunakan.Perkataan ini masih lagi diguna pakai dan disebut-sebut sepanjang masa.

Realiti cinta zaman ini

Tanggal 3 Ogos pada setiap tahun,kita dapat menyaksikan seluruh negara menyambut pesta kemerdekaan.Pasangan - pasangan yang bercinta berbondong-bondong ke Dataran Merdeka bagi menyambut hari bersejarah ini,pasangan-pasangan ini bukan menuju ke rumah masing-masing,tetapi menjadikan hotel-hotel di sekitar KKuala Lumpur sebagai medan bagi melampiaskan nafsu.

Tanda cinta
Mark Twain pernah berkata,"cinta bukan kepercayaan tanpa bukti,tetapi kepercayaan tanpa isyarat."

          Ini bermakna,setidak-tidaknya,kita mempercayai dirinya walaupun kita tahu si dia bukan orang yang baik.Tetapi,kepercayaan itu diletakkan kerana cinta.Oleh tiu,apabila kita menyatakan cinta kepada Allah,maka cinta kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.

         Ibnu Qayyim menyatakan dalam bukunya 'Rindu dan cinta menurut islam',beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalh,

         Banyak mengingati orang yang dicintai,membicarakan tentangynya dan sentiasa menyebut namanya 

         Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya.

         Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya.

         Mencintai segala perkara yang dicintai oleh kekasih

Sekiranya diteliti,perkara yang diktakan oleh Ibnu Qayyim itu itu memang benar.Apabila kita jatuh cinta ,pasti kita membuat perkara-perkara negatif yang sudah disebutkan.

        Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya tetap juga cinta.Ringkasnya,apabila kita jatuh cinta dengan Allah,kita pasti mengingatinya,tunduk dan patuh pada semua perintahnya,memerhati dan mengikuti setiap peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah dan tu yang kita sebut sebagai tanda-tanda cinta kepada Allah.

Bukti cinta

Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kit ucapkan.Adakah cukup sekadar kita melafazkan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak.Apabila kita melafazakan cinta,maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan.

         Sekiranya cinta kepada Allah,maka ia perlu disertai dengan bukti.Lalu,bagaimana bukti itu dapat ditunjukkan?

         Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia.

Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya.Hatinya tenteram dan berbunga-bunga apabila terfikir menganisang kekasih . Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa menginagti dan merindui Allah.Dalam surah ar-Ra'du Allah menjamin kepada manusia  yang mengingatinya,"Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang." Ini adalah jaminan dari kekasih kepada kekasihnya.Ini menjadi bukti Allah akan membalas perasaan cinta manusia sebagai hamba kepada Penciptanya.

Menurut segala kemahuan sang kekasih

Realiti orang yang bercinta biasanya akan meurut segala kemahuan sang kekasih walaupun mereka kekurangan wang pada masa itu.

           Ini dianggap sebagai bukti cinta samada pasangannya benar-benar mencintai dirinya ataupun tidak.Ini bermakna ,bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Allah menyatakan:

          "orang yang beriman itu kuat kecintaanya kepada Allah."(surah al-baqarah:ayat 165)

Ini beerti,syarat utama mencintai Allah ialah mempunyai iman di dalam hati.

Berkorban apa sahaja

Dikisahkan tentang raja yang sudah semakin tua berada di sebuah negeri.Baginda mempunyai empat isteri.Pada suatu hari,baginda mengumpulkan keempat-empat isterinya dan bertanya ,"beta sudah semakin tua.Apabila beta mati kelak,dakah kamu akan menemaniku di dalam kubur?" Mereka berasa terkejut,lalu menjawab,

          isteri keempat:tidak mungkin
          isteri ketiga:maafkan saya ,saya hanya akan menemani kamu di atas kubur sahaja.
          isteri kedua:tidak,saya akan berkahwinan lain selepad kematian kamu

Raja itu berasa sungguh dukacita.Akhirnya isteri peertamanya bangun dan bersetuju menemaninya sehinggga di dalam kuburan.Dia malakukannya hanya kerana cinta.

          Begitu perumpamaan berkorban demi cinta.Mereka rela melakukan apa sahaja dan rela berkorban meskipun ianya mustahil dan tidak masuk akal..Sekiranya perkara ini dikaitkan dengan cinta kepada Allah,maka kita tidak akan hairan kepada mereka yang sanggup berperang di jalan Allah sedangkan mereka mempunyai ahli keluarga yang dicintai di rumah.Tetapi mereka yang sanggup melakukannya kerana rindu dan kasih mereka lebih berat timbangannya kepada Allah.

Kesimpulan

Hakikatnya,mencintai Allah lebih mudah daripada mencintai manusia.Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezki.Bahkan,kita yang dituntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa.

           Menurut Doktor Norman V.Peale,doa adalah kekuatan terbesar dalam memecahkan masalah peribadi seseorang.Ada kekuatan dahsyat yang terkandung dalam doa.

           Jadi,tidak hairan sekiranya mereka yang mencintai Allah sentiada berada di dalam kesejahteraan hidup kerana kekasih hati sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya.Oleh itu,tadahkan tangan dan ucapkan ai shi teru kepada Allah.Semoga dengan cara itu,kita tergolong di kalangan hamba yang dicintainNya..Aamiin..

Tuesday, November 12, 2013

HIDUP ADALAH PELUANG

Ada orang berpendapat,kehidupan itu peluang keemasan.Jadi,medan keemasan ini perlu diisi dengan pelbagai usaha bagi menggali segala emas yang tersembunyi jauh di dalam tanahnya.Bagi saya,kehidupan itu peluang. Mengapa peluang? Sebabnya, di dalam kehidupan kita semua ini masih terdapat peluang yang belum kita terokai.Antaranya ialah peluang berikut.

           Menyembah Allah,
           Berbuat baik,
           Mengajak manusia ke arah kebaikan.

Apabila peluang-peluang yang menanti bag diterokai ini tidak diambil dan direbut,maka peluang-peluang ini akan pergi begitu sahaja.

           Sebagai contoh,hari ini kita diberi kesihatan yang baik.Kita mudah dan bebas untuk membuat segala perkara yang diingini.Berlari ke sana dan ke mari,berjalan dari rumahke masjid atau minum air kegemaran di kedai mamak berdekatan. Tetapi,esok lusa kita masih belum mengetahui sekiranya Allah menganugerahkan kesihatan yang tidak baik kepada kita.Oleh itu,peluang sihat yang Allah beri suatu waktu dahulu sudah dibazirkan begitu sahaja.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda ,"rebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara"

1)sihat sebelum sakit
2)kaya sebelum waktu sempit(miskin)
3)lapang sebelum sibuk
4)masa muda sebelum datang tua
5)hidup sebelum tiba masa mati               (dilaporkan oleh hakim dan baihaqi)

Oleh itu,awasi lima perkara itu dalam kehidupan kita.Semoga dengan erti hidup yang sudah tersingkap,mampu menjadikan kita sebagai manusia yang benar-benar manusia.Kita perlu isi  peluang yang diberi sebelum terlambat dan jadikan hidup kita lebih bermakna untuk dilalui.

                                                      

Tuesday, September 17, 2013

jangan bazirkan masa mudamu!


Kisah lelaki tua

Pada suatu hari, pada suatu zaman, di suatu tempat, seorang petani tua mencangkul-cangkul tanah di bawah terik matahari yang kian menyengat. Tiba-tiba dia tercangkul suatu objek yang keras. Setelah diteliti, lelaki tua itu merasakan bahawa objek itu adalah emas. Dan objek itu sangat besar!

Lelaki tua itu terus mendapatkan basikalnya dan membawa emas itu ke pekan. Apabila dirujuk kepada pekedai itu,

"Ini memang emas, tapi kami tak mampu nak beli emas sebesar ini. Apa kata kau bawa emas ini ke bandar? Ada kedai yang lebih besar di sana, mereka mungkin mampu untuk membelinya"

Lelaki tua itu terus ke bandar. Di bandar, ia mendapati kedai emas yang paling besar dan dia menjangkan dia mampu menjual emas itu di sana.

Namun, kata pekedai itu,

"Besar emas ini. Kami tak mampu nak beli. Apa kata kau ke Istana, Sultan pasti dapat membelinya daripada kau"

Sampailah lelaki tua itu di hadapan istana. Dia dibawa menghadap Sultan. Sultan bertanya,

"Apa hajat kau ke mari?"

Lelaki tua itu tidak bercakap banyak, terus mengeluarkan emas besar itu dari dalam guninya.

Melihat emas itu, Sultan terkejut dan dikerahnya semua pakar-pakar datang ke istana untuk meneliti emas tersebut. Sah, ianya emas yang tulen lagi berkualiti.

"Beta nak emas ini, tapi beta tak pasti harganya"

Lelaki tua itu diam. Cuak pun ya juga.

"Berapa kau nak jual emas ini kepada beta?"

Lelaki tua itu diam. Tidak tahu nak jawab soalan yang diajukan.

"Baiklah, jika kau juga tak pasti, beta tawarkan kau suatu hadiah yang terbaik"

"Kau pergilah ke gudang harta beta dan beta bagi kau 3 jam untuk ambil sahaja yang kau nak. Selepas 3 jam, pintu akan ditutup dan segala apa yang kau bawa keluar itu milikmu"

Khadam lalu membawa lelaki tua itu ke suatu gudang yang tidak berapa jauh dari singgahsana baginda sultan.

Apabila pintu dibuka, alangkah gembiranya lelaki tua itu. Betapa banyak harta Sultan tersebut. Dengan harta tersebut, dia boleh berhenti menjadi petani. Kerja setiap hari, goyang kaki.

Dia masuk ke dalam gudang dan pintu ditutup.

"Aku ada 3 jam, banyak ni masa ni"

"Ya Allah, cantiknya barang ni, barang tu punnn. Itu aku nak, semua ni aku nak", lelaki tua itu terus bermonolog luaran.

"Eh, MasyaAllah cantiknya katil ni. Tak pernah aku tengok katil secantik ni. Empuk pula tu..."

Lelaki tua melabuhkan punggungnya ke atas katil tersebut. "Selesanya"

"Ni la masanya aku nak tidur atas katil best macam ni... Aku tidur setengah jam pun ok ni. Ada 2 jam setengah lagi untuk ambil semua barang-barang lain"

Lalu, terlelap lah lelaki tua itu. Bukan 30 minit, tetapi hampir 3 jam, meninggalkan 10 jam berbaki untuknya mengambil habuannya.

Terkejutnya lelaki itu dan ia terus mengambil apa sahaja memenuhi guni barangannya. Banyak... Namun akhirnya pintu tertutup. Dan dia tidak sempat mengeluarkan guninya.

Terlepaslah peluang lelaki tua itu untuk mengambil barang-barang berharga dari gudang harta sultan. Yang hanya sempat dirasainya ialah enaknya tidur sesaat.


Jangan bazirkan waktu mudamu

Begitu juga keadaan kita wahai ikhwah akhawat sekalian. Kita mempunyai had masa di atas muka bumi ini.

Kumpulkanlah sebanyak mungkin amalan di atas muka bumi ini. Jangan kita pertangguhkan masa kita. Jangan kita digoda dan membazirkan masa kita dengan distraction yang ada. Memang itu tugas syaitan untuk melalaikan kita.

Jangan kita terlena. Rehat kita yang sebenarnya adalah di alam akhirat itu. Suatu kepastian yang nyata...

Thursday, August 29, 2013

~pesanan buat penuntut ilmu~

duhai Allah yang Maha Melihat,kurniakanlah kepada kami ilmu yang bisa mengenalkan kami kepadaMu dan RasulMu,ilmu yang bisa menetapkan langkah kami untuk terus berjalan lurus di landasan syariatMu.Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,lindungilah diri kami dengan ilmu ini dan dari amal yang menyesatkan.Amin ya Robbal Alamin.

Matlamat seorang pemburu ilmu Allah swt ialah memperolehi ilmu yang bermanfaat.Apakah makna sebenar ilmu yaang bermanfaat itu?Adakah ia digunakan untuk kepentingan dunia semata-mata atau hanya ingin mendapat status di mata masyarakat?Bermanfaatkah segala ilmu yang dipelajari sekiranya kita berada semakin jauh dari Tuhan?Ingatlah,dengan ilmu,manusia boleh meningkatkan darjat kemuliaannya di mata manusia,tetapi belum tentu dapat meningkatkan darjatnya di hadapanNya.

Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman!apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah swt melapangkan  (segala halnya) untuk kamu.Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,supaya Allah swt meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Semoga dengan kesungguhan kita memburu ilmu ilmu Allah swt ini,menjadikan kita lebih hampir denganNya dan merasa bertanggungjawab dengan amanah ilmu yang dipikul.Walaupun kita patut merasa beruntung kerana Rasulullah saw sendiri telah menjanjikan bahawa jalan kita ini adalah salah satu lorong azab yang dahsyat di hari kemudian kelak.hari yang tiada siapa dapat menolong kecuali amalam kita yang ikhlas di muka bumi.

NABI MUHAMMAD SAW:
"sedahsyat-dahsyat manusia yang menerima azab pada hari kiamat ialah orang 'alim yang tidak beramal dengan ilmunya...'"

Apalah gunanya kita mempelajari cara bersolat dengan betul dari pelbagai kitab tetapi solat kita masih di takut lama.Seperti solat orang-orang yang hanya mengikut orang lain bersolat tanpa mengambil kira soal rukun dan syaratnya tanpa sebarang usaha memperbaikinya .Mengqadhakan solat menjadi perkara biasa .Puluhan dalil telah kita hafaz mengenai kelebihan solat berjemaah tapi masih tidak dipraktikan dalam kehidupan seharian.Surau dan masjid tetap didatangi dengan tetamu yang sama setiap hari.

Jika di dunia ini kita tidak ingin menjadi tetamu  Allah swt adakah di akhirat kelak Allah Allah swt sudi menerima kedatangan kita sebagai tetamuNya di syurga yang tidak terhitung kenikmatannya.Apalah erti kita mempelajari ilmu akhlak tetapi tetap juga sentiasa menyakiti hati teman-teman,tidak menghormati orang lain dan sentiasa mementingkan diri sendiri.Berkajang-kajang nota tauhid yang kita hafaz tetapi tetap ingkar dengan kuasa dan kehendak Allah swt.Tiada perasaan gerun dengan Tuhan,maksiat terus dilakukan,masih menganggap dosa kecil akan terhapus dengan hanya simbahan air wudhu semata-mata serta tidak yakin dengan sifat Al-Qahhar dan Al-JAbbar Allah swt.

Imam malik bin Anas ra berkata,
"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepadaian atau banyaknya meriwayatkan (sesuatu),melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah swt ke dalam hati manusia.Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah swt dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Ilmu itu hakikatnya adalah kalimah-kalimah Allah Azza wajalla.Terhadap ilmuNya sungguhnya tidak akan pernah ada satu pun makhluk di jagat raya ini yang mampu mengukur luasnya ilmu Allah swt.sesuai dengan firmanNya,

Katakanlah (wahai muhammad),"kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku.walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya,sebagai bantuan"(QS :AL KAHFI:108)

Adapun ilmu yang dititipkan pada manusia mungkin tidak lebih dar setitik air di tengah samudera luas.Akan tetapi,walaupun hanya setitis ilmu Allah swt yang dititipkan manusia,namun semakin banyak ilmu itu kita kaji membuat kita semakin takut kepada Allah swt.Inilah ilmu yang paling berkat yan harus kita cari dengan hati yang ikhlas.

Perkara yang mesti diteliti adalah kaedah memperolehi ilmu yang dapat menyinari dan meluas di dalam dada serta membuka hijab di hati.Imam syafie ketika menuntut ilmu,pernah mengeluh kepada gurunya."wahai guru,mengapa ilmu yang sedang kukaji ini susah sekali intuk aku memahaminya,bahkan cepat lupa?"gurunya menjawab,"ilmu itu ibarat cahaya.Ia hanya dapat menerangi gelas bening dan bersih".Ertinya,ilmu itu tidak akan menerangi hati yang penuh kekotoran.

Pernahkah kita menemui seorang pemburu ilmu Allah swt yang sering ke majlis-majlis ilmu tetapi tetap berhati kotor?Bagaimanakah ia boleh berlaku sedangkan ilmu itu cahaya dan ia tidak menerangi orang-orang yang melakukan maksiat.Walau seterang mana sekalipun cahaya,sinarnya tidak akan dapat menembus hitam maksiat yang pekat membalut hati.Alangkah ruginya kita.

Sedangkan kalau hati kita bersih ibarat gelas yang bersih diisi air yang bening.Setitik cahaya pun mampu menerangi seisi gelas.Sebaik-baik ilmu adalah yang mempu membuat hati kita bercahaya.Namun,mudah-mudahan kita dimudahkan olehNya untuk mendapakan  ilmu ysng menjadi pelita di dalam kegelapan dn menjadi jalan untuk bertaqarrub kepadaNya.

Videos Posted by Sayyid Zuhdi- Bahibbik Ya Biladi.mp4

Monday, August 19, 2013

RAMADHAN PLUS SYAWAL=)


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

MATEMATIK FADHILAT SETAHUN

Dikatakan bahawa ‘seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.

kaedah kira2nya begini:

30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.

Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,

“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya) hingga kepada 700 kali ganda… ..”

Jadi, kalau pakai gandaan yang paling minimum iaitu 10, maka hasilnya ialah 360 hari. BETUL TAK?

Bila Nak Mula Puasa tu?

Yang terbaik/afdhal ialah bermula 2 syawal hinggalah 7 syawal secara berturut2. Kemudian bolehlah beraya 6 pada 8 syawal.

Kalau nak puasa 1 syawal boleh ke?

Kalau serban sebesar bakul sekalipun, warak setara mana pun, alim sehebat mana sekalipun, tetap HARAM puasa pada 1 syawal. Hari tu khusus untuk kita berhari raya kerana menandakan kita sudah berjaya memfitrahkan diri kita kerana Aidil fitri itu sendiri bermaksud kita ‘KEMBALI KEPADA FITRAH’. Apa yang fitrahnya? Apabila kita dah berpuasa sebulan dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan, mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Allah jalla wa ‘la, maka diri kita sudah dikira kembali kepada sediakala seperti waktu kita dilahirkan dahulu, iaitu dalam keadaan tiada dosa walau sebesar zarah sekalipun. Inilah HAKIKAT SEBENAR Hari Raya Aidil Fitri.

Kalau Puasa berselang seli dapat juga ke fadhilatnya?

Ya, Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tidak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalau berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalau puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yang keenam, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yang afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yang penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!

Kalau macam tu, kesian la kat pompuan yang uzur d bulan Ramadhan?Tak dapat fadhilat setahun la…

Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa ganti sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.

Kalau nak niat serentak puasa QADHA’ dan SUNAT SYAWAL, boleh ke??

Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.
Dalam mazhab Syafi’e, setengah ulama’ mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha’ sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat !!

Jadi, tak payah niat serentak lah atas dasar mera’ikan kaedah ‘Khilaful Aula’, iaitu mera’ikan pandangan yang mengatakan Tidak Sah niat puasa serentak qadha’ dan sunat.

WALLAHU A’LAM.

Sunday, July 21, 2013

DON'T FORGET ALLAH ~ Farid Sanullah ~